Friday, July 18, 2008





Debat Isu Minyak Dan Kelompongannya

Antara reaksi awal berkaitan dengan Debat Hari Ini Membentuk Kerajaan Esok Turun Harga Minyak didatangkan daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam yang menyatakan kesediaan Ahmad Shabery Cheek berdebat disifatkannya menjerut leher sendiri. Ia agak kontradik pula dengan pandangan Khairi Jamaluddin menantu PM yang menyatakan bahawa debat itu perlu sebagai medium untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang masalah sebenar yang berlaku.

Beberapa hari sebelum debat berlansung, pihak media bertanya respon Perdana Menteri, Pak Lah tentang debat itu, katanya Ahmad Shabery Cheek tentu dapat menjalankan tugasnya kerana beliau seorang pemidato yang baik. Jawapan itu tentulah perlu ada ‘optimistik’nya selain tanda sokongan moral.

Pada 15 Julai lalu, terbukti debat seperti yang diwar-warkan diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan dipengerusikan oleh Dato’ Johan Jaafar walau tidak disiarkan di RTM seperti disebut-sebut di awal khabarnya. Anwar Ibrahim sebelum itu ada menyatakan bahawa beliau bersedia berdebat tersebut pada peringkat dengan PM atau TPM, tetapi kemudian apabila Ahmad Shabery Cheek menawarkan diri, ia dibalas positif oleh Anwar.

Dan lebih touching dan penting adalah kenyataan Ahmad Shabery Cheek yang menyatakan dirinya sanggup mempertaruhkan jawatannya jika sekiranya tidak dapat menjalankan tugasnya sebaiknya. ‘Pertaruhan’nya itu boleh dilihat daripada dua aspek iaitu kepentingan politik dan juag kepentingan negara. Tentulah tidak mudah seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kabinet mudah untuk membuat pertaruahan seperti ini.

Apabila debat berlansung selama lebih kurang 50 minit itu, ia menampakkan kepada rakyat beberapa aspek ketrampilan dan kewajaran seorang pemimpin yang berhadapan dengan tanggungjawab yang digalasnya. Cuma, yang lebih jelas dan pasti adakah sebegitu imej dan kewajaran seorang pemimpin politik atau pemimpin negara yang dilantik pemerintah ?.
Berdebat dengan Anwar memang satu pengorbanan besar seorang menteri, kerana setakat ini belum ada yang ‘berusaha’ seperti Ahmad Shabery Cheek untuk berdebat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Kalaupun berlaku, ia hanya di luar gelanggang.

Jika dilihat beberapa pandangan dan sorotan umum penulis sepanjang debat, kita boleh menyaksikan dan menilai kerasionalan seorang pemimpin dan kejujurannya untuk menjadi suara kepada satu-satu pihak. Ahmad Shabery Cheek adalah suara dari pihak kerajaan yang berniat (seakan keputusan individu) untuk menerangkan situasi sebenar yang berlaku berkaitan dengan harga minyak yang naik mendadak baru-baru ini. Mungkinlah disebabkan jawatan Menteri Penerangan dipegang olehnya, Ahmad Shabery Cheek bersedia dengan yakin untuk berdebat dengan Anwar. Justeru itu, media melaporkan pandangan Ahmad Shabery Cheek sebelum berdebat, seperti disebutnya sendri beliau amat bersedia dan optimistik dengan perdebatan itu.

Malam debat minyak yang berjalan dengan kondusif itu, telah mempertemukan dua suara dari arah bertentangan iaitu dari pihak kerajaan dan pihak pihak PR. Ironisnya, acara ini mungkin sukar berlaku dalam suasana politik negara yang sedang ‘panas’. Mungkinlah disebabkan Anwar yang selalu menyebut ‘hari ini memerintah, esok turun harga minyak’ maka ia tidak boleh dianggap suatu omongan. Rakyat ‘wajib’ mengetahui dan diberitahu oleh pemerintah.

Pendapat penulis, sepanjang debat tumpuan diberikan lebih kepada Anwar Ibrahim dan sosok dirinya sahaja. Mungkin boleh dikatakan di pihak kerajaan iaitu Shabery Cheek melihat Anwar tidak mewakili PR dalam debat itu. Maka cerita ‘Anwar’ menjadi rencah kepada hujah Shabery Cheek.

Mungkin ini kesilapan pertama bagi Menteri Penerangan itu kerana segi rasionalnya, Anwar harus dilihat individu yang bersama dengan pendukung-pendukung PR tentu mempunyai kesepakatan yang jelas antara mereka dalam banyak hal. Apabila Anwar berbicara di pihaknya, sebetulnya beliau berbicara dari pihak rakyat dan PR. Maka, soal Anwar bukanlah rencah yang sesuai disentuh pada momen itu.

Kenyataan asas ini yang gagal dibaca oleh Menteri Penerangan dalam debat yang menyebabkan dirinya terbawa-bawa dalam isu ‘Anwar’ tetapi bukan isu nasional dan isu rakyat. Rakyat mahu melihat kebenaran daripada dua pihak yang disatukan dalam pentas untuk berhujah. Kelemahan memahami antara ‘Anwar’ dan PR misalannya telah mengubah objektif awal debat ini dan hujah-hujah dalam debat seterusnya.

Kedua, pandangan umum penulis berkaitan dengan debat ini, Ahmad Shabery Cheek kurang persediaan berkaitan dengan fakta-fakta berkaitan dengan isu pokok, bahan literatur ekonomi untuk menjelaskan hal yang dikaitkan dengan kenaikan minyak, statistik misalnya dan sebagainya tidak terlalu dibentangkan.

Ketiga, tidak mengikuti perkembangan lawan secara dekat. Anwar mempunyai banyak pandangan, idea dan gagasan yang dilontarkan kepada rakyat dalam banyak isu. Apabila minyak mengalami kenaikan harga, Anwar memberikan beberapa pandangan dalam isu yang berkaitan. Malangnya, sebagai pihak atau wakil pemerintah yang menyetujui ‘jalan yang satu’ bagi penyelesaian yang dipilih telah memancing modal kepada lawan untuk menghujah ke atas kelemahan pendekatan yang digunakan kerajaan masa ini bagi menanggani isu. Anwar mempersoalkan angka KDNK beberapa negara yang disebut oleh Sabri berkaitan dengan isu negara yang tidak memberi subsidi misalnya.

Keempat, memperlihatkan kurangnya perhatian terhadap ilmu Adab Ikhtilaf (Disiplin Berbeza Pendapat) yang sebetulnya tidak terhad kepada ilmu agama seperti Fiqh malah juga untuk pelbagai cabang medan ilmu dan praktikalnya. Dapat dilihat dengan ketara kedangkalan Ilmu Ikhtilaf ini pada hujah yang diberikan Shabery Cheek yang membawanya kepada kritikan individu. Ia lebih mudah lagi dilihat dengan kelonggaran beliau adab menghujah peribadi daripada isu pokok debat yang ditetapkan.

Kelima, lebihan retorik yang terdesak. Masalah retorik memang akan ada dalam politik tambahan lagi apabila seorang politikus mendapat jalan untuk berbuat sedemikian. Dapat dilihat bagaimana retorik itu melebihi daripada pandangan atau fakta yang harus diketengahkan tentang kerasionalan kerajaan bertindak terhadap isu kenaikan harga minyak.

Keenam, platform debat tiba-tiba dijadikan kepada platform politicking dan mempolitikkan isu bersifat luaran @ sampingan bukan menerangkan isu pokok. Kelemahan peribadi ini ditunjukkan Sabri bukan secara tidak sengaja lagi. Ini antara yang dikesali dalam ruang demokrasi politik negara kita.

Ketujuh, membangkitkan sentimen dan serangan peribadi berbanding membincangkan mauduk utama dalam debat. Ini semacam ‘pelarian’ daripada mauduk asal dan ia tidak membina dalam debat yang sihat. Kebiasaannya seorang pendebat, harus mengikuti pendekatan debat dengan waspada dan tidak memperlihatkan ketidakmatangan.
Kelapan, tidak menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Jika disoroti jawapan-jawapan daripada Menteri Penerangan itu, didapati jawapan itu tidak dijawab keseluruhannya dan mengaitkan hal-hal lain bagi mengalihkan soalan yang dikemukakan.

Kelapan, mempertontonkan minda kelas kedua dalam perdebatan isu nasional dan tidak memperlihatkan keupayaan membincangkan isu dan membawa isu pokok kepada politik emosi, menunding jadi dan ‘lepas diri’. Budaya politik menuding jari sememangnya budaya politik yang sangat mashyur dalam politik bangsa kita.

Jika dibandingkan dengan gaya perdebatan Anwar, Shabery Cheek rupa-rupa ketinggalan bagi segi. Keyakinan diri Shabery Cheek dipadamkan oleh Anwar dengan fakta-fakta dan logika yang dibincangkan Anwar. Antara beberapa pandangan dan hujah yang diberikan, tidak disangka oleh pihak kerajaan iaitu yang mewakili kerajaan iaitu Shabery Cheek.

Dalam mengemukakan fakta dan pandangan, dari pihak Anwar berjaya dalam menyatakan pandangannya yang munasabah. Rakyat tentu menunggu-nunggu pandangan yang terbuka ini dinyatakan untuk didengari secara umum supaya dapat dinilai. Tentu Anwar menggunakan platform in dengan sebaiknya menyatakan pandangannya (lebih dinyatakan dengan istilah khusus kebijakan ekonomi) tentang skima yang digunakan bagi menurunkan harga minyak negara.

Selepas kenaikan minyak yang mendadak, kerajaan yang melihat isu harus tidak dipolitikkan kerana bertujuan untuk mengseimbangkan ekonomi negara dan pembangunan. Tetapi beberapa kali hujah kerajaan agak polos memandangkan angka-angka dan insentif yang dinyatakan hanya untuk ‘sementara’ sebelum menemui kepada krisis yang sebenarnya.

Masalah yang jelas juga, tentang permainan angka pembendungan kenaikan inflasi yang dikatakan dapat ditanggani hari ini dilihat kurang relevan memandangkan angka inflasi telah meningkat. Juga dilihat dari pelbagai segi seperti dinyatakan dalam hujah Anwar bahawa negara sebetulnya mengambil langkah yang tidak berhemah apabila mengurangkan subsidi bagi mengelak daripada masalah ketidakstabilan ekonomi.

Ahmad Shabery Cheek pula melihat dari segi kaca mata global tetapi terlalu umum untuk dijadikan kerangka penilaian bagi masalah yang dihadapi negara. Di sinilah beberapa hujah dari wakil kerajaan memperlihatkan ketempangan lantaran premis yang diutarakan ternyatakan tidak tepat dan menyeluruh. Hujah Anwar lebih dominan dan dipercayai mempunyai fundenmentalnya yang agak kukuh.

Tidak hairanlah dalam sesi terakhir iaitu sesi penggulungan Anwar (point yang terakhir ) menyatakan bahawa beliau tidak mahu menjawab serangan peribadi yang dinyatakan Shabery Cheek terhadapnya lantaran bukan ruang yang sesuai. Dan ingatan Anwar yang terpenting bahawa beliau bakal bertanding dalam masa terdekat ini.

Bagaimana dengan kedudukan Menteri Penerangan selepas ini ?. Mengikut pembacaan logik politik, tentulah Ahmad Shabery Cheek tidak dipersalahkan seratus-peratus. (Dengan maksud; sekurang-kurangnya beliau berani mencuba dan tidak patut untuk ‘dihilangkan’ jawatannya). Tetapi yang nyata kelemahan hujah yang diberikan Shabery Cheek ternyata berceratak lompong-lompongnya. Mungkin kita sedikit tersenyum sendiri dengan Menteri Penerangan negara kita ini.

Friday, July 11, 2008




Rakyat Dalam Panggung Politik Melayu

Fitnah, drama, jijik, kotor, akuan bersumpah, mahkamah – antara perkataan yang popular di media massa akhir-akhir ini. Tidak dinafikan wujud prejudis dari sebahagian rakyat terhadap kepimpinan Melayu buat masa sekarang. Di tengah-tengah gelodak konflik sebeginilah, rakyat menguji kepintaran dan keberanian masing-masing dengan bercakap (tidak lagi berbisik sesama sendiri lagi) seakan-akan dunia bakal menerima tsunami. Diingatkan di sini awal-awal, kita maksudkan perkataan drama atau plot disebut oleh kedua-dua pihak iaitu pihak Najib dan Anwar, tiada pengecualian.

Sekarang kepimpinan Melayu dari dua arah bertentangan yang sedang bergelut dengan fitnah ini dan rakyat sedang memerhatikan gelagat yang kadang-kadang terasa aneh dan kelakar. Sebab itu ada yang mengeluarkan dialog seakan-akan sinis bunyinya. “Cerita apa pula ini?”.

Belum pernah rasanya rakyat berdepan dengan masalah pertembungan kepimpinan semacam pelik begini. Mungkin ini hybrid atau campuran dari sejarah masa lalu dan sekarang, kontemporari. (Kerana dalam Sejarah Melayu misalnya, siapakah yang bersalah; Hang Tuah atau Hang Jebat yang menderhaka, kerana Hang Jebat mempunyai motif yang positif bila menderhakai Sultan. Persoalan ini telah mengundang banyak tafsiran).

Oleh yang demikian, sejarah selalu mengisyaratkan sesuatu, jika kita rajin, kita mudah bertembung dengan isyarat-isyarat itu. Pada fikiran sebahagian rakyat, politik kita masih juga begitu- tidak menerima sebarang perubahan dan peluang untuk ke hadapan.

Kita masih ingat bahawa politik satu seni memberi janji tetapi tidak semestinya dilakukan. Ini politik Melayu yang diasaskan oleh parti UMNO sekian lama. Tradisi ini sangat kuat dalam UMNO sehinggalah apabila rakyat ingin perubahan, rentak itu belum berubah atau tidak memperbaharui pendekatan.

Politik janji ini tidak sepatutnya diamalkan. Ini harus diperbetulkan pada pihak UMNO. Pimpinan UMNO dan rakan-rakan sudah mengalami kemerosotan nilai (etika, kepercayaan dan kualiti kepimpinan) apakala salah satu parti komponennya SAPP memberikan undi tidak percaya kepada kepimpinan Presiden, timbul kritikan-kritikan dari dalaman dan luaran, pengumuman ‘keluar parti’ oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya, kemerosotan pencapaian PRU 12, isu minyak dan lain-lain lagi. Hakikat yang perlu diakui politik janji sudah lapuk dan sangat memberikan implikasi buruk kepada performance dan respon UMNO.

Maka perubahan politik yang lebih matang dituntut oleh pihak rakyat melalui isyarat keputusan PRU 12 dan bantahan-bantahan rakyat yang di luar lingkaran sedar UMNO harus difahami dan dimengerti dengan sebaiknya. Kalau tidak, tidak mustahil kata-kata UMNO bakal tersembam lemah ke bumi akan menjadi kenyataan.

Rentetan ini sangat berkaitan tetapi mungkin tidak secara eksplisit terhadap drama yang kita tonton akhir-akhir ini. Satu drama yang membuatkan kita kaget, terkejut, pening lalat, resah, tersenyum, ketawa terbelahak, sedih, kecewa dan akhirnya bosan. Kepelbagaian rasa ini sangat ketara tidak kiralah dia seorang rakyat yang kerjanya petani atau dia seorang rakyat yang kerjanya menteri.

Asalnya mungkin berpunca daripada kes Altantuya @ Aminah yang dibunuh secara bukan manusiawi itu mendapat perhatian umum kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan. Kita mengakui ini satu kezaliman yang tidak mudah dilupakan. Entah bagaimana ia menjadi satu kejadian yang sangat dahsyat yang dilakukan oleh warganegara Malaysia (barangkali, sebab yang tertuduh adalah orang Melayu) dan ia melibat seorang yang berbangsa Mangolia. Raja Petra menulis dalam blognya rencana bertajuk ‘Let's send the Altantuya murderers to hell’ yang akhirnya mengheretnya ke mahkamah.

Mahkamah pula baru-baru ini sudah menutup perbicaraannya dan ada kemungkinan akan dibuka semula lantaran wujud saksi baru iaitu Bala yang membuat akuan sumpah menyatakan bahawa Najib mempunyai hubungan dengan kes itu dan kemudian menariknya semula.

Drama itu kemudian berkembang dengan baik, apabila Anwar didatangi dakwaan bahawa beliau pernah meliwat seorang pemuda bernama Mohd Saiful dan dibuat aduan kepada polis dan kemudian menjadi babak yang sangat kontroversi sehinggalah babak ini mengundang Anwar membuka hal yang lain iaitu tentang kes persengkongkolan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya bersama bukti daripada penyiasat persendirian, Bala. Anwar menyatakan tuduhan itu bertujuan untuk mengaibkannnya dan menjatuhkan politiknya. Kenyataan ini juga sama seperti yang disebut oleh Najib Tun Razak bila Anwar mensidangmediakan kenyataan terdapat bukti menyatakan hubungan Najib dalam kes Altantunya.

Sehinggalah hari ini (ketika rencana ditulis) kedua-duanya mengatakan pendirian tidak membenarkan tuduhan itu. Dan disebut bahawa ia adalah fitnah terhadap peribadi kedua-dua pemimpin penting itu.

Anwar selaku de facto PKR sangat yakin wujud konspirasi kedua yang bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya. Anwar menyatakan dalam satu ucapannya ‘ini bukan tentang Anwar’ kerana beliau mengakui wujud usaha untuk memalsukan tuduhan dan menggunakan jentera-jentera tertentu untuk meruntuhkan kerjaya politiknya. Sebelum ini Anwar mempunyai keyakinan bahawa ‘tidak berapa lama lagi’ beliau akan dapat mengumumkan perubahan wajah politik Malaysia dan parlimen. Kenyataan itu dibuat dengan yakin dan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat diterajuinya akan mengalihtadbir kerajaan yang ada.

Najib selaku TPM yang sudah lama disebut-sebut mempunyai kaitan lansung dengan kes Altantuya @ Aminah. Dan apabila Raja Petra menulisnya dalam blognya, ia makin serius dan Raja Petra dibicarakan. Najib juga menafikan dakwaan-dakwaan terhadapnya. Beliau diminta oleh Pak Lah untuk membuat kenyataan tentang hal itu dan Najib menafikan semua yang dilihat mengaitkannya dengan kes itu.

Kes Mohd Saiful yang dikatakan mempunyai kaitan dengannya juga dinafikan dengan kenyataannya bahawa Mohd Saiful datang bertemu dengannya untuk mengadu hal liwat itu. Dan belumlah kita ketahui hal Mohd Saiful yang tiba-tiba timbul di tengah-tengah gelodak politik semasa.

Antara realitinya, seperti disebut oleh ramai orang tentang Anwar yang sangat ‘garang’ dengan langkahnya dalam politik yang tidak mustahil akan menerima pelbagai masalah. Anwar mempunyai harapan yang besar untuk menjadi PM seperti diwar-warkan. Dan masalah yang timbul apabila Najib yang menjadi calon paling selesa untuk ke kedudukan PM, pemimpin nombor wahid negara segi politik semasa akan berhadapan dengan Anwar buat masa ini.

Najib perlu memenangi hati rakyat dan memperlihatkan kejayaannya dalam segenap isu yang ditangani. Anwar mempunyai kepercayaan daripada barisan PR dan penyokong dan mengharapkan akan melaksanakan tuntutan politik baru yang dibawanya. Keyakinan itu semakin terasa disegenap sudut apabila Anwar ‘lebih terkehadapan’ membincangkan isu-isu semasa seperti isu minyak yang popular dalam politik negara. Anwar seperti dalam banyak ceramahnya menyatakan mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani masalah harga minyak yang tinggi itu.



Rakyat pula bukan sahaja melihat ‘judgement’ itu daripada kata-kata pemimpin kerana menjadi hal pemimpin berkata-kata atau membikin janji di mana kebiasaannya sangat mirip kepada kebarangkalian. Barangkali boleh dilaksanakan dan barangkali tidak dapat dilaksanakan. Masalah lain yang juga dilihat dari segi kejujuran kepimpinan Melayu untuk membantu rakyat yang berada di bawah. Adakah ia satu retorik atau janji yang benar?.
Isu menyatakan ‘ingin membantu rakyat’ sangat stereotaip apabila dalam sejarah politik negara, perubahan zaman dan cara politikus berfikir sudah sangat berbeza. Hari ini politik satu medan yang sangat baik bagi mereka yang ingin survival segi individu dan bukan melihat semata-mata motif kesurvivalan rakyat dalam pelbagai isu dan antaranya yang menjadi hangat kembali adalah survival ketuanan Melayu yang sampai bila-bila seakan menjadi sumpahan kepada minda politikus Melayu.
Penyelesaian yang dikatakan pendek dan kontot juga dilihat satu politik ‘melepas batuk ditangga’. Mungkin ini satu kebetulan tetapi jika dilihat ia sudah menjadi satu rempah-ratus dalam politik kepimpinan Melayu. Maka bolehlah dikatakan drama yang baru keluar ini dan sudah disubsidikan bayaran tiketnya itu, membawa kita kepada masalah-masalah dan renungan-renungan ini.



Apakah akhirnya politik Melayu akan terus berada dalam bentuk bersuku-suku, berkebangsaan, berfikiran ortodoks, dependen kepada nasib, ketentuan dan peluang atau sekadar mencari populariti murahan atau pengakhiran yang semu dan membosankan.



Perlu ada minda yang terbuka dan kejujuran yang telus daripada pihak rakyat melihat kepelbagaian warna politik ini. Manakah warna yang paling cantik dan sesuai bukan yang dilihat megah dan berpinar-pinar mata melihatnya tetapi tidak tahan lama malah menyumbang kepada kemunduran bangsa. Soalan penutup di hujung ini berbunyi, drama yang sedang disaksikan itu, untuk siapa sebenarnyanya?.

Wednesday, July 02, 2008

bukubukupolitik



buku sebahagian daripada keseronokan. kita sering lupa bahawa kita sebenarnya harus banyak membaca. bacalah kerana Tuhan telah menyuruhmu membaca.

Saya baru menerima buku yang saya beli sendiri. Habis duit sebab buku.

Pertama;
THE MALAYS: THEIR PROBLEMS AND FUTURE
Syed Husin Ali
Hardbound, 248 pages, New edition. IBT Books Publisher.

Kedua; The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time
byOoi Kee Beng
Ketiga; Memoir Samsiah Fakeh.




Seluruhnya bidang politik.

Saturday, June 28, 2008




Harga Minyak Vs Harga Rakyat

Kenaikan harga minyak dari RM 1.92 kepada RM2.70 (sebanyak 78 sen) pada 5 Jun lalu amat mengejutkan rakyat seluruh negara. Ini memandangkan kepada faktor belum pernah kenaikan harga minyak seperti itu iaitu dengan 40 % daripada harga sebelum ini. Maka secara tidak lansung, wujud rasa ketidakselesaan dari pihak rakyat apabila kenaikan harga minyak ini berlaku secara mendadak dan tidak seperti yang disebut atau diwar-warkan dalam media massa sebelum ini iaitu kenaikan akan berlaku pada bulan Ogos nanti. Tidak hairanlah rakyat saling memandang sesama sendiri tatkala mendengar pengumuman kenaikan harga yang tidak dijangka mereka.


Meskipun pasaran minyak global menghadapi kenaikan itu sekarang ini iaitu melebihi $ 130 US setong dan kenaikan bersifat mendadak itu dirasai seluruh dunia lebih-lebih lagi negara yang banyak mengimport minyak daripada luar. Dan apa yang dikesalkan adalah kedraktikan kerajaan menetapkan keputusan untuk menaikkan harga minyak sedemikian rupa dibuat pula dalam satu jangka yang tidak terfikir rakyat waktunya.


Memang dari bulan Mei beberapa orang menteri sudah bercakap tentang kemungkinan kenaikan harga minyak dan berkira-kira untuk melihat semula beberapa elemen berkaitan dengan minyak contohnya subsidi. Peningkatan harga minyak global yang sekarang ini mencapai 60 % sebetulnya memberikan tamparan kepada seluruh dunia tentang nilai emas hitam ini dan ianya memang menarik semua khalayak dunia melihat dengan serius krisis harga minyak yang melanda dunia.


Sebelum ini di Indonesia telah menerima protes rakyat terhadap kenaikan harga minyak daripada mahasiswa, golongan berpendapatan rendah dan masyarakat umum hasil kenaikan 30% sama sekali menyentap ruang sedar masyarakat Indonesia untuk membantah dan menyuarakan rasa tidak puas kepada pihak kerajaannya. Sedemikian juga apa yang berlaku di India dan dijangka di mana-mana negara Asia lain yang turut sama merasai kenaikan harga minyak ini. Indonesia sebelum ini yang terpaksa meningkatkan subsidinya daripada $10 bilion kepada $15 bilion (lihat Asia’s Oil Subsidies oleh Philip Bowring dalam International Herald Tribune) lantaran harga minyak global yang naik melonjak.


Seakan sudah tidak ada lagi alternatif bagi pihak pemerintah untuk mendatang penyelesaian yang sesuai dan memang minyak adalah entiti yang hari ini paling sukar untuk diselesaikan isu. Di tambah pula dengan isu-isu lain yang berbangkit iaitu krisis makanan, moral dan lain-lain.
Di Malaysia, di bawah pimpinan Abdullah Badawi terpaksa mengadakan penstrukturan semula subsidi yang diberikan pihak kerajaan kepada rakyat dengan cara mengurangkan subsidi dan secara tidak lansung menaikkan harga minyak kepada RM2.70. Langkah yang sama dilakukan oleh Indonesia menyebabkan harga minyak dan gas naik hingga mencetuskan kebangkitan rakyat di sana .


Kejutan sebegini tidak dapat disangkal lagi apabila kenaikan itu membawa kepada implikasi kepada masyarakat Malaysia yang secara umumnya masih merasai bebanan tanggungan yang sebelum ini menerima beberapa isu kenaikan contohnya kenaikan harga barang dan harga makanan.


Tidak mustahil kenaikan ini sebetulnya bukan satu kenaikan kesan daripada satu masalah semata-mata tetapi adalah rentetan daripada kenaikan beberapa siri kenaikan yang lain. Juga dapat umum menyedari kenaikan itu amat saling hampir tempoh antara satu kenaikan dengan yang lain dan ianya begitu dirasai oleh rakyat khususnya bagi rakyat yang berpendapatan rendah.


Walaupun Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri memberi jaminan dengan empat pendekatan bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak itu namun yang lebih kelihatan adalah kegelisahan rakyat terhadap isu kenaikan ini yang kadangkala susah untuk diterima alasan dan signifikannnya kenaikan harga minyak itu. Saranan sedemikian kadang-kadang mengingatkan rakyat kepada retorik semasa yang diwujudkan kerajaan untuk satu-satu tempoh waktu. Maka ia perlu diperhatikan kerajaan jangan ia menjadi satu jaminan bersifat temporari sahaja yang dinyatakan untuk menenangkan keadaan tetapi menjadi satu modus operandi yang berkesan.


Dalam beberapa perkara kerajaan perlu juga menoleh ke bawah (akar umbi seperti selalu disebut) melihat keadaan masyarakat kelas pertengahan dan bawahan yang pasti merasai beban yang bertmabha menyebabkan mereka selalu makin tertinggal dari arus semasa. Ada betulnya setiap krisis yang datang adalah berupa hikmah yang menguji tetapi ia harus diingat sebagai iktibar yang memperkasakan menjadi langkah bangsa untuk ke hadapan. Tambahan bangsa Malaysia bermasyarakatkan majmuk terdiri Melayu, Cina , India , Kadazan dan sebagainya dan seharusnya menjadi perhatian bahawa rakyat begitu memerlukan jaminan kehidupan yang selesa.


Senario politik yang sekarang ini begitu bercelaru, di mana ada pelbagai masalah yang timbul dalam kepimpinan Melayu sendiri yang seharusnya dilihat dengan mata yang jujur dan hati yang terbuka. Apakah kesilapan yang berlaku pada kepimpinan dan mengapa rakyat mulai kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan yang sedia ada. Bak kata melayu, bagai ibu hilang anaknya. Kecelaruan itu terbendong dari masa ke semasa.


Keadaan krisis sebegini menuntut agar kepentingan diri di ketepikan sama sekali kerana kepentingan rakyat adalah jauh lebih utama. Rakyat sudah makin berada dalam keadaan terpinggir daripada realiti ekonomi yang sentiasa memburu mereka ke ruang yang lebih membimbangkan. Tahap ekonomi rakyat mungkin sebelum ini tidak berapa stabil makin tidak stabil jadinya.


Secara kebetulan sahaja, ia baharu berlaku dapat tempoh yang tidak berapa jauh daripada pilihanraya PRU 12, maka secara implisitnya kedudukan dan kepercayaan rakyat kepada pemerintah barangkali bila-bila masa boleh berubah menjadi tawar dan lesu.


Dalam segi pandangan kerajaan tindakan ini bagi mengelak berlakunya defisit belanjawan yang mungkin mengikat kerajaan kepada masalah hutang juga tampak seperti boleh dipertikaikan kerana beberapa faktor yang timbul antaranya kaitan status negara sebagai pengeluar minyak. Suara ini tentu saja keluar daripada mana-mana mulut rakyat yang suka bersembang di kedai kopi sana .


Juga terdapat beberapa faktor menyebabkan kerajaan rasa ‘yakin’ untuk menaikkan harga minyak yang sebetulnya dilihat seperti suatu tindakan yang mengejut dan tidak mengikut landasan yang munasabah. Ini akan menambah keresahan rakyat yang selama mengharapkan jaminan hidup yang lebih baik tetapi tampaknya makin menghilang dan sudut dari pandangan realiti.


Dalam konteks peralihan status negara membangun yang menuju ke negara maju tidak sampai dua dekad lagi, meskipun keterlihatan negara melangkah kepada kewaspadaan terhadap keadaan ekonomi dunia namun sebetulnya tidak mencukupi kerana keperluan kepada faktor jaminan keselamatan ekonomi kepada semua rakyat kian tiris seperti diperkatakan umum setelah kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini. Mungkinkah pada masa akan datang kenaikan ini akan membawa manafaat lebih kepada rakyat?.


Maka terlalu soalan yang hendak dileraikan di hujung nota. Tetapi seperti biasa ia tidak mampu menuntas semua dengan natijah. Akhirnya adakah kerana rakyat makin bijak memilih dan cuba untuk memberikan suara yang berbeza rakyat perlu memikul beban ini meskipun ia bukanlah salah sesiapa. Salahkah ibu yang mengandung?.

Monday, June 23, 2008



sebuah sajak: Seronok


Seronok bila dapat berlari di tempat yang kita mau berlari
kosong, lapang dan tiada seorangpun boleh menganggu kita
hidup orang bebas memang mahu macam itu
mahu berlari sampai bila atau di mana atau macam mana
tidak penting lagi dalam perkiraan kerana
yang paling utama adalah tiada yang mampu melarangnya
'hei berhenti berlari'


seronok bila dapat berguling di tempat yang kita mau berguling
licin, rata, luas dan terbuka
hidup orang yang tahu bila mati itu sampai kepadanya
tiada apa lagi yang boleh memegangnya, menahannya
dari terus berguling-guling di mana, bila dan macam mana
pengertian ini telah padu dalam catatan peribadi


seronak bila dapat berdiam diri di tempat yang tiada bunyi
sepi, pengap, putih dan saujana luas memandang
kecuali heretan awan ke barat, helang mengukur langit
dan hujan pecah daripada lubangnya
kerana segalanya sudah tidakpenting
diam tidak bererti asing
diam bererti banyak bermain
dengan segala zikir yang terakhir.
23 Jun 2008

Sunday, June 22, 2008

Brosur Jom Ke DBP

Meriah ke DBP. Selamat ulangtahun ke-52


Monday, June 16, 2008






'Jangan undur dari Iraq'




