Ini empat buah sajak yang saya tulis yang pernah terbit di majalah Tunas Cipta dan Berita Minggu.
ungkapan aladin 2
kira aladin berada dalam zaman ini
hidupnya sudah tentu bergaya
tidarnya paling moden dari semua kenderaan yang ada
lebih canggih dari cipataan amerika
aladin akan melatih angkatannya
dengan ilmu dahulu, sastera ;puisi dan hikayat cinta
kerana baginya iatu lebih bijaksana dan menghikmahkan
disusunnya cerita-cerita yang paling hebat
dan nazamkan setiap puisi yang memikat
digunakan untuk mengetarkan tamadun lawan
aladin akan mengungkapkan kemegahannya dari yang lain
aladin tidak bimbang dengan teknologi
baginya itu perkara biasa
dan aladin memiliki lebih dari itu
ungkapa aladin yang paling orang ingat
mungkin pada waktu itu
' aku berjuang demi kemuliaan peribadi insan dan keluhurannya'.
nota Birmingham
i
dalam masa sebulan
muram memujuk diri
sekeping nota sampai di pintu
mengubah pandangan lesu
kesedaran zaman menakrifkan
analisa politik atau logikanya
menambah kekalutan mana-mana sudut
adakah langit putih sudah menumbuhkan pohon neraka
ii
dalam nota itu tertulis nama;
Iraq, Afganistan, Bosnia, Palestin....
orang Birmingham ada yang tidak menelah
apa yang sebenarnya yang berlaku
termanggu di laman
jawapan tidak hadir
pastikah Blair mencipta sesuatu
yang luar biasa
iii
nota itu ku terima semalam dari
pengirim yang tidak kukenali
merumuskan
"ada longkang dan di kota bom
mesti hati-hati"
ku tidak mengerti sedalamnya
aksara dan angka yang panjang dari sekeping nota
kolam jernih di luar
menarik khayalku
yang menyimpan keamanan, kesentosaan
hampir ku mengerti jawapan.
laman sekolah
suara di laman sekolah
dihayati dan difahami
kita sedang mencari tempat yang pasti
di sinikah taman yang disemai
budi dan ilmu
anak-anak meniti mimpi bahagia
wajah mereka berseri
warnai rasa dan persoalan
tidak tergubah keriangannya
lantas tersedia jawapan
mereka umpama penyambut tetamu di syurga ini,
membasahkan senyuman di pipi dan sanubari
di laman sekolah inilah nanti
kan berganti bidadari-bidadarinya
menjadi penyantun yang mengenggam bunga keceriaan
menatap seorang yang berjalan...
ini laman indah yang pernah ku kunjungi
untuk berteduh dan menyejukkan panas muda hari
Jemu
Semangat angka diconteng
dalam nota yang berbeza dan selalu tergamam
Jemuku tidak mengauli nilai dan sifatnya
Yang mencuba untuk dicukupkan
dan aku tahu ia tidak dijangka.
Lagi sekali semangat angka matahari berubah
Suasana buntu
Jam, hari, minggu, bulan, tahun
Mensempadankan niat dan bahasa nafsu
Jujur mengira dosa dari perang massa
dan perang peribadi.
Jemuku bertambah lagi
Tenggelam di sisi pundak malam
Tersisih dari perjuangan wira dinihari
menghunuskan pedang
Memutuskan keputusan dan kenangan
Selalu membuatku kerisauan sebagai insan.
Dan usia masih membenarkan kataku sendiri
entah bila sampai ke hilir sungai tenang.
Thursday, July 27, 2006
Wednesday, July 26, 2006
Pengarang, mitos dan tradisi.
Pengarang dikatakan pencipta atau pengembang mitos selain menjadi penyambung tradisi yang mewakili budaya sebuah bangsa. Kesinambungan wacana bercerita tidak sekadar mengisi ruang sempit masa kerana peranan pengarang sering berinteraksi dan mengucap semula tradisi atau mitos yang kaya dengan daya kreativiti dengan menulis semula sekaligus memperbaharui cerita dalam gaya yang baru.
Perkara yang berkaitan dengan idea tradisi dan mitos akan diambil kira oleh pengarang ketika melaksanakan kerja bercerita. Penulis tidak akan mengabaikan fakta, sejarah dan kebenarannya ketika menangani cereka. Walaupun karya yang ingin dihasilkan suatu yang telah diketahui umum, pengarang dengan bijaksana mencipta ruang yang wujud melalui karyanya sehingga tidak dilihat satu pengulangan dan tulisan jenis mencatat semata.
