Thursday, April 05, 2007



mimpi i

tiap malam
sebuah mimpi muncul
membayangkan sifat, peristiwa dan tragedi
aku berlari mengejar sesuatu
sesuatu yang tidak kukenali
memanggil-manggil namaku
atau aku berada di curam bukit
meninjau sesuatu yang belum kupahami

setiap mimpi memadukan
fantasi yang beraneka plot dan warna
aku memanafaatkan rinduku
aku mungkin memikirkan sesuatu
atau menginginkan sesuatu

mimpi tidak sepenuhnya seram
namun memberikan rasa resah
dan aku berlari dengan diriku
mencari makna di sebalik mimpiku

dan jaga dari tidur tidak meninggalkan
banyak perubahan, hanya seketika
ia seperti embun di hujung pagi
sebelum matahari memungut sisa dingin malam

terhaja dari tidur yang sekejap
kubayangkan diriku dalam kebarangkalian 'apa'
dan 'kenapa'
adakah sesuatu sedang memburuku
atau aku memburu sesuatu
bila tiba cerah siang.

Monday, April 02, 2007



Menulis puisi atau lebih tepatnya sajak amat susah. Bila menulis sebuah sajak saya tidak memikirkan tentang karya orang lain untuk menghasilkan sebuah sajak yang tidak mempunyai pengaruh, plagiat, atau persamaan dengan karya lain. Juga saya cuba menjauhi streotaip dengan karya-karya yang terdahulu. Saya akan cuba mengahasilkan yang baharu, dan sebaiknya menarik perhatian orang. Ini yang payah ketika menulis puisi. Dan apabila ia menjadi satu prinsip yang diletakkan sebelum menulis, saya kira saya berjaya mengikut dan mematuhi prinsip ini. Ini salah sebuah karya saya terbaharu tapi telah dihantar untuk salah sebuah penerbit, masih dalam usaha mencuba nasib.

Teori perkataan cinta.

Aku masih belajar beberapa perkataan pada hari itu
c.i.n.ta
cikgu menulisnya di hadapanku
kuhafal dan kusebut selalu
lama-kelamaan ia menjadi ingatan
kukuh bagai tulisan pada batu bersurat

aku rasa, pelajaran itu belum mengcukupi
ke esokkan harinya cikgu mengajarku sepatah perkataan lain
r.i.n.d.u
tanpa menghurai makna dan contoh ayatnya
ia menjadi misteri dalam hidupku

kemudian hari yang berikutnya
ku diajar sepatah perkataan lain
k.a.s.i.h
yang terlalu sukar untuk cikgu memberikan maknanya
lalu cikgu mengatakan ia seperti
malam yang ada pada tika waktu siang.

Minggu yang baharu
Cikgu tetap mengajarkanku sesuatu yang unik
tentang cerita yang agak panjang
sampai kami jadi kebosanan
Disebutnya beberapa kali perkataan
b.e.n.c.i
dengan nada yang tinggi

kawan yang terlena tiba-tiba terjaga kerana
suara itu seakan ditujukan kepadanya
dia menjerit
k.e.c.e.w.a, disambut ketawa oleh satu kelas.

dan hari itu cikgu benar-benar bosan malas mengajar agaknya
ditulisnya di papan hitam
sebuah ungkapan yang penuh satu papan hitam
duka
duka
lara.

Di akhir kelas aku sering tertanya-tanya
Apakah makna semua perkataan itu?
Apakah penting bagiku untuk mengetahuinya.
Ku paksa diri fahami makna-maknanya lewat kamus dewan tapi belum benar nyata dalam pengertian

Lalu bila ku teringat
Kujadikan ia kata kunci dalam nota peperiksaan yang ringkas
Cinta+rindu+ kasih = dukalara.
Semacam teori baharu dalam ilmu hisab yang kupelajari.

Friday, March 30, 2007

Keluhan Peribadi Yang Pendek

Sudah banyak hari saya mengeluh dalam senyap saya. Saya mengeluh dalam tidur saya selepas saya balik ke rumah saya yang tingginya 4 tingkat. Saya juga mengeluh apabila saya mengadap komputer mengerjakan kerja rasmi saya. Malah ketika makan, dahi saya tidak seolah, tidak berhenti berkerut berfikir tentang apa yang berlaku dengan diri saya.

Saya bukan orang yang duduk bertentangan dengan padangan kerajaan sepenuhnya tapi kadang-kadang tiap orang sifatnya memang suka memberikan komen dan kritikan jika sesuatu benda tidak difikirkan baik, munasabah dan sebagainya.

Saya tengoh sudah macam-macam yang berbelit-belit dengan pengurusan pendidikan negara. Ini pandangan umum dan jangan saudara salah tafsir pula nawaitu saya yang murni ini.

Saudara kalau berkecimpung dalam sebuah dunia, jika di situlah tempat saudara duduk, makan, bertinggung, bersembang, mencari rezeki dan lain-lain akan mudah menghidu kesilapan, kepincangan dan perkara negatid dalamnya. Ia tidak dibuat-buat lantaran otak manusia memamg tidak disekat dari berfikir atau diarahkan dengan cara control atau penggunaan remote tertentu. Malah Allah Taalalah yang meminta manusia berfikir, bertaakul, menafsir dan mengkaji.

Terpulang dan terserah kepada anda. Hai pendidikan dan warga pengurusnya gunalah segala wahana yang ada untuk menggubah keadaan ini. Saya kata dari tiap sektor, bahagian dan lain-lain.

Kemungkinan saya silap cakap....

Thursday, March 29, 2007

Pidato pelajar asing memukau

Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kepetahan pelajar asing bertutur menggunakan bahasa Melayu berjaya memukau kira-kira 500 penonton yang menyaksikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2007 di sini, hari ini.

Kebanyakan mereka yang hanya mempelajari bahasa itu ketika menuntut di universiti menunjukkan kebolehan berpidato sambil berpantun yang menyentuh pelbagai isu termasuk Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Kejayaan Saintis Malaysia Mencipta Biodiesel.

Pelajar Moscow State University, Rusia, Olga Vadimovna Vasilevskaya, 19, berkata, dia mempelajari bahasa Melayu sejak tiga tahun lalu setelah mengambil pengkhususan Pengajian Bahasa dan Sejarah Malaysia di universiti terbabit.

Dia yang menyampaikan pidato bertajuk Mampukah Dunia Melayu Mencorak Arah Pentadbiran Dunia Masa Hadapan melahirkan perasaan kagum dengan sifat mesra ditunjukkan rakyat negara ini.

‘‘Saya telah bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur dan orang ramai nampaknya agak terkejut apabila melihat wanita asing berkulit putih serta berambut perang bertutur menggunakan bahasa Melayu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Pertandingan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang pertama kali diadakan disertai oleh 25 pelajar asing.

Hadiah wang tunai lebih RM32,000 serta piala pusingan berbentuk tiga bilah keris yang diperbuat daripada perak akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.

Seorang lagi pemidato yang menuntut di Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing, China, Wang Di, 20, berkata, dia mengambil Pengajian Bahasa Melayu sejak setahun lalu kerana berpendapat ia akan memberikannya kelebihan bekerja dengan syarikat China yang melabur di Malaysia.

Katanya, kegemaran mendengar lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menyebabkan dia lebih suka dikenali dengan nama timangan ‘Azizah’ iaitu tajuk salah satu lagu karya seniman agung itu.

‘‘Pada mulanya saya hampir berputus-asa untuk belajar bahasa Melayu disebabkan tidak boleh menyebut huruf ‘R’ kerana ia tidak terdapat dalam abjad yang dipertuturkan masyarakat China,” ujarnya.

Pelajar Universiti Leiden, Belanda, Tom Gunnar Hoogervost, 22, pula memberitahu minatnya terhadap kebudayaan penduduk rumpun Melayu yang dianggapnya unik menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh mempelajari bahasa itu.

Menurutnya, dia mampu menguasai bahasa berkenaan dengan pantas kerana mendapat tunjuk ajar daripada beberapa profesor dari Malaysia yang kini mengajar di universitinya dan juga kerana bercampur gaul dengan penduduk Ambon, Indonesia yang menetap di sana.

‘‘Sebelum ini saya hanya belajar bahasa Indonesia dan sejak setahun lalu tumpuan diberikan bagi mempelajari bahasa Melayu kerana tidak ramai pensyarah Belanda yang mahir bahasa ini,” katanya yang mengambil jurusan Pengajian Asia Tenggara di universiti berkenaan.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Pakistan, Saman Sheroz Khan, 21, berkata, dia mula mempelajari bahasa Melayu setelah belajar di Kuliah Kejuruteraan universiti itu sejak tiga tahun lalu.

Dia berkata, dua adik lelakinya yang masing-masing berusia 13 dan tujuh tahun juga fasih berbahasa Melayu kerana mereka menetap di Malaysia mengikut bapa yang menjadi pensyarah di UIAM.

Sementara itu, Pelajar Universiti Teheran, Iran, Mohamad Amjadi Golpaygani, 23, pula mengambil tindakan agak berbeza apabila mempelajari bahasa Melayu secara tidak formal daripada seorang rakannya rakyat Malaysia yang menuntut di universiti sama.

Dia yang mengambil jurusan Ekonomi di universiti itu melahirkan perasaan kagum dengan kemampuan rakannya bertutur menggunakan bahasa Parsi sehingga membuatkannya berazam menguasai bahasa Melayu sebagai tanda penghargaan.

‘‘Saya selalu menghafal ayat-ayat yang diajar olehnya dan benar-benar mahir setelah tiga tahun berusaha bersungguh-sungguh,” ujarnya yang bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Malaysia.

sumber: Utusan Malaysia

Thursday, March 08, 2007

blog Ole-Ole telah ditunda http://bahasa-bahasa.blogspot.com jadi
jam di Tangan jamditangan.blogspot.com.

esei yang di bawah ini sudah lama malah mungkin dah luput tarikh isunya. tak pela saya muatkan di sini.

Sensitiviti Barat Terhadap Islam

Apabila salah sebuah akbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan kartun yang menunjukkan gambar Nabi Muhamamd s.a.w ramai di kalangan umat Islam dunia bangun dan mengutuk tindakan yang tidak menyenangkan itu. Rasa tidakpuas hati timbul daripada umat Islam menyebabkan pelbagai bentuk protes dilontarkan terhadap golongan yang tidak prihatin.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi dan suasana dari pelbagai negara. Walaupun apa yang berlaku di akhir-akhir, pihak yang melakukan seperti mengeluarkan lakaran kartun ke tatapan umum telah menganggu ketenangan umat Islam. Ia bukan lagi dianggap satu kesilapan biasa apabila Nabi Muhammad dikartunkan tapi ia berkaitan dengan sensitiviti keagamaan yang barangkali sudah semua sedia maklum tentang hal itu.

Daripada pelbagai reaksi, ada yang menganjurkan mengadakan dialog supaya toleransi dan kesefahaman wujud antara dua pihak, Timur-Barat. Dialog ini bermaksud untuk mendekatkan hubungan yang sekian lama tampak hambar, tapi bolehkah hanya dengan dialog dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. Ada juga berpandangan dengan penuh rasa marah dan kecewa terhadap tindakan itu, kata mereka seolah-olah isu sensitif ini tidak pernah wujud di muka bumi ini dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu tidak peka atau terlalu cuai mudah menimbulkan kemarahan umat Islam. Golongan ini seolah mencuba ingin mengubah semula hak kebebasan agama yang sebenarnya telah diketahui umum di Barat.

Ada juga berpendapat Barat terkenal dengan demokrasi tapi dalam hal asas iaitu beragama seolah tidak wujud demokrasi yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Lalu demokrasi di Barat hanyalah pada kebebasan menyatakan pendapat dan tidak menyeluruh pada perkara-perkara lain. Persoalan mencemuh agama lain dan menuduh Islam sebagai agama keganasan masih kedengaran walaupun tidak sejelas dulu.

Multireaksi ini mempamerkan sikap dan terhadap sesuatu perkara yang berlaku dalam realiti dunia yang tanpa sempadan. Namun sebenarnya umat Islam telah banyak kali berhadapan dengan penghinaan sebegini. Jika boleh diimbas, pernah suatu ketika dahulu, sebahagian orientalis Barat yang mengkaji Islam telah memutarbelitkan fakta tentang Nabi Muhammad dalam kajian-kajian mereka dan tulisan-tulisan mereka. Kajian yang dikatakan ilmiah tapi mengandungi fakta-fakta yang tidak telus telahpun dikenalpasti oleh ramai cerdik pandai umat Islam. Sebahagiannya ditokok tambah, dan dipandang negatif sehinggalah natijah kajian itu Islam adalah agama yang tidak memperjuangakan hak wanita, agama peperangan dan sebagainya.

Selain itu, filem-filem Barat juga banyak menghina Nabi Muhammad s.a.w dan Islam. Penghinaan yang wujud secara lansung atau tidak lansung telah mempamerkan langkah ke belakang Barat yang tidak banyak mengahdapai dunia Islam dengan cara yang sepatutnya. Penghinaan ini wujud melalui filem seolah-olah menggambarkan bahawa begitu entengnya Barat memandang persoalan ini dan seolah-olah ini ia tidak akan memberi kesan apa-apa jika unsur-unsur seumpamanya itu difilemkan. Begitu juga dengan tulisan-tulisan fiksyen ataupun non-fiksyen yang mengandungi unsur menghina atau merendah-rendahkan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir.