Kepala bapaknya kepada Si penjarah Yang Ngerti BAHASA !!!!

sumber Berita Harian online 16 mei 2008



PENUNJUK perasaan anti-perang mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen Square dimana Presiden Amerika Syarikat, Bush memulakan lawatan dua harinya ke London semalam.
Bush gesa Brown terus bantu tentera Amerika di Teluk PARIS: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, mendesak Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, supaya tidak menetapkan jadual pengunduran askar British dari Iraq. Bush mengeluarkan gesaan itu sebelum memulakan lawatan ke Britain, perhentian terakhir dalam lawatan di Eropah yang menyaksikan sokongan kepadanya untuk menekan Iran dalam isu program nuklear. Ketika diwawancara akhbar Observer, di sini semalam, Bush berkata, Amerika dan Britain mahu menghantar pulang askar selepas 'mencapai kejayaan.'
"Jawapan kami ialah jadual tetap tidak akan diadakan," kata pemimpin Amerika itu yang menghargai cara Brown mengendali isu Iraq dengan melakukan panggilan ke Washington untuk mengetahui 'apa rancangan tenteranya.' Britain mempunyai 4,000 askar di Iraq, kebanyakannya ditempatkan di pangkalan tentera di selatan. Minggu lalu, media melaporkan, Britain mungkin mengundurkan askarnya penghujung tahun ini tetapi ia mungkin ditunda kerana keadaan dikatakan belum membenarkan.

Bush mempunyai hubungan lebih formal dengan Brown berbanding bekas pemimpin Tony Blair yang disifatkan penyokong kempen di Iraq. Brown menghadapi masalah populariti dan Iraq dianggap isu mencetuskan pecah belah di kalangan pemimpin dan penduduknya. Bush dan isteri, Laura akan mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth serta mengunjungi Istana Windsor sebelum makan malam dengan Brown dan seterusnya mengadakan perundingan hari ini. Brown mencetuskan kegemparan di Washington ketika melakukan lawatan pada April lalu apabila mengadakan rundingan dengan calon Presiden 2008 sebelum menemui Bush, petanda pemimpin masa depan lebih penting bagi Perdana Menteri Britain itu. – Reuters

Friday, June 06, 2008


nota: suatu ingatan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad


Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Monday, May 26, 2008

filem dokumentari fahmi reza

sepuluh tahun sebelum merdeka

1

2

3



4
yang akhir
sila, tonton di youtube



status: entah tersiar atau tidak

Kembali Menakrif Filem Tempatan

Masalah identiti antara subjek yang dibicarakan dalam lingkungan wacana kolonialisme. Identiti sesuatu bangsa boleh diubah dari pandangan ‘lain’ atau luar. Pembentukan identiti dan imej dari luar ini dijana oleh pemikiran orientalis Barat yang sekarang tidak lagi diusahakan oleh orientalis sahaja tetapi luar daripada golongan orientalis juga misalnya pemikiran politik dari satu bangsa atau ideologi boleh mempengaruhi sesuatu identiti bangsa yang dijajah. Meskipun era penjajahan telahpun berlalu menghampiri seabad, tetapi ia sentiasa bermain dalam pemikiran moden lantaran masih kelihatan kesan-kesan penjajahan malahan lanjutan daripada sejarah penjajahan itu sendiri. Justeru masih ada yang mengatakan relevannya neo-imprealisme atau neo kolonialisme itu dalam era teknologi bermaklumat secara tidak sedar.

Sementara globalisasi tidak mudah dilupakan hubungannya secara tidak lansung ataupun lansung dengan wacana kolonialisme. Malangnya sebahagian daripada masyarakat yang menerima kemajuan tidak menyedari persoalan penjajahan yang berlaku dalam bentuk baharu diisyaratkan dalam pelbagai medium. Disebabkan ada bertanggapan persoalan kolonialisme hanya berlaku dalam bentuk jasadiah atau fizikal seperti yang berlaku pada abad 15 hingga ke abad 19.

Juga terdapat individu yang terlupa bahawa kemerdekaan yang dicapai sesuatu bangsa sebenarnya takdir dan tidak perlu diingati pengalaman-pengalaman lalu itu yang telah. Generasi baharu barangkali terlupa dengan sejarah penjajahan dan rentetan mendapat kemerdekaan yang diusahakan dengan susah payah. Justeru kita perlu kembali menelusuri jejak-jejak penjajahan ini dan sejarah mencapai kemerdekaan untuk mendirikan sahsiah bangsa yang luhur dan wibawa.

Dalam konteks filem tempatan, penjajahan baharu ini mungkin tidak disedari secara jelas dan kadang-kala tidakpun kelihatan kesan neo-kolonialisme ke atasnya. Hakikatnya ia memang tidak kelihatan dan terpapar dalam layar perak kita. Tetapi salah satu elemen yang memungkin sebuah filem dihasilkan adalah berkaitan identiti yang menjadi blue print kepada mana-mana karya seperti filem, muzik atau sastera.

Disebabkan sebuah filem adalah kerja yang ditangani manusia dari satu-satu golongan, dan selagi mana filem itu bercerita tentang masyarakat, wacana identiti tidak akan sepi dari dibicarakan. Kerana filem tidak mungkin berdiri dengan campur-baur dari pelbagai atau berbilang identity. Sekiranya ia berlaku ia tidak lagi dikaitkan atau dinisbahkan dengan mana-mana golongan atau bangsa atau masyarakat.