Tradisi sudah lama ada dalam sastera, tidak kira ia bercabang daripada sejarah, lagenda, adat budaya, amalan hidup terdahulu dan sebagainya, kesinambungan tradisi dilaksanakn oleh pengarang dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negaranya. Mitos pula imaginasi dan ilusi manusia yang wujud zaman-berzaman mewakili pendirian manusia dan terkadang berkait dengan tradisi.
Dalam mempersembahkan karya, pengarang mencampuradun pandangannya dalam karya mereka sambil tidak melupai wacana mitos dan tradisi yang menjadi akar pada cerita-cerita dahulu. Ada persamaan antara pengarang hari ini yang menggunakan mitos/tradisi dan pengarang klasik. Persamaan ini pada niat dan wawasan yang mahu dibancuh dalam sesebuah karya. Oleh itu, dalam menulis sesuatu dua pengarang yang berbeza zaman dan suasana mempunyai persamaan yang jelas tentang soal asas.
Asakan perubahan yang keras tidak melembapkan pengarang yang ingin kembali merakam tradisi dan memanafaatkan mitos klasik. Malah pengarang melanjutkan idea dan pemikiran yang releven dalam menyesuaikannya dengan semangat zaman. Pengarang menjadi cermin pada wajah zaman yang terbit dengan pelbagai situasi dan menperjuangkan apa yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu.
Mitos
Mitos bagi seorang pengarang sesuatu yang amat bernilai dan harus diraikan dalam penulisan sastera. Ini disebabkan mitos, sastera dan bahasa tidak mungkin bercerai. Mitos menghidupkan wacana pengarang yang pelbagai kerenah dan keprihatinannya. Sifat manusia menjadi inti dalam sesebuah mitos. Kemudiannya menjadi cermin semula kepada manusia agar dapat direnungi dan dihayati oleh manusia kembali.
Pengarang kembali menghubungkan antara realiti walaupun mitos atas tujuan bercerita. Realiti yang terbuka di depan mata ditatapi dan menjadi satu sedutan sejarah yang kaku, namun denagn mitos ia dikembangkan menjadi sebuah cereka manusia yang bertahan dalam bentuk karya sastera. Jadi tidak semestinya sejarah akan mengajar manusia, kerana cerita yang diadun mitos dan realiti juga berperanan sebagai iktibar yang lahir daripada kerja pengarang. Oleh itu keadaan manusia hari ini mungkin sama dengan mitos yang direka kerana pengarang menelaah mitos dan realiti.
Mitos yang kadang-kadang muncul dalam cerita dongeng, cerita rakyat atau fantasi, hanya satu daripada keupayaan imaginasi manusia yang terbuka mendedahkan episod sikap manusia yang aneh, unik, dusta, zalim, ikhlas dan jujur. Dalam sastera unsur-unsur mitos membawa pengarang kepada kreativiti yang matang dan jarang menghampakan.
Pengarang seperti Gabriel Garcia Marquez yang selalu mencampurkan fantasi, mitos dan realiti melalui realisme magisnya telah menarik perhatian khalayak sastera dunia. Pemenang Hadiah Nobel bagi Sastera pada tahun 1982 ini bercerita dari dunia yang menghadirkan mitos dan realiti dalam bercerita. Karya besar One Hundred Years of Solitude membuktikan pengarang tidak dapat lari dari dunia mitos dan realiti.
Pada peringkat permulaan pengarang Marquez menulis cerita-cerita pendek berdasarkan cerita dongeng yang pernah diketahuinya. Sebagai contoh karyanya Leaf Storm yang diterjemah dalam bahasa Indonesia sebagai Badai Daun. Karya ini yang mengasikkan ini membentangkan pada pembaca sebahagian mitos dan cerita dongeng magis yang mengakar dalam budaya Amerika Latin itu. Mitos diceritakan semula oelh pengarang bagi memberi reaksi terhadap reality. Realiti manusia agak berbeza dari mitos dan fantasi. Jelas karya ini menjadi permulaan untuk pengarang menghargai pertaliannya yang lansung dengan cerita-cerita dongeng yang diceritakan oleh leluhurnya.
Selain itu cerita-cerita dikumpul dari pengalaman atau cerita keluarganya, suasana politik dan sejarah negaranya yang menjadi inspirasi Marquez menulis karya yang jujur dan menarik. Mungkin karya-karyanya yang jujur dan tidak membebankan pemikiran membuktikan rahsia bagi kepengarangannya.
Secara teknikal, realisme magis yang direntas jalannya oleh kebanyakan penulis Amerika Latin menjadi identiti bagi Gabriel Garcia Marquez iaitu salah seorang yang mendahului genre sastera ini. Malah realisme magis dilihat menarik kerana mampu mengabungkan dua unsur yang bertentangan iaitu realiti dan fantasi serta mitos dalam karya. Beberapa aspek yang biasanya ada pada novel atau filem realisme magis ialah;
-Mengandungi unsur fantasi.