Sekali lagi dengan cara politik, Islam dikaitkan dengan 11\9 yang menjadi peristiwa yang kemudiannya memberi banyak impak kepada peribadi Baginda s.a.w yang disebut teroris. Mungkin kerana di Barat untuk melabelkan seseorang itu amat mudah dan tidak ada masalah tapi melebalkan dengan sesuatu atau seseorang yang dianggap nabi bagi sebuah agama merupakan satu kesilapan yang harus direnung semula oleh Barat. Tambahan ia dilakukan tanpa alas an yang kukuh dan hanya bersifat emosional.

Salah satu penyumbang Islamphobia adalah peristiwa serangan terhadap menara berkembar WTC, tetapi ia tidak pantas dijadikan ukuran bagi Barat mendakwa atau menjatuhkan hukuman bagi Islam dengan tuntas. Di sudut yang lain, seolah peristiwa itu membuka peluang kepada pencabar-pencabar itu membuka mulut dan melembutkan tangan mereka mengeluarkan produk yang memperkatakan dan menghina Nabi Muhamamd s.a.w. umat Islam dilihat wanted pada mereka selepas peristiwa itu dan di media-media massa mulai memaparkan unsur-unsur Islamphobia yang kononnya amat penting untuk disebarluaskan.

Apa yang menjadi persoalan adakah Islam secara langsung berkaitan dengan apa yang berlaku, sekalipun Osama ben Laden yang jarang-jarang ‘mengeluarkan dirinya’ dan menyebut apa-apa perkara-perkara yang hampir sama dengan muslim lain pantas disebut pesalah. Menganggap Osama ben Laden adalah sama dengan muslim yang lain juga adalah satu kesilapan dan seharusnya tidak boleh berlaku kerana Islam tidak menwajari tindakan yang menjurus kepada pembunuhan, kemusnahan apatah lagi keganasan.

Sejarah

Dari segi sejarahnya, Islam adalah agama yang melalui banyak tentangan pada peringkat permulaan dakwah. Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah menghadapi tentangan ini dengan sabar dan penuh pengharapan agar dakwah diterima oleh kaum Quraish. Dakwah yang agak lama, pergerakannya yang lambat lama kelamaan diterima oleh penduduk mekah meskipun masih dalam keadaan tidak selesa kerana sentiasa berada dalam gangguan dan kecaman daripada golongan yang bencikan Islam. Apabila sampai ke kemuncak dakwah, nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya diperintahkan berpindah ke Madinah, di sana gangguan berkurangan dan umat Islam lebih selesa di bawah satu negara.

Agama Islam sejak lama dikenal sebagai agama keamanan dan kesejahteraan. Islam sering mengajak penganut agama, kaum atau masyarakat lain berbincang dan mendapat kata putus yang relevan untuk kedua-dua pihak. Malah melihat dengan duduk semeja akan memudahkan pelbagai perkara diselesaikan. Ketika Nabi Muhammad ingin menziarahi Mekah selepas berada di Madinah, baginda bersama denangan kaum muslimin berangkat ke Mekah. Namun mereka terpaksa berhadapan dengan kaum Quraish Mekah.

Perbincangan diadakan antara dua pihak untuk menyelesaikan masalah. Daripada perbincangan tersebut baginda dan kaum muslimin tidak dapat memasuki kota Mekah pada tahun tapi dibenarkan pada tahun-tahun yang berikutnya. Nabi Muhammad akur dan menerima segala syarat-syarat yang ditetapkan. Peristiwa ini menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w seorang yang diplomasi dan berfikiran jauh.

Islam juga telah lama menganjurkan diplomasi serta toleransi. Ia tercatat dalam sejarah Islam di Madinah ketika Nabi Muhammad menjadi pemimpin negara pda ketika itu. Antaranya persetujuan yang termaktub di dalam Piagam Madinah yang ditulis bahawa hak warganegara Madinah bagi kaum Yahudi serta perkara-perkara yang berkaitan. Hanya kaum yang ingkar dengan persetujuan akan mendapat kerugian seperti sebahagian kaum Yahudi di Madinah yang melanggar perjanjian dan sering menimbulkan masalah.

Ditambah agama Islam merupakan agama yang meraikan perbincangan atau debat dengan cara yang munasabah. Islam juga tidak memaksa penganut agama lain menerima Islam kecuali dengan cara kerelaannya individu itu sendiri. Seperti yang disebut dalam sejarah, di mana ramai dari kalangan mereka yang berpengaruh memeluk agama Islam bukan disebabkan diajak atau dipaksa, tetapi kemahuan sendiri.
Di zaman moden ini juga dapat kita lihat sejarah ini tidak luput sebegitu sahaja kerana jalur permusuhan tetap kekal dan akan terus ada selagi mana ajaran Islam ini ada di lubuk hati anak Adam. Dan ‘golongan’ yang mengatur strategi untuk menggangu ini tentulah menggunakan peluang yang ada untuk membuatkan Islam itu kelihatan dibenci.

Dari masa ke semasa umat Islam disogok dengan propaganda mereka walaupun tidak menampak kesan tapi cukup melukakan. Malah ia sebenarnya menampakkan ketidakmatangan ‘golongan’ dan kurang sensitiviti ini terhadap dunia khususnya umat Islam. Umat Islam tidak mudah melatah kerana ‘golongan’ ini hanya pandai mengunakan peluang yang sedikit di depan mata dan sama sekali mereka tidak dapat menggubah kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan baginda. Dunia juga mempunyai pandangannya tersendiri terhap peribadi baginda.

Lakaran kartun itu secara tiba-tiba saja dianggap penghinaan yang akan menjadi sejarah luka bagi umat Islam. Secara tidak lansung ia mencacatkan imej Barat yang sebelum ini amat banyak dikaitkan dengan pelbagai krisis. Walaupun kahabarnya ia berlaku kerana tidak sengaja, tapi ia telahpun terjadi. Umat Islam telah melihat apa yang berlaku dan sentiasa merasakan ia satu perghinaan yang tidak sepatutnya ada.
Dunia kini bergerak semakin laju dan cabarannya juga bertambah. Dalam keadaan sebegini semua pihak seharusnya bertanggungjawab memelihara imej dan tindakan masing-masing. Kerana ia secara lansung atau tidak lansung akan meninggalkanm kesan kepada umum. Barat harus merintis kewaspadaan ini supaya ia tidak berlaku dan berulang lagi.

Bagi umat Islam, penindasan yang berlaku ke atas umat Islam sudah terlalu banyak. Begitu juga apa yang telah berlaku di Palestin yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan. Barat hanya menonton dan tidak cuba menyelesaikan seperti yang diharap-harapkan. Sekali lagi umat Islam dilukai dan tidak dihargai. Mengapa umat Islam begitu tidak istimewa padahal ia pernah menjadi pengembang peradaban manusia dan pusat yang melahirkan banyak ilmuan?.

Maka perlu melihat semua faktor supaya tidak lagi melukakan hati umat Islam di masa akan datang. Mengapa perlu adanya layanan yang berbeza dan istimewa seolah ia menunjukkan dunia kurang memerlukan Islam berbanding agama lain walaupun dengan jelas mereka mengakui ia sebenarnya tidak berlaku.

Tuesday, March 06, 2007



hikmah di sebalik keruntuhan

kita banyak kali mengalami
keruntuhan, kebimbangan dan kebejatan
nadi sejarah kita mendenyut sebentar,
berhenti sebentar, terkadang hampir hilang dikejut trauma
atau virus yang menyekat sel-sel hidup
berlari, mengalirkan tenaga waktu
mengembleng watak-watak yang disegani
dilumpuhkan angin ahmar
sedang kita banyak bertegang leher
memutuskan keputusan besar tapi
hanya ditulis dalam kertas rancangan
akhirnya menyerahkan semuanya kepada
mereka yang lebih berani dan bijak
menggunakan bahan yang tersedia ada.
agenda dengki disusun oleh pengelola
munafik dan oportunis
siap siaga merancakkan tariannya
tercipta tipudaya, drama atau sandiwara
membiarkan lansung pengemis-pengemis
menjadi penguasa dalam sekelip
memiskinkan para tauke, pujangga,
ulama dan para cendikawan
melonggo menanti walang panggu
dijanjikan dalam bayangan
terus menjadi penanti subuh yang
keletihan, kelesuan dan kepinginan
cita besar seperti gunung everest.
demikian waktu mempertontonkan
watak-watak terbalik dari ceritera lansung
berpacakkan panji kelemahan dan kebadutan
falsafah yang merasuk kebuntuan akal
memamah logika dan kebijaksaan emas
dari zaman kota cahaya yang bergemerlapan
masih kita berterusan dengan citra ini
ke mana letaknya harga peribadi.

Saturday, March 03, 2007

Sami Yusuf - Mother "Ommi" (Album - My Ummah; Released 2005)

Sami Yusuf - Mother "Ommi"
(Album - My Ummah; Released 2005)

A truly groundbreaking album featuring the finest musicians from around the world. This beautiful Nasheed is about Mother (Ommi, Ammi, Mom, Mama) by Sami Yusuf

Wednesday, February 21, 2007




bisikan minda

kali pertama sejarah ada di depanku
bagai pameran agung mengenang satu peradaban
yang dimungkiri generasi baru
memberontak dan melupakan ceritera indah
sepanjang zaman.
segalanya hanya tinggal ujaran memori
dan bisikan di sisi teliga, namun jauh di mata sedar
kukembalikan diri di tengah alam
menelaah sumber beraksara pudar, kesat
dan yang dikatakan sastera. biar terlalu sukar
merasainya adalah sesaat perjalanan matang
kepulangan takrif kewujudanku
diterima halus oleh diri yang sedang tercari-cari.
mustahil untuk berada di alamnya, yang berlalu dengan
penuh misteri dan tragedi.
hanya di antara generasi muda mampu membaca
dari pameran ini, episod dan kesan peristiwa
yang bakal tak mengingatkan seluruh asal mula dan tengah
berdirinya sebuah keyakinan ummah
selalu mengalirkan busa ceritanya di lautan iktibar.

Thursday, February 15, 2007

untuk sebuah rencana atau hasil tulisan dikeluarkan dalam majalah terbitan DBP padaku memang agak menyukarkan. mungkin di sana ada prosedur atau apa-apa saja berkaitan dengan tatacara pemilihan sebuah tulisan yang sesuai untuk dikeluar. batasannnya terlalu nyata. itu yang dirasai...

Cabaran Lirik Lagu Melayu

Lirik bagi sebuah lagu umpama warna dalam sebuah lukisan. Lagu yang memiliki lirik yang baik boleh menyokong dan mengangkat sebuah lagu. Seorang pencipta lagu yang mahir mampu menghasilkan sebuah lagu berdasarkan lirik yang baik dan begitu juga sebaliknya. Begitu kuat dan jelas peranan sebuah lirik dalam sebuah lagu yang dicipta yang sering berkaitan dengan jiwa manusia itu sendiri hingga memberikan kesan yang mendalam bagi pendengarnya.

Lirik yang baik dihasilkan dengan idea, bahasa dan subjek yang jelas dapat dilihat dan dikesan melalui sebuah lagu yang menarik perhatian pendengar. Selain itu, lagu dan lirik yang baik adalah ciptaan yang menitikberatkan dua-dua aspek iaitu kesesuaian irama atau melodi serta inti liriknya.

Sehingga hari ini ramai penulis lirik tempatan masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai wahana lirik lagu ciptaan mereka. Penulis lirik seperti Habsah Hasan, Adnan Abu Hasan, Loloq, Siso, Pak Ngah dan ramai lagi terdiri daripada penulis lirik dalam Bahasa Melayu dan lirik-lirik yang ditulis sering mendapat perhatian pendengar muzik tempatan. Hasil mereka karya yang baik diiktiraf memenangi anugerah-anugerah pertandingan lagu di peringakat tempatan maupun luar negara.

Malah antara faktor karya-karya negara jiran iaitu Indonesia berjaya memasuki ke dalam industri hiburan negara disebabkan produk muzik atau filem yang dibawa ke dalam negara adalah menggunakan Bahasa Melayu yang boleh menarik peminat muzik di negara ini. Maka faktor bahasa dan budaya yang seakan hampir sama membolehkan sebuah produk hiburan diterima dan mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat-peminat muzik.

Di sinilah antara faktor penting yang dilihat bahawa Bahasa Melayu mempunyai kemampuan sebagai sebuah bahasa yang merentangi keperluan setiap aspek dan medan kehidupan. Dalam konteks industri muzik, Bahasa Melayu masih dipilih sebagai bahasa penghantar dalam lirik-lirik lagu. Malahan muzik yang pelbagai jenis dan genre dapat menerima Bahasa Melayu dengan baik sebagai lirik. Ia mampu mengimbangi melodi dan irama genre muzik hingga mesej serta kesan sebuah lagu tetap .

Sebagai contoh, lagu-lagu tempatan hari ini disaratkan dengan kepelbagaian jenis dan genre muzik yang ternyata mengikut peredaran zaman. Genre muzik yang baharu begitu berbeza dan mempunyai kelainannya tersendiri dan mempunyai khalayak serta peminat yang tertentu. Hip hop adalah salah satu jenis muzik yang lahir hanya dengan penyanyinya tidak lagi menggunakan suara yang mendayu seperti mana cara nyayian balada dan pop. Justeru perbezaan, keunikan dan pembaharuan ini nyata memberikan cabaran baharu bagi pencipta lagu-lagu Bahasa Melayu .

