Wednesday, August 27, 2008

Biografi Ali Shariati dan Risalah Untuk Kaum Muslimin Yang Menyegarkan..








buku sebahagian daripada keseronokan. kita sering lupa bahawa kita
sebenarnya harus banyak membaca. bacalah kerana Tuhan telah menyuruhmu
membaca.



Saya sedang membaca buku Ali Shari’ati: Biografi Politik Intelektual Revolusioner (terjemahan daripada An Islamic Utopian: A Political Biography of Ali Shariati oleh Ali Rahnema)yang saya beli dua tiga bulan dulu. Saya baru sempat membacanya lantaran memang gaya saya membaca aneh lagi pasif. takpalah. yang menarik buku ini menggambarkan sosok peribadi Ali Shariati yang intelektual dan bapa kepada Revolusi Iran kerana belaiulah antara pencetus kebangkitan Islam di Iran.


Ikhlas saya katakan, pembacaan saya kepada riwayat hidup intelektual seperti Ali Shariati saya mengesankan dalam hati saya. Dalam masa yang sama saya terpikat pula dengan buku Risalah Untuk Kaum Muslimin oleh Syed Naguib Al-Attas. Dengan tulisan intelektual semacam ini, saya disedarkan kepada akar pencarian hidup sebagai seorang muslim.


Jika nama Syed Naquib Al-Attas digandingkan dengan nama-nama besar seperti Ali Shariati, Malek Bennabi, Muhammad Iqbal, Hassan Al-Banna dan Al-Gahazali, kita terasa bahawa betapa kayanya kahazanah rohani Islam dan pancaran fikirannya.



........










No comments: