apa yang difikirkan
memang sudah datang asyik fikir
menapis erti
dari cermin matahari
membekaskan cahaya
dari ladang strewberi
dari dahannya yang lembut
geletarku kedinginan
rapuh tali iman
dan dunia sedang perang mengiktibarkan jalur masa depan
bertapak perlahan
menduga keberanian
kita ini insan tidak pernah kepuasan
rakus bukan kepalang
hingga di poket orang itu
mendahului inginmu
kita kalah di sini
sebagai seorang yang merdeka
dan apa erti bangsa
apabila hilang malu dan
jujur naluri.
28 ogos 08
No comments:
Post a Comment