-"70 buah buku baru dari New York itu?".
+"Ha..saya tahu. Mahu letakkan dimana.
-"Tolong letakkan di perpustakaan syarikat".
+"Baik. Saya uruskan nanti."
-" Dan tolong pastikan juga siap dengan kod bukunya sekali. Jangan lupa!."
+ "Ditanggung beres".
Alif baru sudah bertanya dengan kawannya. Kerja-kerja itu dipastikannya beres. Dan ia memang tugas mudah.Yang bakal menunggu ialah tulisannya, yang belum disiapkan. Rangka ceritanya sudah padat dan mantap di dalam kepalanya.
Serba sedikit masa yang ada memaksanya untuk menyiapkan kerja-kerja yang banyak tertangguh. Tapi dia telah biasa dengan keadaan begitu. Beberapa hari lepas dia sudah siapkan artikel-artikel yang akan keluar di dalam majalah-majalah kemudian kerja yang lain menunggu antaranya menulis bukunya yang dirancangnya akan siap tidak berapa lama lagi. Dia mahu buku yang ditulisnya siap sebelum isu yang masih hangat diperkatakan. Dia yakin, kali ini lebih mencabar lagi.
Kunjungan Hamid ke New York baru-baru ini, memberikan peluang untuk memesan buku-buku yang baharu untuk digunakan sebagai bahan penulisannya. Kesemua buku dapat dibeli kecuali sebuah buku lagi, yang sudah Hamid usahakan, belum dapat beli. Hamid kata dia sudah carikan di gedung-gedung buku besar, tapi buku itu tidak ada. Buku itu buku lamapun, sudah payah dicari di mana-mana. Kalaupun ada, mungkin pada Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti-universiti. 'Itu tidak perlu kau beritahu, kawan!' desis hatinya.
Jam tepat pukul 12.30 tengahari, dia sedang sibuk membuat pembacaan dan penelitian terhadap bahan-bahan yang telah dikumpulkan untuk buku cerita politik luarnya. Nampaknya dia masih kekurangan beberapa perkara. Sebab itu, dia terpaksa pula mencari di internet. Kadang-kadang dia lambat menemui fakta-fakta yang menarik dan sesuai. Kerana itu buku-buku yang ditulis baharu banyak membantu padanya. Dia akan menemui sesuatu yang segar. Tidak kurang juga jurnal-jurnal yang ada di perpustakaan syarikatnya. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada sahaja buku baharu yang dimasukkan ke situ. Pokoknya minat untuk menjadikan tulisan-tulisan sentiasa baharu, dan berasas.
'Moga-moga buku ini nanti cepat siapnya?' getus hatinya seakan sudah mual dengan kerja menulis subjek yang tidak selesai dari dahulu.
Dua tahun lepas Alif ada menulis tentang politik dalaman. Dia sedikitpun tidak bimbang dengan apa yag ditulisnya. Tambahan dia sudah biasa menulis tentang politik sejak beberapa tahun. Walaupun subjek politik yang ditulisnya kadang-kadang merumitkan dan meletihkan. Bayangkan bagaimana politik yang dia terpaksa ramalkan yang penuh dengan sebarang risiko. Jika menulis tentang politik dan politikus, menteri atau rakyat secara amnya perlukan self determination dan keberanian yang tinggi, seperti kata ketua pengarangnya.
Sebetulnya sudah beberapa kali dia telah dingatkan supaya jangan terlalu gemar menulis perkara yang menyentuh pribadi tertentu. Nanti susah natijahnya. Dia tetap dengan pendiriannya, menulis bukan untuk peribadi, dia menulis untuk pembaca yang bijaksana, dan mampu menilai tulisannya. Cukuplah dengan tujuh tahun bekerja di belakang tabir akhbar yang asyik berpusing dalam linkungan berita yang sama, tidak membangunkan pemikiran pembacanya. Dari satu editor ke editor lain, dia pegang, dan dilepaskan, dan terpaksa hadapi masalah terutama bila mana dia menulis artikel-artikel yang berunsur mengkritik. Dalam mindanya, ada kebebasan menyuarakan pendapat. Kalau dahulu lebih bebas menulis, kenapa tidak sekarang. Di Barat sana, istilah demokrasipun macam tidak memberi apa-apa makna, padahal merekalah yang menpromosi segala bentuk kebebasan dan demokrasi. Dia sudah lama sedar, satu omong-omong kosong.
Dia bukan mahu timbulkan pertentangan dengan golongan tertentu, malah tulisannya tujuh tahun lalu itu tidak berkaitan politikpun. Tapi masih dianggap berbau politik. Dia jadi bosan sekejap, tapi bila difikirkan balik, itulah cabaran menjadi penulis. Dia betul-betul mengimpikan ruang yang bebas untuk menulis.