Banyak muzik moden yang terhasil hari ini dan memberi pengaruhnya tersendiri terhadap pencipta lagu dan penulis lirik di negara. Ia fenomena yang tidak dapat dielakkan. Ramai di antara pencipta dan penulis lagu mencuba dan mencipta lagu-lagu mengikut genre lagu moden sedemikian untuk masyarakat kita. Penyesuaian antara genre muzik tadi dilakukan berdasarkan budaya, pemikiran dan bahasa tempatan supaya ia dapat diterima oleh peminat muzik tanahair. Keadaan ini menghasilkan beberapa usaha khususnya remaja yang meminati aliran muzik sedekian terlibat sama mengetengahkan budaya dan pemikiran malah bahasa daripada muzik yang asing tadi ke dalam realiti hiburan masyarakat di negara ini.

Setiap genre muzik baharu menghadirkan elemen yang terkadang berbeza daripada norma yang diamalkan dalam masyarakat. Ia mungkin juga bertentangan dengan bahasa, nilai dan pemikiran. Di sinilah pencipta lagu dan lirik berhadapan dengan kerenah serta ragam dan bentuk muzik yang baharu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang digunakan sejak lama dan terbukti mampu menyalurkan mesej dan gagasan dalam apa jua bentuk wadah yang digunakan. Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan pemikiran, bahasa agama dan kemajuan, bahasa puitis dan sastera serta banyak aspek yang lain berkaitan dengan kehidupan dan kebudayaan.

Sebenarnya tidak wujud tanggapan bahawa Bahasa Melayu menyekat dan membataskan kreativiti, ekspreasi dan inovasi. Malahan Bahasa Melayu merintis dan menyokong pembaharuan dan kepelbagaian idea, mengikut peredaran zaman dan sebagainya. Maka Bahasa Melayu selain boleh menjadi wahana persuratan atau alat menghubungkan satu fikiran dengan fikiran yang lain. Ia juga memungkinkan kekuatan peribadi bertahan dan kejatidirian masih unggul dalam erti kata yang sebenarnya. Masyarakat perlu memahami bahawa bahasa adalah produk peradaban bangsa yang merdeka dan bermaruah selain menjadi saksi kepada masyarakatnya yang bertukar ganti dengan generasi dan penuturnya.

Namun sebahagiannya generasi baru tidak bertanggungjawab dengan bahasa ibunda kerana mengangkat martabat bahasa luar, contohnya Bahasa Inggeris lebih tinggi daripada bahasa ibunda.

Sikap ‘merendah diri’ terhadap kemampuan Bahasa Melayu harus diketepikan. Bahasa Melayu perlu diberikan keutamaan dalam menghasilkan produk terutama yang berkaitan dengan muzik. Bahasa melayu boleh saja menjadi wadah pengucapan yang baik dalam muzik dan filem seperti pembikin lagu dan filem di negara-negara lain. Malah mereka lebih yakin dan percaya dengan kemampuan bahasa ibunda mereka.

Kewujudan pencipta lagu dan lirik yang menghasilkan lagu berbahasa Melayu dalam genre baharu tapi disambut dengan cabaran-cabarannya. Genre baru yang mahu diketengahkan adalah berasal daripada negara luar daripada rumpun Kemelayuan serta mempunyai budayanya berbeza. Wujud cabaran antaranya mengadaptasi melodi, rentak dan gagasan genre tersebut dalam bentuk yang diterima dan bersifat tempatan. Beberapa kumpulan muzik contohnya V.E, Ahli Fikir dan TooPhat cuba menghasilkan lagu R&B dan Hip Hop yang berbahasa Melayu tapi mengekalkan intipati pemikiran tempatan dan budaya yang diterima di sini. Maka lirik merupakan elemen yang paling kuat mempengaruhi penghasilan sebuah lagu yang bergenre muzik luar seperti Hip Hop dan R&B.

Lirik memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sebuah lagu yang baik kepada pendengar. Kebanyakkan lagu yang memenangi anugerah di negara kita mementingkan kualiti melodi, lagu, penciptaan dan lain-lain lagi tapi menekankan juga tentang nilai dan pemikiran dalam sesebuah lagu dan lirik. Antara lagu yang baik didendangkan oleh penyanyi tempatan seperti Hijau oleh Zainal Abidin, Bonda oleh M. Nasir dan yang mengandungi nilai sejagat yang berkait tentang alam sekitar, kasih sayang dan nilai-nilai positif lain.

Malah lagu-lagu Allahyarham P. Ramlee mempunyai bahasa yang indah, mesej yang tinggi dan berbicara daripada nilai-nilai realis dalam kehidupan. Kekuatan manipulasi bahasa yang ada pada penulis lirik Bahasa Melayu sebenarnya menyediakan ruang yang lebar untuk menulis banyak lirik-lirik yang baik dan lebih bermutu berbanding bahasa-bahasa lain.

Selain itu lirik-lirik yang dihasilkan oleh penulis tempatan sebenarnya memperkenalkan Bahasa Melayu ke medium yang lebih luas khalayaknya. Jika dilihat dari segi pendengar sebuah lagu, ia mungkin melangkaui batas usia, umur, bangsa dan warganegara. Sebagai contoh lagu yang didendangkan oleh Raihan di luar negara, sebenarnya masih menggunakan Bahasa Melayu, tentunya khalayaknya adalah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Peranan lirik dalam Bahasa Melayu juga penting apabila ia turut membawa budaya dan seni pengucapan Melayu dalam lirik lagu. Ternyata sudah banyak lirik-lirik yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu sejak dahulu namun dari segi idea, pemikiran dan keindahan Bahasa Melayu boleh lagi diterima ramai dan kekal menjadi bahasa muzik dan melodi yang bertahan.

Pada satu tahap lirik-lirik lagu yang berunsur tradisional masih dimainkan khususnya lagu irama Malaysia yang tegar dengan pantun dan peribahasa aslinya. Di sinilah kesinambungan Bahasa Melayu bernafas di setiap waktu walaupun hari ini masyarakat berhadapan dengan zaman globalisasi.

Peranan penulis lirik Bahasa Melayu terus dihargai apabila anugerah-anugerah industri muzik mengangkat nama dan potensi mereka di arena yang lebih baik. Justeru perlu adanya keyakinan pada setiap individu warganegara Malaysia ini bahawa Bahasa Melayu boleh membawa peranan lebih besar di zaman moden ini. Ke arah negara maju dan industri menjelang tahun 2020 kita memerlukan bangsa yang berwibawa dengan pemikiran, budaya, cara hidup, nilai dan bahasa mereka yang tersendiri supaya tidak mudah dipengaruhi oleh dunia material yang mencabar.

Maka lirik-lirik berbahasa Melayu memerlukan daya saingnya supaya lebih gagah menghadapi cabaran, sungguhpun Bahasa Melayu tidak pernah dilupai tetapi dengan sumbangan lirik-lirik lagu berbahasa Melayu yang baik dapat mengekalkan ciri-ciri dan sifatnya yang khusus. Lirik Bahasa Melayu mesti terus diisi dengan ketulenan dan kekayaan kreativiti yang dilentur daripada budaya tempatan supaya tidak menjadi bahasa dan muzik yang mudah dipermainkan dan berbunyi janggal akibat penuturnya sendiri. Selain itu perlulah sebuah hasil muzik mempunyai jatidirinya dengan tidak menidakkan adanya unsur tempatan yang menjadi elemen penting dalam sesebuah lagu bagi memberikan perbezaan antara hasil penulis atau pencipta lagu tempatan dengan yang luar.

Thursday, February 08, 2007

sebelum malam memenuhi ruang

malam yang belum berkunjung
masih berlegar di dinding
di lorong dan di dahan pohon
remang manja mereput di tangkai mawar
mengemaskan puisi dulu, dan kini
berterabur jangka dan janji
selepas ini apa yang akan terjadi
selepas mengemas jadual hari
menjadi wadah refleksi bebas
oleh seorang yang terlupa dan teringat
saat-saat gembira dan puas
dalam tangan dan fikiran
kembali memungut keyakinan
dalam kocek tenang
sabar dan tabah
tawakkal selalu menemani
kupupuk batas memahami bentuk
kejadian dan peristiwa
longgar dan ketat
dengan perjanjian dan takdir
kau dan aku mesti pulang
mengembalikan diri ke detik benar
tiap malam tak mengenal diri sendiri
atau memalsukan tindakan
dan nanti aku berusaha
mencari semula
kesegaran cinta yang sedang dilupakan.

Tuesday, January 30, 2007

Yacoubian Building

The Yacoubian Building


The Yacoubian Building (Omaret Yacoubian) is vigorous movie that tracks the rise and fall of Egyptian society over the years through the residents of an old downtown Cairo building block.
The Yacoubian Building has it all; a record budget as the highest ever for an Egyptian film, an all-star cast and a script based on Alaa Al Aswany's best-seller novel of the same name which depicts the entwined lives of the tenants of the building.
The film is officially nominated to represent Egypt at the American Academy awards (The Oscars) for the foreign language film award.
So far it has toured the most prestigious film festivals around the globe and has many awards in the menu such as at Tribeca Film Festival, where director Marwan Hamed was awarded for Best New Narrative Filmmaker.
At Montreal World Film Festival it received the bronze Zunith for best first feature film. It was awarded the Golden Eye at Zurich Film Festival and got the Best Picture and Best Actor awards at the Biennale of Arab Cinema in Paris. It has recently granted the Grand Prize at Alexandria International Film Festival.

http://www.goodnews4films.com
Sebesar zarah

sebesar zarah
dalam air atau atom
tidak siapapun dapat melihatnya

sesudah satu bala atau kegembiraan
kita dapat melihat makna di sebaliknya
dunia sedang mengecil
seakan berlegar dalam zarahnya.

pilihan

di antara simpang jalan
harus memilih satu laluan
destinasi yang kau bayangkan
pilihan yang memerlukan hati dan indera
ilmu dan kebenaran
bukan daripada perasaan dan masa terdekat
mereka kata pilihan kali ini hanya kerana
pengaruh dan paling pandai berpropagada
bagi yang memilih
mesti pandai, jangan biar kita diikat selamanya
yang hanya ada pilihan yang sama.

Friday, January 19, 2007

Do rah-e hal baray-e yek masale (Dos soluciones a un problema)

Cortometraje realizado por el director iraní Abbas Kiarostami en 1975.
Cerita daripada realiti kita. Karya Abbas Kiarostami tahun1975, pengarah filem terkenal Iran dan banyak memenangi anugerah.


Dos soluciones a un problema bermaksud Two solutions to a problem.
hak kedamaian

arwah atuk tentu percaya tentang nikmat paling indah
dirasai seluruh insan dan orang
dia tentu percaya kedamaian untuk semua
bukan pada putih dan hitam rambut
atau pada besar dan kerdil tubuh

arwah nenek tentu percaya tentang kedamaian
untuk semua yang bernafas dan yang telah jadi tanah
kedamaian satu hadiah agung dari Pencipta
kepada semua umat manusia

siapa yang percaya kata-kataku
mengingatkan arwah-arwah ini.
Percaya

kusentiasa percaya pada permulaan
yang payah dan sukar
dan menerima kemudahan satu laluan
membaiki diri

kusentiasa percaya pada wajah kehidupan
yang melangkah di tiap gedung dan arked
mengajar ku menerima kuntuman keyakinan.

Thursday, January 18, 2007

Ulul Albab: Kesinambungan Usaha

Negara mensasarkan pada tahun 2020 Malaysia akan diiktiraf sebagai negara maju sama taraf dengan negara-negara maju lain. Hasrat ini dicerna dan diusahakan bermula era kepimpinan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir yang mencetuskan gagasan ini supaya negara Malaysia akan mencapai ke tahap yang sepatutnya pada masa akan datang.

Akhir-akhir ini kerajaan menekankan aspek modal insan yang dikatakan elemen yang terpenting bagi memenuhi hasrat negara sebagai negara Islam yang progresif. Hal ini menyebabkan kerajaan mulai kembali kepada penekanan dan fokus dunia pendidikan hari memandangkan pendidikan adalah bidang paling berpengaruh menyumbang ke arah modal insan yang diperlukan. Selain daripada menaik taraf sistem pendidikan, usaha seperti menwujudkan idea-idea yang bernas bagi meningkatkan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Maka kerajaan dengan berbesar hati memperuntukkan sejumlah wang yang besar dan banyak (bagi bahagian pendidikan sahaja) berbanding sebelum ini bagi mencapai matlamat dan visi negara ini. Keadaan ini juga menyebabkan penambahan guru, penambahan sekolah, wujud sistem yang baharu serta perbincangan-perbincangan lain berkaitan dengan isu pendidikan kian rancak diperkatakan.

Selain itu Perdana Menteri sentiasa menyatakan dengan yakin negara akan mencapai sasaran yang dimahukan melalui sokongan dan bantuan daripada rakyat supaya dapat merealisasikan bersama projek-projek kerajaan.

Kewujudan bidang agama di peringkat sekolah kebangsaan juga merupakan satu petanda yang jelas bahawa pendidikan yang menyeluruh mulai dititikberatkan. Maka di sinilah mungkin salah satu elemen yang ingin dibangunkan secara serius oleh kerajaan bagi melahirkan modal insan yang bukan sekadar mampu bersaing dalam dunia professional malah juga dalam bidang sahsiah dan peribadi. Keyakinan yang ditambah dengan keprihatinan kerajaan membantuk wacana-wacana yang berunsurkan Islam bagi membuka mata bahawa kerajaan ingin menunjukkan bahawa sebuah bentuk model negara Islam yang progresif harus dibentuk untuk masa depan umnat Islam.

