Thursday, August 14, 2008


Esok, sudah 15 Ogos. Saya boleh memakai baju baru. Sudah 26 pasang baju saya pakai dan berwarna-warni serta pelbagai saiz saya sarungkan. Walaupun sudah banyak juag pakaian yang saya pakai dan tukar, 26 pasang tidak sedikit berbanding 18 misalnya, saya dapat rasakan makin matang menilai pakaian-pakaian lama dan mengikut fesyen semasa. kadangkala masih terasa janggal. Jika ia berlaku ia bukan salah saya, dan ia terpaksa kepada empunay diri; sayalah tu.

Esok juga saya perlu rasa berjiwa baru lantaran pakaian baru yang saya pakai, tentu menunjukkan perbezaannya yang tidak sedikit. Tetapi perubahan yang berlaku sebenarnya menuntut kepada muhasabah diri dan keinsafan. Berapa banyak baju yang ditanggalkan dari tubuh, sudah dapat dilihat pudarnya dan bakal menemui tong sampah selain kereputan.

Jika pakaian atau baju baru itu sangat penting sekarang, yang lama jangan pula lupa. Yang tidak sempat diperbaiki sehingga datelinenya, mungkin tidak sempat dijahit atau ditampal, biarkanlah jadikanlah ia ingatan dan muhasabah diri. Bukan lupakan terus atau dibiarkan berulang, dengan kita biarkan pakaian baru ini mudah pudar, koyak dan lusuh sebelum pada tiba waktu sepatutnya.

Apapun, terima kasih dan syukur kepada Allah Taala atas kurniaan baju baru ini. Saya berdoa, makin saya berpakaian banyak, makin saya dekat kepadanya, dan menghargai kurniaan 'pakaian' yang indah-indah belaka. Kalau ada yang sedikit cacat itu biasa dan untuk kita sendiri memikirkan bagaimana ia dapat 'disempurnakan'.

No comments: