Friday, August 15, 2008


Rencana ini ditulis tidak beberapa tapi sudah malas saya sudahi.

Menjergah Dunia: Tradisi dan Realiti

Kita tidak bersalah jika mengimpikan sastera Melayu akan dikenali di peringkat antarabangsa dan dikenal sebagai salah sebuah sastera yang menyumbang kepada keunggulan sastera dunia kerana itu antara yang dicita-citakan oleh mana-mana bangsa yang sudah sedia memiliki kesusasteraannya walaupun ia didatangkan daripada sebuah negara atau benua yang kecil, yang diangkat menjadi lambang kepada keindahan sastera bangsa manusiawi.

Dalam abad ke-21, selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan mungkin kita masih bertanya persoalan-persoalan sekitar ini; iaitu berkaitan dengan tempat sastera Melayu di kaca mata dunia. Jika dihitung daripada awal wujudnya sastera Melayu, kita perlu kembali kepada abad yang lebih jauh daripada angka 51 tahun yang menjadi tanda kejayaan sebenar bagi sebuah bangsa di alam maya.

Melihat kepada sejarah yang lebih jauh, sastera Melayu sudah bertapak lebih daripada usia kemerdekaannya. Usia sebenar sebuah sastera bagi bangsa ini sudah bermula daripada abad ke-15 lagi. Dipercayai begitu tanda-tanda dan bukti-bukti yang menyatakan bangsa Nusantara, telah memulai sastera seawal itu dengan wujudnya naskah-naskhah dan manuskrip yang ditemui daripada pelbagai sumber dan sejarah. Justeru, melihat kepada penglibatan bangsa Nusantara ini dengan bukti-bukti kewujudan sastera yang bersifat pelbagai bentuk, maka peranan sastera Melayu kini tidak harus dikesampingkan daripada peta sastera dunia.

Tradisi pensejarahan yang memberi nilai dan takrif kepada wujud sastera Melayu sudah mengukuhkan peranan instituisi sastera daripada Kepulauan Melayu hinggalah kepada pemecahan wilayahnya disebabkan penjajahan yang berlaku sedari abad ke-15 yang menjadi titik tolak perubahan geografi-politik yang memberikan kesan kepada realiti hari ini, seterusnya membariskan beberapa implikasi kepada daya tahan bangsa mencapai kesinambungannya kepada bentuk sastera yang ada sehinggalah ke hari ini, wilayah sastera Melayu menemui separa-wajah dan identitinya dan tidak dikenali oleh luar benuanya.

Bukan disebabkan masalah komunikasi dan dunia pengkongsian (globalisasi) yang menyebabkan hal ini berlaku tetapi mungkin disebabkan kesan daripada penjajahan yang menakluki nasib ‘masa’ sesuatu bangsa sehinggalah ia menjadi mimpi ngeri bagi bangsa yang dikenal kecil ini untuk mendatangkan wajah sasteranya kepada dunia.
Tambahan dalam kelusuhan imej dan kekecilan tanggapan yang sahih sudah mempengaruhi kepada pemikiran penilai terhadap sastera daripada benua ‘besar’ terhadap benua ‘kecil’ ini. Namun jika ditelusuri masalah kecil, kerdil atau tidak popular bukan satu masalah yang utama dalam pengiktirafan antarabangsa terhadap sastera sesuatu bangsa, kerana pengalaman yang sebelum ini menunjukkan terdapat pengarang-pengarang daripada benua kecil malah tidak popular mendapat pengiktirafan yang wajar daripada dunia.

Maka, sebahagian tanggapan yang menegakkan pandangan bahawa pengarang dari dunia kecil kurang potensi juga boleh diperjelaskan dengan beberapa contoh sebelum ini misalnya pengarang Gabriel Garcia Marquez, Derek Walcott dan Kenzaburo Oe misalnya. Kepercayaan kepada bangsa kecil tidak menjadi alasan yang utama tetapi mengikut kepada logik dominan, sememangnya pengarang-pengarang yang dkatakan ‘besar’ adalah datangnya daripada benua-benua yang besar.

Juga isu yang disebut selalu saban tahun itu, penganugerahan Hadiah Nobel bagi sastera selalu dikaitkan dengan dimensi politic centric. Perkiraan tumpuan kepada haluan politik yang sebulu juga memperngaruhi keputusan bagi pihak Hadiah Nobel menimbulkan banyak tanda-tanya secara lazimnya.

Pun begitu, masalah-masalah itu adalah mungkin dikatakan luaran daripada lingkaran kuasa kita. Memandangkan masalah semangat orientalisme yang masih mencengkam bayangan sejarah hari ini, walaupun sejarah lampau sudah ditinggalkan di muzium-muzium dan buku-buku teks misalnya, tetapi hal berkenaan euro-centric dan mengikut paksi Barat sudah memperlihatkan bagaimana corak pemilihan seorang pengarang juga dipertimbangkan daripada jurus sedemikian.

Ruang melihat perkembangan semasa sastera dunia secara menyeluruh begitu mustahil sifatnya kerana sastera yang melahirkan karya bukanlah sedikit. Produktivitinya barnagkali ketara tambahan perubahan kepada dunia yang mewaraskan kemanusiaan demi ‘demokrasi’ misalnya sudah wujud walaupun hanya masih dalam kerangka ‘perang nuclear dan ideologi’. Masih wujud secara kasar hubungan antara kuasa besar dengan yang tidak besar, percanggahan dan usaha bagi mendominasi keadaan meskipun ia terlalu ‘tergamak’ untuk menyatakan. Pun bersikap pesimistik adalah perlu dalam hal ini.

Daripada Asia Tenggara sendiri yang terdiri beberapa negara yang masing-masing mempunyai pengarang-pengarang berwibawa dan memiliki corak yang tersendiri belumpun pernah dinilai dengan sebaiknya.


.......................tiada sudahnya

No comments: