Bagi Seorang Lelaki
(Mengenang Allahyarham Pak A. Samad Ismail)
Bagi seorang lelaki
Tidak ada yang lebih penting
Dari sebuah pendirian yang telah
dibangunkan dari sekolah-sekolah kehidupan
dan kelas pengalaman
menerima dan menyadurkan sesuatu
ke atas permukaan sikap yang asalnya rata
telah berubah menjadi luwes dan penuh pancaroba
manis pertemuan dengan bapa-bapa pejuangan
mendakapimu dan meluhurkan pegangan
seerat teman di kamar sembang
tidak mencukupi dengan seteko kopi.
Bagi seorang lelaki
yang jerihnya adalah semalam yang tumbang
kepada keperluan generasi hari ini
Bangsa yang kecil baru menatap kebebasan
dari pencarian bentuk diri yang sempurna
kau melenturkannya dengan pena
malam dan siang dicatat pandangan
mencetuskan mimpi ngeri dari penjara
bersama rakan yang tidak pandai erti menyerah mudah
kerana penjara satu hadiah bagi mereka
yang mahu mencari jalan pulang
bagi bangsa dan negara yang sedang tertindas.
Jika langkah bagi seorang lelaki ini
tidak dimulai dahulu dan jejaknya tidak dituruti
yang lain, siapakah kita hari ini
kerana yang menggaris ruang masa depan adalah pujangganya
yang hanya tidak mudah patuh kepada landasan biasa
siapakah akan menjadi penegur kepada kekhilafan kepala
dan anggota yang lain adalah patuh dalam satu
seorang lelaki yang bangkit lalu menyeru
dengan caranya harus tidak dipermudahkan bicaranya
lenggoknya berseni dalam menyelam rahsia
pintarnya wajar dalam merumuskan kesulitan.
Dengan pena yang tidak kering di bawah panas terik
matahari yang mencairkan ketulan kolonisme
bahayanya kau diresahi dan penjara menempatkan waktu
kau terus membaca, memikir, menulis dan menyeludup
apa yang diaksarakan dari dada akal
sehingga yang pahit itu harus jangan ditelan
kebenaran tidak terkurung di kamar sepi
dan kesepian sebenarnya menjiwai peranan
melenturkan sikap dan daya hingga
Perjuangan adalah suara tanpa wajah walau dalam
zulmat sukma malam.
Mungkin nanti pada waktunya
sejarah diluruskan kata-kata mereka yang mengertimu
lebih dari yang dicatat dalam perenggan buku.
Sesungguhnya perginya seorang lelaki itu
sepertimu, selalunya tiada pengganti.

.
.
No comments:
Post a Comment