-Unsur fantasi tersebut secara intuisinya logik tapi sukar dihuraikan.
-Watak banyak menerima daripada bertanyakan tentang sesuatu elemen magik.
-Menggunakan kreativiti indera yang tinggi.
-Menjungkarbalik cerita atau menghilangkannya supaya dapat dicerita mengikut satu kitaran atau menggunakan teknik menggugurkan masa untuk mencipta seting yang mana masa yang telah berlalu akan didatangkan kembali.
-Menjungkarbalik sebab dan akibat.
-Menyepadukan lagenda dan cerita dongeng dalam cerita.
-Mempersembahkan peristiwa dari pelbagai sudut dan perspektif.
-Menggunakan cerminan lampau atau sekarang.
-Menyudahkan cerita dalam kekaburan samaada mahu menerima unsur magis atau reality dalam cerita itu.
Aspek-aspek ini amat sinonim dengan karya realisme magis seperti karya Gabriel Garcia Marquez. Sememangnya ia mencabar minda pembaca kerana aspek-aspek ini berbeza daripada novel biasa dan agak non-konversional. Maka mitos tidak sedikit kesannnya jika diberi perhatian yang wajar. Oleh itu mitos menjadi sebahagian daripada kereativiti manusia yang tersimpan dan tidak ramai yang menerokainya melalui karya sastera.
Bagi pengarang Marquez yang banyak membaca karya luar, tentu dia sentiasa mencari pendekatan demi pendekatan untuk menulis cerita. Pembacaan mendorongnya mengehtahui cara dan gaya penulisan penulis-penulis yang lebih berpengalaman. Di akhir pencariannya, Marquez menemui cara itu ada pada latar dan geografi kampung halamannya. Magnum opusnya One Hundred Years of Solitude diusahakan daripada adunan sejarah leluhurnya, berlatar belakang tempat kebiasaan masa kecilnya selain mencipta watak dan cerita yang menghasilkan novel yang dianggap terbaik di dunia.
Sebagai pengarang bercerita dengan apa yang diketahui adalah satu perkara pokok dan penting. Bagi Marquez yang dibesarkan dengan cerita-cerita neneknya, yang sebenarnya mempengaruhi dirinya untuk menjadi penglipur lara. Malah cerita-cerita tentang datuknya yang diceritakan oleh ibunya banyak membantunya melihat denga lebih teliti terhadap sejarah hidupnya yang sebenar.
Tradisi cerita dongeng atau peristiwa yang benar-benar berlaku diadun di dalam karyanya. Begitu juga dengan karyanya Love in The Time of Cholera, yang ditadah daripada cerita benar. Pengarang akhirnya menemui jalan menghasilkan cerita, walaupun sebuah cerita panjang itu didapati tajuknya hanya pada akhir muka surat novel waktu menyudahkan karya besar tersebut.
Tradisi
Tradisi tidak dapat dipisahkan daripada denyut nadi sensitiviti pengarang. Malah tradisi yang membina identiti seorang penulis. Tradisi bagi seorang penulis berpengalaman adalah sebuah wilayah yang masih belum diterokai. Pelbagai perkara ada tapi baru baginya harus dikenalpasti.
Seorang pengarang kelahiran Mesir terkenal dengan novel Zuqaq Midaq (Lorong Midaq) iaitu Najib Mahfuz. Najib Mahfuz satu-satunya penulis daripada negara Timur Tengah yang memenangi Nobel Prize pada tahun 1988. Kemenangan itu juga satu pengiktirafan dunia terhadap karya-karya pengarang daripada Timur Tengah khusunya negara Arab seperti yang disebut oleh Najib Mahfuz sendiri. Karya-karya Najib Mahfuz dipilih memenangi hadiah ini kerana memiliki pengucapan daripada tradisi bangsanya dan tamadun Mesir.
Penulisan Najib Mahfuz pada awalnya banyak berkaitan dengan sejarah Mesir. Najib Mahfuz melihat sejarah sebagai khazanah yang berharga buat masyarakat Mesir, selain tinggalan tamadun Mesir purba yang masih dipelihara. Karyanya yang pertama 'Abath al-Aqdar (1939), (Ironies of Fate) yang merujuk kepada cerita lagenda klasik zaman pemerintahan Firaun. Karya awal ini disusuli dengan dua karyanya yang lain yang merujuk juga kepada lagenda daripada tradisi bangsanya.