Tahun lalu, ternyata respon artikel-artikelnya positif. Jualan majalah yag diterbitkan oleh syarikat kongsi itu, meningkat. Memang dapat sambutan dari masyarakat. Secara tidak lansung majalah itu dapat dijadikan saluran yang sesuai menyatakan pendapat dan menyebarkan sesuatu yang selama hari ini terlindung. Isi kandungan tidak berat, tetapi berkesan. Yang penting adanya pihak yang akan menyeimbangkan isu dengan persoalan semasa.
Dulu pernah juga majalah itu diingatkan, jangan terlalu beria-ria untuk dapatkan populariti. Sudah cukup dahulu, beberapa majalah telah 'dibungkuskan' dari dijual. Bagi Alif itu bukan masalahnya, yang penting ialah adanya pihak yang menyatakan pandangan yang kritikal dalam masyarakat. Hanya 25 peratus isu politik disentuh, tapi nisbah yang kecil itulah yang diliaht besar. Selebihnya hanya tentang budaya masyrakat yang picisan, budaya yang tidak lagi posotif dan tidak sesuai dengan zaman.
Lebih kurang kata Alif majalah B ini, berperanan seperti mana majalah-majalah yang terbit menyemarakkan gerakan pembaharuan pemikiran sebelum zaman merdeka dahulu. Usaha itu berkesan, ramai orang Melayu ketika itu terbuka minda, celik kefahamannya tentang membina bangsa dan negara. Itulah yang dicita-citakan oleh Alif, tulisan-tulisan yang bakal mencorakkan pemikiran rakyat, dan bakal memangkin perubahan minda kea rah positif.
Lima puluh buku yang baharu sampai masih segar. Dia mahu gunakan buku-buku itu untuk penulisan yang akan datang, tapi sekarang dia cuba menulis sesuatu yang baharu. Belum dia dicuba sebelum ini. Dia mahu tinggal sebentar dunia menulis artikel yang kritikal. Yang dia usahakan sebuah cereka ramalan politik, tapi sebenarnya mempunyai kaitan dengan realiti politik negara. Bila ditanya kawannya, terutama Ramli, kenapa menulis cereka?, tanya ketua syarikat penerbitan perkongsian bersama itu, jawapnya ringkasntuk melihat sejauh mana tulisan politik bentuk ini boleh meramal masa akan datang, masyarakat sekarang makin bijak, mereka akan mencari sesuatu dari karya itu.
Bagaimana tidak, sebelum ini menulis peristiwa bakal terjadi, isunya masyarakat, ekonomi dan politik. Dia mampu buktikan, ramalan itu sebenarnya untuk merubah serba sedikit keputusan orang politik yang bijak dan licik.Tulisan-tulisan dahulu hampir disekat kerana dikatakan mengundangkan pelbagai risiko, dan memberi kesannya yang tertentu, terutama pada media yang baru setahun jagung itu. Tapi atas usaha ketua pengarang, segalanya telahpun diuruskan dengan aman.
Dia hanya duduk di pejabatnya menyiapkan buku itu. Dia tahu kali ini buku ini mesti menjadi satu tanggapan sejarah, tidak perlu ketahap sejarah, bairlah sekadar pembuka minda,dan akan menunjukkan bahawa politik negatif sudah cukup tertekan sampai di satu tahap.Dari jam 2.00 petang , dia menulis sampai ke jam 5.00 petang.
Dia memahami benar teori Niccolo Machievelli yang praktik tapi menjadi inti politik rakus oleh politikus yang hanya memikirkan diri sendiri. Dia dapat simpulkan antara pemimpin-pemimpin lagenda dunia, amat terikat dengan cara politik gersang lagi songsang itu, mengenepikan kebaikan rakyat dan menjunjung kehendak politik peribadi. Dia tahu apa yang akan menjadi pencetus onar, tidak lain nafsu yang sukakan kuasa. Walaupun di atas nama demokarasi, Amerika contohnya, demokrasi yang paling dikatakan terbaik, namun ada isu-isu yang kontraversi semasa kepimpinan Bush, memang jelas menolak pandangan sebahagian rakyat.
Dia keluar daripada pejabatnya, dalam keletihan. Hari yang cukup meletihkan tapi memuaskan hati. Sekurang-kurangnya kerjanya kini berjalan lancar. Dia mula merencanakan bagaimana nanti reaksi pembaca, itu yang paling utama. Dia mahu tulisan yang dihasilkan membuka minda pembaca bukan menrentas jalan ikut-ikutan.