Baru ini juga istilah Ulul Albab disebut oleh Perdana Menteri yang mana keperluan masyarakat melihat semula gagasan-gagasan yang Islamik menjadi tunjang kepada pemikiran hari ini. Tapi apakah maksud Ulul Albab dan peranannya yang dimaksudkan oleh pemimpin negara kita?.

Umumnya Ulul Albab yang difahami penulis adalah individu atau golongan yang menggunakan potensi akal dan pemikiran ke arah meningkatkan kemampuan diri dan sahsiah, berpengetahuan, mendapat hikmah dan sentiasa mengkaji dan mengambil iktibar daripada ciptaan Allah Taala. Perkataan Ulul Albab disebutkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 269.

Dalam memperkatakan tentang Ulul Albab berdasarkan ayat tersebut, perkara yang menjadi inti adalah hikmah iaitu salah satu aspek yang mendalam dan berkait rapat dengan istilah Ulul Albab ini. Hikmah berasal daripada perkataan hakama yang mempunyai pecahan kata dari segi ilmu marfologinya. Secara amnya ia melahirkan dua makna yang sama penting saling mempunyai perkaitan antara satu smaa lain. Iaitu yang pertama, konotasi yang berkaitan dengan hukum-hakam atau undang-undang. Kedua yang berkaitan dengan keilmuan dan pemikiran.

Kaitan yang pertama merujuk kepada hal yang berkaitan undang dan hukum-hakam. Disebut didalam al-Quran, lafaz-lafaz ini digunakan merujuk kepada peraturan, ketetapan hukum dan keadilan. Ia disebutkan dalam Surah AnNisa’:58, Al-Maidah: 95, Al-Maidah 50, An-Nisa’: 30, 60 dan sebagainya.

Secara tidak lansung ia berkait dengan perkataan hikmah iaitu yang merujuk kepada keadilan. Sesuatu keadilan hanya boleh didapati setelah pertimbangan yang wajar dan munasabah dilakukan ke atas satu perkara.

Yang kedua, kaitan antara ulul albab dengan hikmah lebih jelas dalam konotasi ini, iaitu kebijaksanaan. Hikmah ditakrifkan Raghib Al-Asfahani sebagai mencapai kebenaran dengan ilmu dan akal fikiran.(Isobatul haq bililmi wal aql) - (Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Quran,Darul Qalam). Takrif lain menyatakan hikmah adalah pengetahuan tentang Al-Quran, nasikh dan mansukh, ayat-ayat muhkam dan ayat mutasyabih. Pendapat ini sama dengan pendapat Ibnu Zaid. Takrif lain juga menyebutkan hikmah adalah nubuwah atau kenabian iaitu perkara khusus kepada para rasul Ulul Azmi dan nabi-nabi a.s.

Namun dalam konteks pemikiran yang ingin diketengahkan oleh pemimpin negara tentang Ulul Albab yang dilahirkan adalah generasi berkemampuan, berjatidiri, berilmu dan bersahsiah tinggi menghadapi arus kemodenan yang lebih mencabar di masa akan datang.
Sebagai negara Islam yang progresif banyak keperluan yang harus diisi untuk mencapai visi dan misi negara iaiatu wawasan 2020. selain memperkuatkan fizikal negara dari segi kemapanan ekonomi, kemantapan politk, keseimbangan sosial dan pendidikan, elemen-elemen lain juga ditekanakan seperti sains dan teknologi.

Bagi sebuah negara Islam yang juga sentiasa melihat Islam agama yang memberikan ruang untuk maju dan sentiasa menjadi model kepada negara-negara Islam yang lain sudah tentu dengan menyarankan kepada satu konsep atau idea akan dapat membuka lagi horizon keupayaan berdasarkan matlamat yang ingin dicapai. Bagi Malaysia, tidak ada masalah untuk sebuah negara Islam untuk maju dan bersaing dengan negara-negara maju yang lain jika kemahuan itu dapat diterjemah dan diusahakan dengan baik.

Ini merujuk kepada kemampuan generasi Islam yang awal memupuk ruh cintakan ilmu pengetahuan sehingga mampu melahirkan cendiakawan-cendiakawan yang merintis sains dan teknologi hari ini. Ilmu merupakan asas dan kekuatanm bagi Ulul Albab kerana hikmah hanya didapati oleh individu dan golongan yang berilmu dan mengamalkan ilmu pengetahuannya. Generasi yang mencintai ilmu akan sentiasa mencari dan mengali khazanah alam dengan kemampuan ilmu yang ada.

Umat Islam pada satu ketika dahulu mencapai kemuncak kegemilangannya apabila seluruh dunia telah melihat dan berkiblatkan umat Islam ketika itu untuk mempelajari dan mendalami pelbagai displin. Hal ini dikenang hingga ke hari ini sebagai sebuah tamadun yang penting dan memberi banyak sumbangan dalam dunia moden. Malah penemuan-penemuan cendiakawan Islam yang dahulu masih lagi dikaji dan diteliti mengikut keperluan semasa.

Daripada sini mungkin Perdana Menteri melihat bahawa masyarakat harus didekatkan dengan sejarah dan tamadun yang pernah dibina oleh umat Islam suatu ketika dahulu. Dengan harapan bahawa umat Islam mampu kembali ke zaman kegemilangan mereka dengan beberapa syarat yang diperlukan. Seolah Ulul Albab menyedarkan kita tentang pemikir-pemikir muslim yang hebat satu ketika dahulu namun hari ini tidak lagi kelihatan pewaris dan penyambung usaha itu.

Memang kita sebagai umat Islam tidak seharusnya bergantung dan bermegah dengan kejayaan nostalgik umat Islam yang terdahulu, tapi yang menjadi harapan adalah cuba mengambil iktibar atas kemunduran dan kelemahan kita hari ini dan mengubah keadaan hari ini. Tentunya ia memerlukan usaha yang gigih untuk kembali seperti zaman keemasan dahulu.

Ulul Albab menyarankan gagasan supaya minda dan kesedaran muslim dianjakkan paradiqmanya . Mereka mempunyai keberanian dan semangat untuk menyelami pelbagai disiplin ilmu pengetahuan dan berusaha mengembali tamadun Islam yang ditinggalkan sejak berkurun lama.

Melihat kepada suasana global akhir-akhir ini yang memaparkan imej umat Islam diperkatakan dengan pelbagai tohmahan yang dikaitkan dengan terorisme, golongan yang melampau dan fanatik dan cuba menganggu keamanan dunia. Negara Iraq iaitu salah sebuah negara umat Islam yang rebah setelah mengalami peperangan dan kemusnahan, yang mana memerlukan masa dan pelbagai bentuk sokongan untuk kembali aman dan harmoni. Begitu juga dilema Palestin, yang terus menerus menghantui media massa dan menjadi isu dunia. Negara-negara Islam yang lain seperti Sudan, Afganistan masing-masing masih dalam kepompong pertelingkahan dan survivalitinya. Negara-negara Arab dalam kelekaaan kekayaaan yang mereka miliki masih tidak dapat melihat keutamaan untuk membangunkan semula tamadun dan perpaduan yang menjadi asas kepada kekuatan fizikal.

Umat Islam sendiri yang tertindas seperti di selatan Thailand dan Indonesia masih menemui jalan buntu. Suasana-suasana ini yang harus diperbaiki dengan kehadiran gagasan baru dan serius untuk mengembalikan umat Islam ke tempatnya yang sepatutnya. Seperti yang diketahui bahawa tidak ada yang mampu memperbaiki keadaan ini melainkan umat Islam sendiri.

Justeru usaha yang bersepadu dan berterusan seharusnya digembeling pada setiap lapisan masyarakat bermula daripada kesedaran individu, keluarga dan masyarakat. Usaha yang murni hanya akan menjadi retorik semata-mata sekiranya tidak ada sokongan dan keyakinan yang boleh diberikan.

Golongan muda merupakan generasi yang bakal menggantikan generasi pemimpin hari ini. Sudah tentu perancangan dan agenda yang ada hari ini dibuat melihat faedahnya untuk generasi akan datang. Tentulah jika hari Ulul Albab dibangkitkan kembali wacananya dan ia tidak dlahirkan dalam dua tiga tahun ini malah ia adalah untuk generasi akan datang yang mempunyai kapasiti, potensi dan ciri-ciri Ulul Albab yang unggul seperti yang diharapkan.

Masa depan masih terbuka dan mempunyai seribu satu perjuangan lain yang masih belum selesai. Golongan Ulul Albab inilah yang akan menjadi penyambung kepada usaha hari ini. Maka golongan muda perlu memainkan pernanan dan memberikan waktu untuk membina diri sendiri untuk menjadi generasi yang bakal memimpin zaman yang lebih mencabar.
Ulul Albab seperti kita insafi bukan hanya golongan yang dapat menguasai ilmu zaman dan kemajuan tetapi mempunyai rohani yang seimbang dan kekuatan yang berbeza bagi menangani cabaran zaman. Dia harus mencipta karyanya untuk sejarah yang bakal meninggalkan makna selama-lamanya.

Maka kesedaran cintakan ilmu dan penghayatan kepada nilai-nilai sejagat harus diterapkan terutama golongan muda supaya dapat menghayati inti pemikiran Ulul Albab. Setiap individu perlu merasai bahawa perubahan memerlukan usaha dan keazaman bagi mencapai matlamat yang dicita. Begitu juga dengan Ulul Albab seperti yang disebut dan diwar-warkan akan memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk berdaya saing dan berkesedaran untuk mencapai wawasan 2020 yang dihajati. Perubahan tidak akan berlaku secara mendadak namun setiap perubahan memerlukan pengorbanan yang gigih jika ingin mencapai satu matlamat yang pasti.

Tuesday, January 09, 2007

Setelah Saddam, Oknum Lain Yang Aktif

Hukuman terhadap Saddam Husein telah dijalankan bersaksikan dunia yang dilanda pelbagai persoalan dan teka-teki. Nama pemimpin yang pernah memerintah Iraq selama 24 tahun itu dipadamkan dan ia ternyata berhasil usaha Bush memerangi keganasan dalam kempennya beberapa tahun lalu.

Ramai yang bergembira, berpuas hati atas kematian Saddan Husein dan tidak kurang hebat juga mereka yang mengecam, membantah, bersedih dan berkabung menitiskan air mata kerananya.

Meskipun banyak pihak menyatakan kematian pemimpin ini bukanlah satu penyelesaian kepada semua tragedi di Iraq, tapi ia adalah pencetus tragedi yang lain lebih kompleks lagi. Antaranya perang saudara di Iraq yang kini berada dalam keadaan buntu.

Banyak perkara yang wujud di tengah-tengah kekacauan ini dalam keadaan dunia begitu bergelut denganm bencana alam, tsunami, rebut taufan, kecairan ais, kenaikan suhu dan sebagainya. Politik antarabangsa berada dalam keadaan sukar seperti yang berlaku di Selatan Thailand, selain daripada isu Palestin.

Muslihat yang terbit daripada keampuhan pelan tindakan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu telah mampu dinilai kejayaannya dalam mewujudkan tekanan terhadap negara-negara tertentu yang mempunyai pertentangan pendapat. Jurang ini dapat dilangsaikan dengan menekankan beberapa pendekatan yang popular.

Presiden Bush mungkin boleh senyum dengan kemenangannya berhadapan dengan musuhnya yang telah tewas. Manakala sekutu-sekutunya pula lebih selesa lagi sambil bertepuk tangan setelah apa yang baharu saja berlaku. Apatah lagi negara emas hitam sudah berada di dalam pengaruh mereka.

Inilah permulaan tirai 2007, tahun baharu di ketika umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, Amerika mampu menunjukkan kepada dunia bahawa Saddam Husein adalah korban yang besar yang telah diadakan sepanjang zaman moden bagi membuktikan oknum-oknum teroris menemui jalan mati kini.

Tahun baharu yang bermula dengan tidak tenang seperti beberapa tahun lalu telah menunjukkan keadaan yang bakal berlaku mungkin lebih kronik lagi. Peta politik Iraq dijangka akan terus bergolak dalam perang saudara pauk Sunni-Syiah yang seolah-olah mencari hak yang belum pasti.

Walaupun di ketika Amerika lansung tidak ada sumbangan menyelesaikan perbalahan itu namun inilah realiti yang ingin dilihat bahawa satu perbalahan sedang berlaku di antara dua puak dalam sebuah negara tertentu tidak akan ditenteramkan oleh pihak ‘musuh dalam selimut’ ini. Tugas Amerika untuk menwujudkan keamanan di Iraq seolah hanya dengan membekalkan tentera-tentera untuk menhapuskan saki-baki penentang yang kononnya satu usaha yang dijalankan atas nama demokrasi.
Dalam hal ini Amerika menggunakan demokrasi dan kuasa besarnya secara mutlak untuk menyelesaikan masalah namun begitu bukan sebenarnya bertujuan murni tapi mempunyai konspirasi dan motif yang terselindung.

Oleh yang demikian tidak ada lansung sebab untuk Amerika untuk masuk campur dan cuba meredakan ketegangan di Iraq. Oleh itu Bush meminta pemimpin Muslim cuba menyelesaikan maslaah ini. Pembabitan ini dilihat satu kerjasama yang positif namun tetap Amerika mempunyai tujuan tertentu yang sukar untuk ditafsir.
Mungkinkah juga ini menunjukkan bahawa musuh dalam selimut itu akan cuba menangani persoalan lain jauh penting di ketika ini iaitu salah satu oknum yang sangat subur, aktif dan menyengat di masa ini.