Suatu perkara yang sering berlaku pada pengarang, iaitu berlaku perubahan pendekatan mengarang, iaitu Najib Mahfuz bertukar arah kepada realisme melalui karya-karyanya seperti Zuqaq Midaq, Khan Khalili, Bidayah wa Nihayah, AlKaherah alJadidah dan sebagainya. Karya-karya ini amat mendekati dengan cara kehidupan masyarakat Mesir ketika itu yang mengalami zaman moden. Penelitian Najib Mahfuz yang tajam melahirkan karya-karyanya yang semacam gambaran tradisi yang rencam pada system sosial masyarakatnya. Karyanya juga cuba menggambarkan golongan kelas bawahan dan kelas pertengahan yang sebahagiannya terdesak dalam hidup atau terlalai dengan kehidupan mewah. Namun tema kesukaran dilanda pelbagai masalah atau konflik tentang kehidupan yang ideal dan ketidakstabilan hidup yang dikecapi turut mendominasi dalam karya-karyanya pada fasa ini.
Kemudiannya, Najib Mahfuz menulis karya trilogi yang menjadi penanda kegemilangan kepengarangannya iaitu Trilogi Kaherah iaitu (al-Thulathiyya, 1956-1957): Bayn al-qasrayn (1956), "Palace Walk" Qasr al-shawq (1957), "Palace of Desire" al-Sukkariya (1957), "Sugar Street". Novel trilogi ini mengungkapkan tiga generasi keluarga besar dari kelas bawahan yang menghadapi pelbagai kesukaran hidup pada suku pertama abad yang kedua puluh. Kepelbagaian tema yang dikembangkan menjadikan karya ini mampu menggambarkan dengan jujur kisah masyarakat Kaherah yang mempunyai pebagai cabaran kehidupan dan citra tradisi tempatan. Pengarang ini juga selalu membawa pembacanya kepada politik negaranya sehingga karya-karya mengandungi unsur allegori politik.
Najib Mahfuz menulis sejak daripada usia muda, bermula dari seorang penulis drama atau filem kepada seorang novelis yang mahir menggunakan sumber dari tempat lahirnya, dia mampu mempersembahkan karyanya kepada dunia dengan yakin. Karya-karyanya melebihi 50 buah. Sebahagiannya telah diterjemah dalam bahasa inggeris dan bahasa-bahasa yang lain. Najib Mahfuz menulis daripada pengehtaun tradisi bangsa dan masyarakatnya, dan mencipta cereka yang dapat menterjemah makna kehidupan manusia, yang pelbagai ragam dan perasaan. Kepengarangan Najib Mahfuz diuji oleh semangat zaman, pemerhatian yang tajam serta penghayatan terhadap tradisi serta budaya bangsanya sendiri dan menjadikan Najib Mahfuz yang pengarang yang kaya dengan kreativiti.
Sesekali karyanya mengundang kontroversi sehingga diharamkan di Mesir daripada diedarkan iaitu karyanya Awlad Haratina (Children of Gebelawi). Pengarang yang berani seperti Najib Mahfuz sangat menghormati kebebasan berfikir dan berkarya.
Dapat dikesan melalui proses pengarang ini berkarya yang bermula memperkenalkan tradisi yang paling menjadi perhatian beralih kepada dunia realiti yang hampir kepada rakyat kelas bawahan dan persoalan hidup mereka. Kemudian beralih pula kepada surealisme dan absurd. Perubahan ini meransang pengarang untuk lebih menerokai dunia sejarah, psikologi manusia yang kompleks sehingga ke pintu yang tidak berani dimasuki oleh sebahagian besar pengarang. Kemampuan pengarang mencuba pelbagai teknik dan gaya membuatkan Najib Mahfuz berjaya meningkatkan gaya dalam karya-karyanya.
Maka setiap pengarang seperti Marquez dan Najib Mahfuz telah berjaya menggali tradisi dan mitos yang tersembunyi di sebalik sejarah, pemikiran, cerita dongeng dan sebagainya dari tamadun bangsanya. Kenapa tidak pengarang muda mencuba sesuatu yang sama untuk mengahsilkan cerita yang berkualiti.
Akhirnya, antara pengarang dengan mitos atau tradisi memiliki hubungan yang sangat erat. Ia terjalin akrab dengan satu makna yang halus iaitu untuk membudayakan tradisi dan mencipta dunia realiti melalui mitos. Sebuah karya dari tangan pengarang yang menghayati tradisi dan mitos lama menjadikan karya lebih berkualiti dan mempunyai nilai intektualnya yang tersendiri. Karya semestinya dianggap unik dan membentuk identiti pengarang tidak kira dari benua mana hadirnya. Setiap pengarang pasti mempunyai caranya, walaupun hanya di atas kertas sebegini diulas dengan istilah mitos dan tradisi.

Subscribe to:
Posts (Atom)