Sebelum itu dia balik, dia ada terdengar Ramli dipanggil ke pejabat tidak rasmi Datuk Razali. Itu diberitahu Malim, katanya kali ini bunyinya nampak lain. Memang biasalah kalau kata Rmli dipanggil Datuk Razali, kerana sifat penulisan kontroversi yang mereka terbitkan.
Tapi biasanya ia bukan masalah besar. Kebetulan pula Datuk Razali dan Rmli kawan baik semasa di universiti dahulu. Sama-sama mencari haluan hidup sendiri, dan mereka berbeza beberapa perkara, namun masih berkawan.
Alif tidak fikir Datuk Razali panggil kali ini untuk menyuruh syarikat itu berhenti menulis tentang politik parti khususnya kerajaan.
Datuk Razali berdiri di samping kerusi dan Ramli duduk di kerusi juga selepas dipersilakan duduk.
- Aku rasa penulis Alif itu tidak banyak membantu syarikat kau? kata Datuk Razali terus terang.
+ Kenapa? Tanya Ramli seakan terkejut.
- Aku difahamkan dia nak menulis tentang politik orang besar,kata Datuk Razali sambil memandang kawan baiknya.
+ Aku tahu itu tapi dia mahu menulis seperti dahulu juga, sekadar ramalan dan buku yang ditulisnya biasanya kritikan biasa saja, tidak ada memfitnah, jawap Ramli kerana dia tahu bahawa tidak lain Datuk Razali mahu dia tidak memberikan ruang yang besar untuk Alif menulis.
- Aku mahu dia tidak lagi menulis macam itu. Dan gaya dia menulisan macam tidak setuju dengan apa yang kami buat.?
Jadi tidak perlu terasa kalau tidak buat. Kau harus tahu kami menulis untuk menyatakan yang benar.ini demokrasi.Datuk Razali sebentar, dan dia tentu terasa dengan apa yang dikatakan ketua pengarang dan merangkap pengurus syarikat yang kukuh itu.
Banyak benda benar boleh ditulis, bukan itu sahaja?
Tapi yang kami mahu, media yang adil dan bebas membuat penilaian terhadap isu. Kami memang sudah dibiasakan begitu. Tidak ada orang lain ajar. Kami mahu prinsip kami menjadi tulang kepada profesion kami.?lt;/FONT>
Kalau macam itu, aku sudah ada rancangan Ramli. Dan kau harus ingat, kau ketua dia, dan berhak menerima padah yang sama?
Ramli memandang Datuk Razali dengan pandangan yang kecewa. Dia dapat agak ia yang bakal berlaku. Datuk Razali tidak lebih sekadar seorang kuncu politik yang telah diarahkan. Dan dia faham situasi itu. Apa pula yang harus dibimbangkan, katanya. Datuk Razali dan Ramli terpaksa akur, politik telah memisahkan kawan. Ideologi politik yang berbeza yang akan meleraikan segalanya, dan tidak kenal lagi apa itu simpati daripada seorang kawan kepada kawannya. Entahlah.
Ramli tahu perkara seperti ini satu keputusan. Keputusan yang harus dibuat dan ditetapkan, antara menerimanya dan menolaknya. Ramli tahu bakat dan potensi Alif sebenarnya lebih sekadar penulis dan wartawan, sejak hari pertama dia lihat Alif, dia dapat rasakan aura Alif yang berbeza itu.
Itu yang menariknya untuk menjadi penyokong seterusnya teman kepada Alif. Alif seorang wartawan biasa tapi sudah banyak mengembara di negara orang. Pulang ke negara sendiri setelah lama bekerja dengan orang luar. Dia sudah lali dengan permasalahan tekanan luar media, dia rasakan itu pengalaman. Tapi bila di negara sendiri, ada juga sekatan, itu satu mencabar hak untuk menulis.
Dia tahu mana nilai komersial dan nilai etik dapat penulisan, yang pada pandangannya kebanyak penulis dan wartawan terkandas dalam hal ini. Mereka dididik dengan cara yang berbeza, mempertahankan suatu untuk yang menyambung peluang. Ramli sendiri lihat, ada visi dan misi yang unik pada pandangan hidup Alif. Dia tahu Alif akan mempertahankan tulisan-tulisannya, bukan mencari risiko atau kontroversi.
Sudah lama dia hidup dalam dunia kewartawanan, bukankah lebih baik dia berundur sebagai manusia yang berpendirian. Dia tahu prinsip itu penting, dan ia akan membezakan di antara yang ikhlas dan yang berpura-pura mencari kelebihan yang bersifat sementara.
No comments:
Post a Comment