Di mana peranan Amerika dalam isu nuklear Iran, ia dilihat apabila Amerika yang mula-mula menganjurkan bahawa nuklear di Iran sepatutnya dihapuskan. Ia tidak semudah itu pe rlu ada beberpa rasional.

Namun rasional itu tidak lebih daripada omong-omong kosong dan mitos yang direka. Ini juga lanjutan pelan realiti terbesar Amerika yang ingin dipahat di dinding sejarah dunia. Massa tidak mudah lupa bahawa Amerika berjaya mencerobohi Afganistan dan Iraq setelah dengan penuh keyakinan ai bagi menangkap penganas-penganas yang bertaburan di atas dua muka bumi negara itu. Tidak jadi hal sebenarnya, tapi Amerika mempunyai tanggapan yang terlalu jelas kepincangannya dalam menyelesaikan agenda anti-keganasannya itu. Hal ini mendapat perhatian pelbagai pihak dan Bush sentiasa mempertahankan pendirian dan tindakannya.

Iraq ditinggalkan dalam keadaan yang penuh tragik dan dilema. Tragik kerana kemusnahan dan kesan-kesan peperangan yang ditanggung oleh mereka tidak sesungguhnya dapat difahami oleh rakyat Iraq sendiri; sebab musabab Amerka memilih mereka berada dalam kancah. Bagi rakyat Iraq ia merupakan satu mimpi ngeri kerana kemusnahan yang paling besar adalah kehilangan nyawa yang bukan melibatkan seratus atau dua ratus nyawa. Bagi seorang pasitis, Iraq adalah satu drama yang berepisod panjang tapi terasa baru saja semalam berlakunya penjajahan yang paling tegar dalam sejarah.

Apatah lagi kemusnahan yang dihadapi ini seolah satu tsunami yang mengegarkan suasana dan mengubah wajah Iraq sekelip mata. Dan orang-orang lama sering mengaitkan peristiwa bencana dengan serangan garuda, tapi soalnya adakah pencerobohan Iraq ini kecil daripada satu sesi serangan garuda sedangkan ia dijalankan secara berterusan dan mempunyai lebih banyak lagi implikasi.

Persoalan yang paling ketara di Iraq adalah membina dan membangunkan negara. Pembinaan dan pemulihan semula ini tidak dapat lari bertolak daripada semua segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Walaupun Iraq telah beberapa kali mengalami peperangan dan beberpaa kali bangun setelah jatuh, ini tidka bermakna kebangkitan kali ini lebih mudah.

Cumanya masalah yang jelas adalah perang saudara yang berlaku di Iraq. Secara tidak lansung telah memanjangkan atau melengahkan proses pembinaan negara ini. Amerika sendiri sudah mengakui ketidakpandaiannya menyelesaikannya walaupun sudah beberapa tahun berhadapan dengan isu Iraq. Kerja lepas tangan sebeginilah contoh demokrasi Amerika yang ingin dizahirkan agaknya.

Amerika melihat horizon yang baru iaitu Iran. Iran yang mempunyai isu nuklearnya mempunyai beberapa perkara yang lebih jelas satu daripada meja yang membolehkan Amerika campurtangan. Di sini, Iran semacam satu oknum yang aktif dan mempunyai beberapa persepsi yang menarik untuk dilihat.

Iran bukan sekadar sebuah negara syiah di sisi umat Islam tetapi sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang lanatang mengkritik Amerika dan Israel secara terbuka. Tidak pemimpin negara-negara di dunia ini selain Venezuala dan Iran mempunyai pendirian yang jelas dalam hal ini.

Iran yang pernah mengkritik Israel dan menyatakan bahawa holocaust adalah satu mitos dan terus mengkrtik Amerika, tentang sikap dan pendekatan Amerika menangani keganasan. Rupa-rupanya mungkin Amerika dapat melihat ruang yang ada untuk mengodam negara yang dipimpin oleh Ahmedi Najed itu.

Hari ini sekali taktik yang digunapakai dalam memulakan pencerobohan di Iraq perbezaannya Iraq sehingga ke hari ini tidak dibuktikan wujudnya senjata nuklear seperti yang didakwa ada. Adakah Amerika Syarikat sedang melihat prospektus di sebalik isu nuklear Iran?.

Seperti mana apa yang berlaku di Iraq seblum pencerobohan Amerika, Saddam Hussein dengan rasa berani mempertahankan negaranya dan akan menggunakan kekuatan ketenteraan menghalang kemaraan tentera Amerika. Namun apa yang berlaku, Amerika mempunyai strateginya yang tersendiri dan boleh dikatakan menyerang Iraq bagi merealisasikan tindakan anti keganasan adalah agenda besar Amerika. Maka dengan serius Amerika memberi tumpuan dan mempunyai keazaman untuk mengalahkan pendirian pemimpin Iraq yang degil itu. Dan mereka menang ketika itu namun dunia mulai menyedari bahawa perjuangan Bush hanyalah satu alas an semata-mata untuk melangsaikan kehendak politiknya.

Persoalan yang baru timbul adakah episod kejatuhan dan pencerobohan sebuah negara yang berdaulat akan berulang lagi. Akan berlakukah kemusnahan dan peperangan yang lebih tragis pada waktu yang terdekat ini. Bagaimana dengan Israel yang kelihatan seperti sebuah bom jangka yang sentiasa menunggu peranannya dimainkan.

Persoalan-perosalan yang timbul ini sentiasa menambahkan keresahan bagi seorang yang mencintai keamanan global. Kita telah berhadapan keadaan penjajahan dan peperangan yang tidak memberikan apa-apa faedah melainkan pengalaman-pengalaman ngeri dan duka. Manakala di segi yang lain umat yang dahulu dikatakan satu itu sudah tiada pada hari ini. Di manakah mereka dan apakah kelemahan-kelemahan mereka yang menyebabkan mereka terus ketinggalan dan tidak mempu berdiri dengan megahnya.

Tentunya dunia memerlukan satu kuasa perubah dan penggerak bagi menyedarkan betapa kekacauan dan kemusnahan hari ini tidak hanya memberi kesan buruk malah mengulangi kesilapan sejarah yang sepatutnya dihindari sejauh-jauhnya. Benarkah sejarah sudah benar-benar mempengaruhi minda kita?.

Wednesday, December 13, 2006

Blindness Jose Saramago

So this is an interpretation of the novel Blindness by Jose Saramago. It's a music video with a buch of different clips. I did it for an English project so hopefully it will help out anyone reading the novel, or inspires someone who needs to make a presentation on it aswell. yay. anyways, here you are.

Tuesday, December 12, 2006

Semangat menulis di tempat yang asing

Jika dia berkeinginan dan bercita-cita menjadi seorang penulis, kewujudannya di mana-mana tempat dan keadaan tidak membatsinya untuk menulis. Begitu juga jika dia seorang ulat buku, di mana-mana tempat dan masa dia tetap akan membaca buku atau berkelek bersama buku.

Saya hadir ke maktab dengan rasa gembira yang saya cipta sendiri, dan ia menjadi setelah saya sampai ke mari bersalaman dan melihat wajah-wajah teman seperjuangan. Saya menyalin keceriaan mereka yang juga tidak seceria mana apabila tiba di pintu bilik kami di sini. Semua manusia mengkehendaki keselesaan, dan realitinya juga kami rasai sedemikian apabila kami membuka pintu bilik kami yang sebahagianya membautkan kami terasa hati...

Jika hati kami terasa di kala sebegini, kami terpaksa menyabar dan memujuk sendiri kerana tidak ada yang mahu memujuk kami di sini. Saya dapat faham keadaan kawan-kawan yang macam tidak ambil endah dengan bilik yang sebahagiannya memang tidak memuaskan. Jangan salahkan kami berperasaan sebegini, ia juga satu hak kemanusiaan saya kira.

Lalu nawaitu kami jugalah yang menyabarkan dan menenangkan keadaan. Ia turut memunasabahkan pemikiran kami. Lalu kamipun ok selepas itu. Macam mana keadaanpun, itulah tempat kami berrehat dan tidur. Semuanya ok bila otak bilang ok.

Macam disebut di awal tadi, bertemu dengan kawan boleh mengurangkan tekanan kami. Maka di kalangan kami, lawak dan ketawalah yang menajdikan kami dapat rasa bebas daripada tekanan yang kami alami. Walaupun stress itu tidak berat mana,kami percaya serba sedirkit terasa juga. Kami buat-buat ok....dan maka petang kami selalu diisi dengan riadah bola sepak...

Saya berusaha untuk menulis juga di tempat sebegini. Saya menulis semampu saya walaupun untuk menulis yang panjang-panjang tidak berkemampuan. Lalu adalah satu dua sajak yang ditulis untuk menyamapikan rasa hati. Sebahagiannya begitu eksperimental dan ekspresis...

Sunday, December 03, 2006

Islamphobia: Realiti Rekaan Amerika.

Di mana-mana tempat dan keadaan umat Islam tetap sama, maksud penulis dari segi pegangan, pemikiran, praktikal dan gaya hidup, prinsip ekonomi, kehendak, falsafah dan sebagainya. Mungkin ia akan keterlaluan jika dikatakan tentang kesamaan ini seolah ingin memutlakkan kesemuanya yang berkaitan Islam baik belaka malah di sesetengah tempat begitu ia tidaklah sebegitu sebenarnya gambaran umat Islam pada hari ini. Namun secara keseluruhan keadaan umat Islam sama sahaja.

Cuma yang ganjil, janggal dan berbeza itu adalah pandangan luaran daripada lingkungan Islam itu sendiri. Sesuai jika kita bicarakan tentang realiti yang berlaku pada hari ini, Islam diberikan pelbagai kecaman dan dakwaan hasil daripada perkara-perkara berlaku khususnya di Barat. Walaupun timbul pandangan tentang anti-Amerika dan isu penganas, sepatutnya ia diadili dengan cara yang rasional. Tetapi mungkinkah ia akan berlaku!.

Timbul juga persoalan sebab-musabab kewujudan ‘Islamphobia’ di Barat dan bagaimana ia mempengaruhi senario hari ini. Islamphobia yang diperkatakan hari ini bermula apabila tercetusnya 11/9 dan peristiwa ia menjadi sejarah bagaimana Barat sebuah kuasa besar diserang oleh sekumpulan manusia yang kemudiannya memulakan semua babak-babak anti-teroris seperti yang ditaja sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Islamphobia pula timbul selepas Presiden Bush menyatakan dalang disebalik peristiwa 11/9 itu adalah Osama Ben Laden. Maka pandangan Barat telah dikaburi soal-soal ‘terorisme hitam’ lain yang lebih dashyat kerana isu Osama Ben Laden dan sekutu-sekutunya adalah suspek utama pendombrak WTC dan sekaligus menarik perhatian Barat malah seluruh dunia terhadap agama Islam. Tentulah istilah ‘Islamphobia’ ini secara automatisnya memberikan implikasi kepada horizon pemikiran politik dan realiti kehidupan abad ke-21 ini dan implikasinya tidak kecil.

Antara punca kewujudan istilah ini adalah pemikiran Eropah-etnocentrik yang sebenarnya seringkali terdedah kepada persaingan khususnya dalam hal-hal yang berkaitan kekuasaan. Amerika Syarikat sebagai peran utama dalam pentas arena antarabangsa tidak selalu cocok dengan Islam apatah lagi isu Osama ben Laden yang bagi satu perolehan yang paling penting daripada segala-galanya. Media-media di Barat berjaya membawa maksud dan kehendak Presiden Bush ke merata-rata dunia dan sokongan daripada negara-negara telah mengubah banyak senario dunia antaranya politik di Timur Tengah juga ekonomi dunia.

Keseriusan menghadapi isu-isu besar yang ditangani oleh Presiden Bush wajar dipuji kerana apa yang rancang dan dikehendaki sudah mulai kelihatan kejayaannya dan sememangnya Presiden Bush tetap akan menjadi wira dalam abad ke-21 ini kerana kepintarannya melihat masa depan sebagai ruang eksperimental yang paling efektif sekaligus menjadikan manusia khususnya di negara Afganistan dan Iraq berada dalam ‘alat kawalan jauh’nya.

Seterusnya Amerika Syarikat di bawah naungan Presiden Bush telah membuka satu lembaran, barangkali secara sedar atau tidak, rancangan Amerika Syarikat untuk menjadikan semua yang berkaitan dengannya dijadikan sasaran bagi menentang secara diam-diam. Rancangan Presiden Bush ini bermula apabila peristiwa 11/9 itu terjadi, beliau memainkan peranan mencari dan melihat kemungkinan-kemungkinan yang boleh dikatkan dengan peristiwa ini. Kemungkinan-kemungkinan itu antaranya adalah apa yang di dalam pemikirannya tentang agenda politiknya yang wajar menjadi pokok yang utama. Maka penyelesaiannya adalah berdasarkan ‘pokok utama’ ini. Perkara-perkara lain yang tidak berkaitan adalah marginal dan tidak berapa banyak menyumbang kepada agenda.
Maka tirai tindakan dibuka. Pentas dunia adalah khayalak kepada semua rancangan realiti kerajaan Amerika yang dikepalai presidennya. Ceritanya tidak terlalu kompleks dan bersimpang-siur dan mudah sahaja pembuka rancangan ini.

Babak demi babak dibuka. Sedikit berbeza daripada rancangan realiti biasa, ia lebih global dan sepontan. Dimulai dengan kisah musuh yang pertama yang menjadi sasaran adalah Al-Qaeda iaitu pertubuhan yang diasaskan untuk melawan Amerika. Versi Amerika tersebut polos begitu sahaja, yang penting adalah tajuk dan perkembangan isi iaitu jaringan plot yang menarik khalayak. Cerita yang dibuat ini jangan sampai terputus di tengah jalan dan memang tidak akan tergantung kerana selagimana Presiden Bush menjadi ketua kepada rancangan ini, perkara-perkara lain tidak akan mampu mengoyahkan agenda.
Presiden Bush melihat peranan Amerika tidak sekadar mencari siapakah dalang dan punca peristiwa 11/9, malah sebenarnya yang paling efektif jika sekiranya anasir-anasir luar boleh dilibatkan bagi menyusun lagi keyakinan dunia terhadap apa yang disebut di mana-mana semacam satu kempen besar dan penting, iaitu anti keganansan. Penglibatan ini akan memungkin segala maksud agenda dicapai dengan baik.

Plot tragis ini tidak saja ‘menghidupkan’ suasana tapi sesuai dengan waktu dan keadaannya. Munasabah juga dikatakan rancangan realiti ini berjaya kerana faktor masa dan keadaannya menyumbangkan ke arah itu. Antaranya faktornya rakyat Palestin yang dizalimi dan dipinggirkan di negara sendiri diperkatakan saban hari menarik perhatian dunia menjadi cerita hangat di satu ketika mulai senyap disebabkan kempen anti keganasan diploklamirkan seantero dunia. Justeru, tentulah cerita-cerita tentang rakyat Palestin ini akan tenggelam dan senyap sekejap.

Sekarang yang lebih difokuskan adalah anti keganasan. Setelah Britain dan Australia sebagai rakan kongsinya juga beberapa negara merestui rancangan ini, Amerika memperdalamkan maksud agendanya. Afganistan sasaran awal dan ianya tampak berjaya. Keadaan di sana menjadi kacau-bilau, bukan Al-Qaeda yang dicari tetapi Taliban dan Afganistan. Taliban berjaya dikesan dan dimusnahkan oleh rancangan ini. Kesannya perubahan politik sekali lagi berlaku, Amerika sudah menjadi wira membebaskan Afganistan daripada keganasan. Islamphobia menemui bibit-bibitnya di tingkap antarabangsa.

Maka keadaan di merata-rata tempat contohnya di Asia Tenggara tidak lagi selamat daripada bahana 11/9. Wujud perkataan gerakan militan di sini. Mereka mempunyai kaitan dengan militan ini akan dikesan dan ditangkap. Keganasan sudah menjadi isu dunia khususnya di Barat. Presiden Bush sekali mencari di mana ruang untuk melebarkan plot ini, maka persoalan Iraq iaitu musuh ketatnya Saddam Hussein harus dikaitkan. Kaitannya entah bagaimana daripada senjata nuklear yang didakwa dimiliki oleh Iraq. Dengan cara yang agak ‘demokrasi’ agaknya, Amerika mendapat kebenaran dan Iraq dimasuki. Apabila pemeriksaan senjata nuklear dijalankan dan benda itu tiadapun, maka dengan mudah Amerika membuka pula onar, dan melengkapkan maksudnya. Peperangan tidak semestinya dengan senjata tapi dengan tipu helah, dan Amerika berjaya menjatuhkan musuh ketatnya iaitu Saddam Hussein.

Peluang keemasan sekali lagi terbuka apabila negara perut minyak ini itu sememangnya mengalami banyak krisis. Maka Iraq juga berjaya dimangsakan berdasarkan pelbagai situasinya yang berlaku. Presiden Bush berbuah hati kerana anak-anak buahnya dapat melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan sempurna. Presiden Bush menyatakan masih banyak lagi penganas-penganas di dalam negara tersebut, maka dengan satu tempoh yang agak lama berbanding Afganistan, tentera-tentera Amerika dikerah bagi mencari dan menghapuskan pengganas-penganas supaya ia menampakkan keseriusan Amerika dalam anti keganasan. Negara yang dicerobohi menjadi negara yang hilang kestabilannya, baik sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Islamphobia pula menjadi isu. Mereka yang berkaitan akan menjadi saksi kepada Islamphobia ini. Barat sudah melihat wajah Islam dengan kaca mata Amerika. Ruang komunikasi agak tidak berkesan. Maka umat Islam berada dalam keadaan kebimbangan kerana terdedah kepada persoalan-persoalan semasa. Horizon tuduh-menuduh terbuka luas. Usaha menghambat penganas-penganas diteruskan dan jika ia berjaya Presiden Bush berhak bersuara lebih lantang lagi. Oleh yang demikian sepanjang tempoh itu, apa yang dikaitkan dengan agama Islam adalah perkara-perkara yang muluk-muluk negatif. Jihad yang mempunyai maksudnya yang tersendiri diterjemah dan difahami dengan sesuka hati. Begitu juga gaya hidup muslim khususnya di negara-negara minoriti penduduknya daripada kalangan Muslim disalahtafsir. Keadaan seperti ini menyebabkan umat Islam tertekan selain tidak mempunyai kebebasan di negara yang mereka diami. Walaupun di sana kelihatan ruang Islam didekati dan mendapat simpati oleh beberapa kelompok namun sedikit-sebanyak imej dan maruh Islam tercalar kerana media tidak banyak menunjukkan sedemikian.

Apatah lagi isu-isu yang timbul berkenaan sensitiviti umat Islam tentang lakaran kartun, tayangan video, kenyataan Pope, pemakaian niqab dan lain-lain menunjukkan bahawa tidak ada istilah demokrasi yang sebenarnya dipegang oleh pemimpin Barat. Presiden Buah berjaya merancang satu rancangan untuk menjatuh umat Islam secara tidak lansung mengikut keinginan politiknya. Seolah-olah Bush menerbitkan sebuah rancangan realiti televisyen tapi jauh rancangan realiti ‘Islamphobia’ ini lebih besar dan dalam maknanya. Mungkin dari segi politik Bush mampu menunjukkan kepada dunia bahawa realitinya uamt Islam hari ini berada dalam satu keadaan yang mana keadaannya amat kritkal.

Dari segi aspek yang lain yang ingin ditunjukkan oleh rancangan Presiden Bush ini adalah agama Islam adalah satu doktrin yang berunsurkan keganansan, fundamentalis, rigid, emosional dan tidak mengalah kepada kuasa majoriti. Islam agama yang diperjuangakan dengan emosional dan tertutup kepada unsur-unsur luar. Islam sebuah agama yang tidak mempunyai sejarah yang gemilang seperti hari ini.
Selain itu, peluang kepada Barat menggunakan kesempatan untuk mencari kesalahan umat Islam amat mudah. Peristiwa 11/9 terus diingati manakala apa yangberlaku di Iraq, Palestin, Afganistan dan lain-lain menjadi cerita-cerita yang marginal. Keadaan politik pula lebih melihat penyelesaian daripada kacamata Amerika dan sekutu-sekutunya buka dari pandangan keadilan. Namun akhir-akhir ini kelihatan Amerika dapat menilai kaca-kaca yang bertaburan di sebalik permata. Maka wujud banyak kritikan dan penilaian secara objektif terhadap apa yang terkandung dalam rancangan realiti tajaan Presiden Bush. Presiden akan melihat perubahan ini sebenarnya akan menyukarkan kedudukannya, tambahan dasar domestik Amerika sebelum ini lebih kepada ke arah negatif berbanding positif. Manusia masih melihat keamanan adalah agenda yang paling utama berbanding yang lain. Pasti keadaan ini akan berubah, dan Islamphobia rekaan Bush ini akan hilang selama-lamanya.

Saturday, November 25, 2006

Bangsa Kita = Siapa Kita?

Kita selalu membaca kenyataan atau mana-mana tempat bahawa sejarah banyak mengajar kita. Dalam lagu doa buat Kekasih, duet KHadijah Ibrahim dan juga Ramli Sarip juga menyebut tentang ini. Saya kita bangasa Melayu kita haruslah melihat semual sejarah dan mengambil pengajaran sebanyak yang mungkin supaya menjadi pedoman untuk membangunkan masa depan yanglebih cemerlang.

mungkin kita perasan bahawa bangsa kita selalu menghadapi banyak kritikan dan penghinaan. Samam ada keras atau lembut ia tetap memberikan kesan. Saya setuju jika kritikan itu dalam bentuk yang membina, tapi jika ia tidak lansung membina malah menghina ia harus dilihat dengan serius.

Saya percaya antara sebab musabab lahirnya buku Dilema Melayu karangan Dr. Mahathir, mantan PM satu ketika dahulu merupakan dorongan untuk memerikan kritikan membina dan pandangan terhadap bangsa Melayu. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang menulis hanya tahu mempersalahkan dan menghina bangsa Melayu.

Setelah Bahasa Melayu tidak boleh digunakan untuk mengajar Sains dan MAtematik maka selepas ini bahasa Melayu akan kurang ditekankan dan barangkali akan merosot pengaruh bahasa Melayu itu terhadap orang Melayu.

Kita mungkin tidak boleh terlalau pasif, negatif dan pesimistik dalam hal atau isu hangat sebegini tetapi itulah realitinya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemikiran. Realitinya perkara ini mendapat banyak kritikan dan tentang secara halus oleh ramai orang daripada pelbagai golongan walaupun ia tidak akan mengubah keadaan. Maka bangsa melayu sekali lagi kehilangan satu daripada cirinya sekiranya bahasa Melayu tidak diutamakan.


Membina Pemikiran Global

Pemikiran yang global itu lahir apabial seseorang itu mempunyai wawasan dan kesungguhan yang serius. JIka seorang petani itu berusaha dan berwawasan dan bersungguh menumpukan cita-citanya dia pasti akan berjaya bagi dirinya. begitulah juga dengan mana-mana pekerjaan dan profesion ia akan melahirkan hasil yang sama.

Dan pandangan peribadi penulis bahawa tidak ada sekatan sebenarnya untuk maju dalam konteks isu bahasa. Penggunaan bahasa hanyalah sebagai alat menghubung, meluaskan horizon mendapat sumber dan peluang tapi bukan bermaksud ia akan terus menjadi tujuan utama mencapai kejayaan. Padahal bahasalah yang akan memberikan sumbangan untuk seseorang itu majudengan jatidirinya.

Maka dalam hal penggunaan bahasa, yang penting adalah kesedaran dan motivasi. Kita akan berjaya apabila ada kesedaran yang matang untuk mengubah keadaan.Bahasa bukan paling teratas untuk mengangkat sesuatu bangsa tapi yang penting adalah kesedaran dan kesungguhan mengankat budaya dan inti pemikiran ke tahap global.

Wednesday, November 22, 2006

Pendidikan Untuk Masa Depan.

Saya tidak mengetahui dan memahami dulu kenapa kita mesti berpolitik, bersosial dan berpelajaran. Tapi kemudiannya ia menjadi jelas dengan sendiri dan amat mudah sebenarnya jika seseorang itu mendapat pendidikan dan dapat pula pekerjaan hasil daripada pendidikan yang diterimanya. Saya golongan yang boleh dikatakan agak bertuah kerana dapat belajar dan dapat pula menikmati hasil daripada sijil-sijil yangs saya dapat hari ini.

Semua ini berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Saya tidak perasaan malah ambil tahu bagaimana perkara yang berkaitan dengan masa kini terjadi. Satu masa nanti sebenarnya boleh sahaja terjadi dengan tiba-tiba.

Sebenanrya begitu besar pengaruh pendidikan, sosial, ekonomi dan politik terhadap masa depan seseorang individu itu. Ia diperlihat melalui bagaimana seseorang itu menhadapi dunia yang ada di depannya. Maka sebelum mencipta sejarah bagi diri kita beljarlah dan bacalah daripada sejarah orang-orang yang terdahulu. Bunyinya semacam motivasi dan memanglah Al-Quran sendiri memotivasi kita membaca dan menghayati sejarah orang-orang terdahulu.

Ulul Al-Bab dan Minda Kelas Pertama

Setuju atau tidak inilah istilah yang menjadi bahan yang dibicarakan oleh mereka yang bijaksana daripada pelbagai lapis pemikiran dan jenis manusia. Saya tidak pasti tapi orang yang perasan istilah ini adalah istilah yang sebenarnya hampir sama disebut-sebut dahulu, anjakan paradikma dan lain-lain lagi.

Dan bukan satu yang salah untuk kita berbicara persolan ini malah ianya salah satu isu yang paling baik untuk dibicarakan. Tapi bagi merealisasikan perkara ini bolehkah dikatakan masyarakat kita ini dapat melaksanakan perkara ini dengan sebaiknya. Dengan istilah-istilah ini adakah ia sesuai dengan pendidikan dan sosila masyarakat kita. Dimana keadaan dan tahapnya?.

Maka banyak perkara yang harus kita percaya untuk merealisasikan istilah-istilah ini supaya tidak sekadar menjadi istilah-istilah sahaja. Ia harus menjadi cerita.
Pendidikan Untuk Masa Depan.

Saya tidak mengetahui dan memahami dulu kenapa kita mesti berpolitik, bersosial dan berpelajaran. Tapi kemudiannya ia menjadi jelas dengan sendiri dan amat mudah sebenarnya jika seseorang itu mendapat pendidikan dan dapat pula pekerjaan hasil daripada pendidikan yang diterimanya. Saya golongan yang boleh dikatakan agak bertuah kerana dapat belajar dan dapat pula menikmati hasil daripada sijil-sijil yangs saya dapat hari ini.

Semua ini berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Saya tidak perasaan malah ambil tahu bagaimana perkara yang berkaitan dengan masa kini terjadi. Satu masa nanti sebenarnya boleh sahaja terjadi dengan tiba-tiba.

Sebenanrya begitu besar pengaruh pendidikan, sosial, ekonomi dan politik terhadap masa depan seseorang individu itu. Ia diperlihat melalui bagaimana seseorang itu menhadapi dunia yang ada di depannya. Maka sebelum mencipta sejarah bagi diri kita beljarlah dan bacalah daripada sejarah orang-orang yang terdahulu. Bunyinya semacam motivasi dan memanglah Al-Quran sendiri memotivasi kita membaca dan menghayati sejarah orang-orang terdahulu.

Ulul Al-Bab dan Minda Kelas Pertama

Setuju atau tidak inilah istilah yang menjadi bahan yang dibicarakan oleh mereka yang bijaksana daripada pelbagai lapis pemikiran dan jenis manusia. Saya tidak pasti tapi orang yang perasan istilah ini adalah istilah yang sebenarnya hampir sama disebut-sebut dahulu, anjakan paradikma dan lain-lain lagi.

Dan bukan satu yang salah untuk kita berbicara persolan ini malah ianya salah satu isu yang paling baik untuk dibicarakan. Tapi bagi merealisasikan perkara ini bolehkah dikatakan masyarakat kita ini dapat melaksanakan perkara ini dengan sebaiknya. Dengan istilah-istilah ini adakah ia sesuai dengan pendidikan dan sosila masyarakat kita. Dimana keadaan dan tahapnya?.

Maka banyak perkara yang harus kita percaya untuk merealisasikan istilah-istilah ini supaya tidak sekadar menjadi istilah-istilah sahaja. Ia harus menjadi cerita.

Saturday, November 18, 2006

Saya menulis esei mungkin orang-orang lain membacanya sekadar bacaan-bacaan dan tulisan yang biasa. Saya tak kisah. Tapi secara peribadi mungkin ada pandangan saya yang cuba diketengahkan.

Anugerah Nobel Untuk Sastera Malaysia

Orhan Pamuk telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel 2006 bagi sastera dari negara Sweden. Ia satu tentu menjadi satu kebanggaan bagi rakyat Turki. Dengan kemenangan tersebut tentulah sastera Turki akan diperhatikan selepas ini selain penulis-penulis Turki yang lain juga turut berbangga dengannya. Meskipun Orhan Pamuk merupakan seorang penulis yang kontroversi namun sememangnya serba-sedikit ia membangkitkan sedikit keghairahan masyarakat antarabangsa terhadap novelis itu sekaligus membuka ruang baru bagi sastera Turki.

Isu yang selalu perhatian Orhan untuk diadun antaranya tentang modenisasi yang melanda ke negara yang mempunyai masalah mengamalkan agama dalam kehidupan dan bernegara dan pertembungan antara tamadun.

Sejarahnya, pemilihan satu-satu pengarang untuk sesuatu anugerah yang berprestij tentulah dilandasi dengan pelbagai aspek yang diambilkira. Pencalonan pula sentiasa dibanjiri dengan pelbagai 'jenis' penulis mungkin beratus-ratus malah beribu-ribu pencalonan yang disaring untuk memenangi hadiah ini. Pemilihan yang akan memenangi sejumlah wang $1.4 million US ini dilakukan dengan amat teliti, ketat dan begitu berhati-hati mengambil kira semua faktor antara pengiktirafan daripada negara sasterawan itu sendiri.

Selain itu sejarah pemilihan telah menunjukkan sasterawan yang memenangi hadiah bertaraf antarabangsa ini terdiri daripada penulis-penulis yang mempunyai latar belakang yang telah mengangkat sesuatu idealisme yang tulen bagi seorang pengarang dan falsafah. Penulis-penulis yang kontroversi biasanya akan terpilih tidak kiralah isu-isu yang berkaitan politik, kemanusiaan, tradisi dan sebagainya. Secara amnya sasterawan yang dinobatkan saban tahun sebenarnya memberikan impak yang tersendiri dalam landas perjuangan kepengarangannya walaupun nama-nama ini belum benar dikenali.

Barangkali kemenangan yang pernah dicapai oleh Boris Paternak, Gabriel Garcia Marquez, Naguib Mahfouz, Thomas Mann, Willian Faulkner mempunyai entiti keberanaian dan keseriusan pengarang menghantar mesej intelektual dalam penulisan fiksi dan kreativiti kerana ciri-ciri itulah yang melambangkan nilai ideal bagi sesebuah pengarang dalam membaca dan menterjemah semangat zaman kepada bentuk puitika.
Maka peranan calon pemenang hadiah Nobel Priza barangkali melangkaui pemikiran sastera, iaitu ia lebih menekanakan isu-isu kemanusiaan, survival, keberanian dalam pengucapan dan mendiirkan pemikiran yang kukuh dalam sejarah persuratan dunia. Ia memang dilihat terlalu ideal tapi begitulah pegiktirafan yang dijadi ukuran bagi anugerah-anugerah besar.

Dalam abad ke-21 sudah tentu karya-karya sastera tidak lagi mengambil jalan pintas dan streotaip dengan karya-karya yang ditulis sebelum ini. Zaman yang dikatakan zaman globalisasi, teknologi mencapai ke tahap yang maksima dan begitu juga kebijaksaaan manusia makin asing, malah isu-isu yang timbul juga amat mencabar dan kompleks memerlukan penglibatan pengarang secara lansung.

Di mana pengarang\sasterawan dituntut merenung dan mengambil bahagian atau juzu’ yang terpecah ini dalam proses menjadikan karya sasterawan melayakkan semangat zamannya diolah dan dirumus dengan baik menghasilkan bahan intelektual yang boleh menggerakkan pemikiran, emosi dan peradaban manusia.

Sastera yang mendapat perhatian tidak lagi mengambarkan perihal manusia yang penuh dengan pelbagai rencam dan nilainya tetapi mencari kelainan dan keanehan di sebagai pemikiran manusia yang ada. Novelis-novelis abad 21 ini menagambil kira isu-isu yang jelas sebegini diolah dan diperhalusi menjadi madah sastera yang unik dan bermakna dalam memberikan tanda-tanda tentang perubahan yang berlaku pada manusia segi pemikiran, emosi, sosisl, ekonomi dan politik. Sasterawan harus menghadirkan diri dan menbuka seluas-luasnya runag kreativiti dan pemikiran kritikalnya bagi mengemukan satu-satu pandangan.

Penerokaan sastera tidak hanya pada bahasa dan ungkapan, tapi ia sudah mengembang dan meluas ke sudut-sut lebih kompleks termasuk menrancukan segala-gala anasir sehingga menjadi apa-apa madahpun tapi menyokong peneguhan kemanusiaan dan ketuanannya. Madah kemanusiaan, ekonomi, psikologi, falsafah, sains adalah gabungan idea digabungjalin membentuk sastera yang kaya dengan intektual dan falsafah.
Di mana pula tempat sastera hari ini, kerana pengarang harus lebih jelas dan peka terhadap era teknologi, peperangan adalah melibatkan kebijaksaan politik dan media, selain menyuarakan pandangan jujur terhadap pengembangan gagasan persengkongkolan antara negara-negara bagi melenyapkan peluang untuk peradaban yang lemah dan naïf terus menghadapi masa depannya yang seolah tidak kelihatan survivalnya.

Dalam keadaan isu keamanan sejagat yang tidak diambil perhatian. Dalam keadaan pencerobohan dibolehkan dan peperangan menjadi agenda untuk mempertahankan kuasa maka keadaan sebegini telah menunjukkan beberapa tanda bagaimana keadaan dunia hari ini yang amat cacamarba harus disuarakan kebimbangannya dan harapannya oleh sasterawan. Maka harus di mana lagi diletakkan perbiacaan tentang peperangan psilkologi, pertembungan tamadun dan pengcerobohan yang dikatakan berpunca daripada balas dendam.

Ketidakseimbangan kuasa politik ini yang mengheret segala persepsi dan pemikiran dan memyebabkan segala yang akan berlaku harus diberikan perhatian dan cuba diatasi dengan pelbagai cara. Sastera mengambil peranan ini dalam cuba merungkai salah satu kekusutan yang telah ada. Walaupun sastera bukanlah satu kuasa yang mutlak memperbaiki keadaan dan melakukan perubahan.

Oleh itu barangkali tema sebegini adalah berat dan sukar untuk dibentangkan kepada khalayak. Di negara kita masih banyak perkara yang harus dipelajari bagi mendapat pengiktirafan luar. Namun tidak ada sastera yang diiktiraf jika ia tidak diuji, dinilai dan diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa sedangkan masyarakat antarabnagsa amat terbuka dengan karya-karya dari negara-negara membangun contohnya.
Melalui penterjemahan yang digiatkan boleh membantu karya-karya sastera tempatan untuk dibaca dan diuji pemikirannya. Kita sama sekali mungkin yakin dengan kualiti yang sedia namun keyakinan sahaja tidak banyak membantu. Jika karya sastera tempatan dikenali usaha mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara penerbit gegarsi harus diwujudkan dengan membawa kesungguhan bahawa karya dari negara kita mempunyai warna yang lain, unik dan berbeza.

Kita telah berjaya membawa pelnacong luar mengenali negara kita yang tercinta tapi ini hanya daripada segi pelancongan, melalui budaya dan tempat-tempat yang mnenarik yang kita ada, tetapi kenapa asset ‘pemikiran’ dan kreativiti tidak diberikan fokus demi menggandakan kejayaan yang ada.

Memecah Tradisi

Untuk melangkah ke persana antarabangsa kita tentulah berusaha memenuhi kriteria yang ditetapkan, walaupun ianya tidak standard atau rasmi seperti sasterawan-sasterawan yang dikenali di arena antarabangsa dari negara-negara yang tidak dikenali di dunia, tapi dengan mengambil serius dan bertindak ia dapat membantu mengukuhkan sastera Melayu selain cuba mencari ruang yang selesa di luar sana.
Sebagai contoh novel-novel Timur Tengah sudah mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa selepas kemenangan Hadiah Nobel oleh novelis Naguib Mahfouz .

Perhatian-perhatian ini dapat dilihat apabila banyaknya jumlah karya-karya di sana diterjemah dan dipasarkan di negara-negara Barat. Selain pengarang-pengarang mereka yang memperolehi anugerah daripada masyarakat luar seperti Jamal al-Ghitani yang menerima anugerah pelbagai antaranya yang diperolehinya di Perancis. Namun sememangnya karya Naguib Mahfouz tidak dikenali ramai sebelumnya, malah karya-karya yang diterjemahpun pada awalnya tidak banyak, namun kerana usaha menterjemah sudah ada dan dijalankan maka ia dapat menemui khalayak luar antarabangsa.

Malah di sini dapat dilihat bahawa seorang pengarang dari Timur Tengah contohnya memenangi hadiah berprestij seperti Hadiah Nobel, mampu menghubungkan jambatan alamiah antara dua benua yang berbeza. Selain itu melakar peta sastera Arab yang baru.

Mendapat pengiktirafan daripada khalayak sastera antarabangsa penting bagi memperkenalkan sastera tempatan. Mungkin di rantau Asia Tenggara kita masih lagi mencari ruang untuk menunjukkan bahawa di sini ada produk yang unik namun mungkin ianya masih kelihatan kurang berkesan. Hakikatnya usaha memperkenalkan dan mendapat perhatian luar terhadap karya pengarang tempatan, amat penting sebelum bercita-cita ingin mendapat hadiah-hadiah besar di luar.

Mungkin di sini kita masih berbicara tentang takrif sastera Melayu, apa bezanya antara sastera Melayu dan sastera Inggeris tempatan tapi subjek yang lebih penting ialah bagaimana karya-karya tempatan dapat diimport keluar negara dan dapat diterima seterusnya mengadakan horizon interaksi antara sastera temapatan dengan sastera dunia.

Selain bagaimana pula dengan kedudukan pelapis-pelapis sastera tempatan yang terdiri daripada pengarang-pengarang muda yang wajar diberikan perhatian dan ruang untuk menulis dan berkarya. Ruang-ruang ini bukan sekadar ruang menimba ilmu malah peluang menerbitkan karya-karya mereka yang bermutu. Maka banyak perkara yang dilihat namun ini bukan satu buah fikiran yang pesimistik dengan apa yang telah dikecapi tapi di sini penulis melihat ruang itu belum luas dan terbuka. Penulis-penulis muda harus didorong dan diberikan sokongan untuk menghasilkan karya-karya yang bertaraf antarabangsa di samping itu diberikan banyak pendedahan tentang karya-karya besar yang pernah memenangi Hadiah Nobel seumpamanya.

Justeru, setiap pihak yang berkaitan dan penulis muda di negara ini harus melihat suasana ini dan yang penting mandiri dengan apa yang ada bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Sastera Melayu mempunyai potensi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa hanya dengan mandiri yang ada pada setiap pengkarya di negara kita. Mereka harus mengukuhkan lagi intelektual dan tidak mudah melihat masa depan Sastera Melayu akan sentiasa cerah dan dikerumuni pendatang-pendatang baharu. Medan ini mesti diusahakan sehingga Sastera Melayu beralih kepada peringkat yang lebih matang dan berwibawa lagi.

Sunday, November 05, 2006

Ini Reviu Buku Ilham di Tepi Tasik..

Judul Buku: Ilham Di Tepi Tasik
Penulis: A. Samad Said
Penerbit: Wira Bukit Sdn. Bhd.
Tahun:2006(Cetakan Petama).
ISBN 983-41196-3-1
Harga: RM45.00


Pengalaman Sastera dan Daerah Kenangan A. Samad Said.

‘Ilham Di Tepi Tasik’ bukanlah karya terbaharu Sasterawan Negara A. Samad Said, seorang sasterawan yang disegani dan dihormati ramai. Karya ini merupakan kumpulan esei-esei beliau yang segar dari segi inti dan subjeknya. Melihat karya ini juga sebahagian daripada karya-karya yang menyimpan buah fikiran seorang sasterawan negara, tidak mustahil karya ini akan berbicara tentang kenyataan dan kepelbagaian citranya. Kumpulan esei ini terbahagikan kepada beberapa bahagian yang masing-masing mewakili intipati yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Setiap bahagian kumpulan esei mencabangkan empat buah esei yang mempunyai pemikirannya tersendiri. Terdapat dua puluh lapan buah esei kesemuanya. Secara eksplisit karya ini amat menarik dan berharga kerana ia membicarakan lingkungan sastera dan juga luar sastera. Seperti pembaca maklum, dunia sastera merupakan dunia yang paling akrab dengan Sasterawan Negara A. Samad Said maka tentulah karya ini perbicaraan sekitar sastera mendominasi berbanding hal-hal luar sastera. Pun begitu, karya ini salah sebuah karya yang diusahakan secara berpisah-pisah iaitu setiap esei-esei mendukung maksud dan mesej yang tersendiri selain itu makna yang ingin dihantar mendasari persoalan-persoalan sejagat.

Dalam esei yang pertama dalam bahagian yang awal, ‘Ragam Alam dan Etnik Merangka Karya’ dibicarakan soal karya yang lahir dari pengaruh tempat, suasana dan alam yang nyata. Sesebuah karya dari buah tangan penulis kadang-kadang lahir bukan di tempatnya, ia menerima kunjungan ilham dari tempat lain. Dan biasa juga karya lahir di tempat yang sememangnya membekaskan ‘tragedi’ dan menyentuh naluri penulis. Bagi A. Samad Said karya-karyanya mendapat pengaruh yang kuat daripada tempat, peristiwa zaman yang pernah dilalui sendiri. Ia melahirkan karyanya Salina, Sungai Mengalir Lesu, Daerah Zeni dan karya-karyanya yang lain. Bagi penulis yang menghasilkan karya, alam dan suasana menjadikan faktor penentu sesebuah karya. Maka di sini wujudnya ikatan secara lansung antara karya dan etnik, alam, suasana bagi penghasilan karya.

Kemudian esei ‘Proses membaja Benih Seni’ membicarakan proses A. Samad Said menulis karya-karyanya. Ternyata A. Samad Said mengakui seorang penulis mempunyai cara dan resmi tertentu dalam menulis yang mungkin akan membezakan seorang penulis dengan penulis yang lain. Seolah dalam esei ini juga A. Samad Said membicarakan tentang proses penulisan bermula daripada peta tindakan sehingga ke titik akhir penulisan. Dalam pendedahan ini, seperti jua dalam bukunya sebelum ini Dari Salina Ke Hujan Petang bagi menghasilkan sesebuah novel seperti Salina dan lain-lain ia amat memeritkan kerana proses yang dilalui amat sukar. Mungkin resmi penulisan A’ Samad Said berbeza daripada penulis-penulis lain namun begitulah hakikat yang cuba disuratkan.

Dalam esei-esei yang lain beliau membicarakan isu semasa yang sentiasa terbuka, mungkin berkaitan diri sendiri atau masyarakat. Ternyata seorang eseis yang berpengalaman tidak hanya menulis fakta yang boleh dilihat namun punya kesudian berkongsi dengan pembaca sesuatu perkara yang padanya penting dan munasabah hasil daripada pengamatannya. Dalam ‘Hidup Harian Mana Seninya’ merupakan salah satu daripadanya. Begitu juga ‘Sastera: Wajah Indah, Wajah Hodoh’ yang menyentuh isu yang pernah berlaku dalam dunia sastera juga kontroversi dalam negara. Esei ‘Pilu Bahasa Zaman Pelupa’ juga salah sebuah esei yang unik untuk didekati kerana ia menghantar pembaca dengan gaya berbeza dan memcabar, luar daripada konvesional sebuah esei namun memaknakan mesej yang berat dan penting. ‘Ragam Khalayak Peminat Buku’ juga salah satu daripada yang cuba disentuh yang berkaitan dengan minat masyarakat mutaakhir terhadap buku-buku pelbagai jenis antaranya novel-novel remaja yang klasik atau baharu.

Pengalaman seorang seniman dan sasterawan yang hidup sebati dalam dunia sastera, meransang A. Samad Said mengulang kenangan-kenangan yan telah lalu sebagai satu perbiacaraan nostalgia yang munasabah untuk generasi muda. Sifat inti pada esei seperti ‘Usman Perindu Dunia Lembut dan Jujur’, ‘Keris Mas: Antara Salina Dan Penulisnya’ dan lain-lain cuba merakam semula dan mengembalikan nilai nostalgia pada sasterawan berwibawa. Di sinilah adanya kenangan yang tidak mungkin lupus dan hilang. Esei sebegini tampak sekaligus mengimbas dan memurnikan pengalaman lama yang menarik dan indah, mengingati tokoh-tokoh sastera yang sudah pergi. Terkadang kita tidak berpeluang membaca tulisan dan tanggapan mereka yang dekat dengan sasterawan-sasterawan hebat ini, dan A. Samad Said mengisi ruang ini dengan ‘bercerita’ secara peribadi melalui esei sebegini dan barangkali serba-sedikit ‘kenangan’ yang menarik ini amat baik untuk dibaca, direnungi dan diingati.

Selain kenangan, tersisip juga pengalaman peribadi, yang saya kira ia cerita-cerita yang tidak kita dapati pada karya A. Samad Said yang lain, esei ‘Almari Ajaib Li Po & Tu Fu’ membicarakan zaman persekolahannya selepas zaman Jepun, kala itu beliau mendapat bahan bacaan yang menarik beliau ke dunia sastera, hasil daripada galakan guru-gurunya pada ketika itu. Begitu penting dua nama penyair iaitu Li Po & Tu Fu. Esei ‘Ilham Cinta Dari Buku Warisan’ juga seakan-akan menyempurnakan bahagian ini yang saya kira sebuah cerita daripada A. Samad Said yang mungkin tidak diabadikan di tulisan-tulisanya tyang lain.

Kumpulan esei ini juga memperkenalkan pada para pembaca khususnya peminat sastera dunia karya-karya daripada dunia luar melalui ‘Seni Dari Luar’ dan ‘Langit Resah Di Gurun Pasir’. Ia dilengkapi dengan ‘Ilham Dan Tamsil’ dengan dua buah esei daripada menceritakan sasterawan-sasterawan atau penulis-penulis serta karya-karya mereka dari luar negara iaitu Bayangan Sastera Dan Jendela Kaca dan Boris: Jendela Dan Pintu Bagi Penulis.

Meskipun A. Samad Said tidak lagi menghasilkan novel atau, penulis kurang pasti mengenai ini, tetapi kumpulan esei ini merupakan salah sebuah karya yang penting kerana sejumlah esei di dalam ini menceritakn beberapa pandangan sasterawan ini dan beberapa kenangan-kenangan yang sebelum ini tersirat. Ia menjadi satu hadiah intelektula yang istimewa barangkali baut generasi muda hari ini. Wajarlah karya ini dibaca dan direnungi intinya oleh generasi muda. Dengan pengalaman yang luas dan pengamatan yang tajam, A. Samad Said masih lagi banyak berbicara tentang dan berpesan kepada pembaca tentang beberapa perkara yang menjadi ‘cerita’ dan renungan dalam hidup.

Tentulah karya berbentuk esei ini salah sebuah lorong untuk pembaca mengenali dan ‘mendekati’ wacana sastera A. Samad Said. Peluang seperti ini kadang-kadang harus dimanafaati sebaik mungkin. Dan sesungguhnya dalam kumpulan esei ini A. Samad Said tidak hanya menulis esei tapi menyediakan sebuah bilik untuk direnungi isi dalamnya. Seperti katanya pada pendahuluan buku ini ‘cubalah mendekatinya’.

Thursday, October 19, 2006

Anekdot: Hari Raya 1427 H

Hari Raya semakin dekat, kira-kira seminggu lagi. Saya tidak menyedari begitu dekat dan cepatnya Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Kebetulan tahun ini saya baru dapat berdikari iaitu ada kerja sendiri. Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas segala kurniaanNya yang melimpah-ruah. Namun usia juga semakin meningkat.

Dalam suasana sebegini saya mudah tersentuh dan terfikir sambil mengenang beberapa perkara tentang perjalanan hidup saya sebagai hamba Allah s.w.t, sebagai seorang lelaki, sebagai seorang pelajar dan sebagainya. Semua segi ini saling kait-mengait antara satu sama lain. Manusia kebiasaaanya pada satu titik dan saat dia akan memikirkan kembali apa yang berlaku di sekitarnya, dan paling biasa berlaku adalah memikirkan apa yang di laluinya selama kehidupannya.

Dengan cara bermunasabah dan merenung apa yang terjadi dan akan terjadi sebenarnya mampu membuatkan kita sebagai manusia kembali kepada rasa rendah diri dan insaf. Semuanya harus berlaku dan mesti dijadikan peringatan. Dari kecil dan hingga dewasa sebegini, perjalanan adalah bertujuan dan bermatlamatkan satu makna. Sehingga kini ada manusia menemuinya dan ada tidak menemuinya.

Beruntunglah bagi yang telah menemuinya dan dapat merasai kelazatan tujuan hidup itu namun di sana ada yang masih mencari dan tercari-cari makna kehidupannya. Seorang seorang muslim, saya dapat merasakan bahawa betapa Tuhan Maha Agung dan Maha Penyayang telah membentangkan dan mengurniakan apa yang disebutkan tujuan hidup. Tujuan hidup ini diajarkan dan diberitahu secara lansung melalui pendidikan. Seorang muslim akan melalui proses pendidikan ini yang diwajibkan bagi setiap yang dinamakan muslim. Maka muslim apabila menghadapi hidupnya sehari-hari akan tidak tertanya-tanya dan tercari-cari pengertian hidup dan matlamat hidupnya di muka bumi yang luas ini.

Ibarat seorang pengembara yang mencari-cari tempat berehat setelah lama bermusafir dan berkelana. Pencariannya tidak akan terhenti melainkan setelah ia menemui tempat rehat itu dan menikmati istirehat secukupnya. Ketika menikmati peristirehatannya, dia terlelap sebentar. Dalam keletihan itu, dia bermimpi bahawa dia bertemu suatu tempat yang indah dan amat mempersonakan. Suasana yang tidak digambarkan kerana sekian lama dia tidak merasai malah melihat keadaan seperti ini. Dia kaget dan kagum apa yang dilihatnya. Seolah ada satu kesenangan yang jelas di hadapannya. Namun pada hakikatnya kenikmatan itu amat sebentar kerana ia hanyalah mimpi. Manusia adakalanya menganggap mimpi itu benar dan adakalanya ia hanya mainan dan igauan.

Apabila dia bangun dari tidur dari dapat merasai suatu keadaan yang amat penting iaitu dengan menyakinkan dirinya bahawa matlamat yang dicarinya akan sempurna apabila dia sampai di tempat yang dimaksudkan. Lantas keyakinan dan kesedaran ini memotivasi dirinya untuk terus bersungguh-sungguh sampai ke destinasi yang dituju.

Semacam di dunia yang fana ini kita hanyalah singgah dan beristirehat sebentar. Sementara akan tiba waktunya untuk kita kembali dan meneruskan perjalanan yang masih jauh. Tuhan Mengingatkan bahawa biarlah perjalanan ini dibekali dengan iman, taqwa, ilmu dan amalan supaya menjadi satu bekalan yang bermakna untuk masa kana datang. Di kala melaksanakan perintahNya itu, kita bisa merasai keseronokkan dan kegembiraan yang tidak melampau batas. Dan inilah yang Tuhan ingatkan waktu bersinggah berehat. Kesimpulannya biar hidup dalam makna yang jelas, tidak sekadar melaluinya dengan tanpa tujuan dan persediaan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…
Kepada yang sudi menyinggah dan membaca blog ini.

Friday, October 13, 2006

Pemenang Anugerah Nobel Tahun 2006.

Nama beliau Orhan Pamuk. seorang penulis yang tidak perlu diperkenalkan. Sangat terkenal dengan karya-karya yang kontroversional. Penulis daripada Turki mempunyai keistimewaan sebagaimana penulis-penulis sebelumnya juga yang dipilih menerima hadiah Nobel. Menurut jawatankuasa memilih penerima hadiah berprestij ini;

who in the quest for the melancholic soul of his native city has discovered new symbols for the clash and interlacing of cultures

Mungkin banyak faktor penulis ini menang yang jelas beliau di antara pemenang muslim yang meraih hadiah ini ini setelah Naguib Mahfouz yang baru-baru ini meniggal dunia.