Dalam konteks filem tempatan dapat dilihat antara sebab terhasilnya karya seperti yang dapat dilihat hari ini di pawagam maupun di kaca televisyen adalah wujudnya faktor ketidakjelasan dan kejernihan identititnya dalam pengungkapan dari sesebuah karya khususnya filem tempatan. Seolah-oleh filem atau drama yang dihasilkan adalah filem yang tiada empunya cerita. Ketiadaan atau kekaburan ‘empunya cerita’ ini dapat dijelaskan bukan dari konteks nama pengarah atau butir-butir latar belakangnya tetapi dari segi inti dan idea dalaman yang menggerakkan filem itu kepada satu titik yang menjalinkan kefahaman antara karyawan dan penonton. Meskipun ia sesuatu yang bersifat implisit seperti nilai dan pemikiran yang mendukung semangat sesebuah karya namun memainkan peranan yang penting dalam memberi gambaran jelas terhadap khalayak. Dan sememangnya identiti yang jelas dipunyai hanya pembikin filem atau karyawan yang jelas perjuangannya dalam membuat filem atau drama.

Justeru, sesuatu yang hendak dipaparkan adalah refleksi daripada cermin identiti itu. Identiti itulah yang menakrifkan nilai, pemikiran dan mengukur sikap dalam menghasilkan karya. Maka jika ia tidak jelas dan longgar identitinya maka ia membuka kepada pelbagai unsur yang bebas yang barangkali berlepas daripada sesuatu nilai atau etika. Sememangnya bentuk filem bebas identiti ini wujud di Barat, karyawan Barat yang tidak terikat dengan mana-mana pegangan dapat kita lihat keliberalan sesebuah karya dan falsafahnya. Tidak terkejutlah jika kita menonton filem Barat yang tidak menghantar mesej, pemikiran dan nilai tetapi semata-mata mengangkat estetika sebagai landasan berkarya. Sebaliknya, filem tempatan tempatan tentu tidak seperi itu kerana kita yakin pembikin filem kita ‘masih utuh’ pegangan dan kepercayaan mereka kepada nilai ketimuran. Cuma persoalannya, mengapa tiada filem yang mempunyai nilai jatidiri dan mandiri yang lebih beriwibawa. Dan mengapa banyak filem tempatan yang ‘mengikut’ rentak luar yang berbeza pandangan hidup dan bermusim-musim kecenderungan.

Oleh itu kita mendapati ada segolongan pembikin filem atau drama tempatan yang menghasilkan filem-filem ala-Hollywood atau Bollywood atau boleh dikatakan filem itu ala filem seram Thailand dan mana-mana jenama yang dirasakan semunasabah mungkin. Maka rupa filem kita atau wajah filem kita rupanya telah berubah dan tidak menepati sifat dan acuannya yang tersendiri. Kita terlupa dengan penjajahan masa lalu terhadap kita tidak saja segi budaya malahan produk budaya yang antaranya kita selalu sebut iaitu filem dan drama. Adakah sampai waktunya kita perlu alasan ‘ketandusan idea’ atau terdesak untuk menutup kelemahan diri.
Sebagai seorang daripada khalayak penonton, saya dapat merasai kejanggalan ini. Mungkin tidaklah filem tempatan sampai kepada kebejatan atau kebobrokannya yang di tahap tinggi tetapi adanya kecenderungan ke arah bentuk seperti itu boleh membawa kepada suasana yang kritikal di masa mendatang. Filem yang tiada empunya diri atau kabur identitinya tidak patut diterima sebagai filem yang bermaruah dan berbudaya. Ia kerana tidak mewakili mana-mana pemikiran, budaya dan gagasan kemanusiaan. Selain tidak bangga dengan budaya dan pemikiran nilai bangsa kita melihat filem dan drama tempatan seolah-olah dihasilkan macam kerja yang dilakukan di atas jalan tanpa mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas. Kurang penelitian segi sejarah, budaya dan pemikiran. Ia semata-mata memenuhi kepentingan industri dan tidak lebih daripada itu.

Kerana seolah-olah kawalan oleh golongan-golongan tertentu yang memanipulasi kebanyakkan ‘tempat’ orang-orang membikin filem maka banyak filem yang 'diiklankan' untuk menarik penonton kepada filem-filem 'popular' sahaja. Kemungkinan lain, kurangnya orang-orang (karyawan-karyawan) yang boleh membaca sejarah, kebudayaan, pemikiran dan sebagainya dan menterjemahkannya dalam karya. Natijah yang dapat kita lihat hari ini adalah ketiadaan ‘bentuk’ dan rupa identiti yang sepatutnya dipaparkan. Jika ada unsur budaya dan sejarah itupun disodorkan hanya beberapa perkara yang hanya menampakkan artifisialnya budaya itu. Sebagai pemerhati filem, masih terdapat sikap mengambil jalan mudah untuk menghasilkan filem. Maka tidak payah untuk kita lihat ikon-ikon media sensasi menjadi pelakon dalam filem. Di sini antara beberapa sikap ambil mudah dalam menghasilkan filem dan hanya mengerti perkataan untung.

Kita dapat melihat senario kurangnya penekanan kepada identiti filem atau drama menyebabkan filem atau drama tempatan dilihat begitu dingin dan kaku. Maka adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula dan menilai ciri-ciri filem tempatan yang baik. Dan memikirkan bagaimana karyawan di masa hadapan dapat menghasilkan ‘come back’ kepada filem-filem dahulu yang lebih indah dan realistik.
Jika hari ini filem tempatan dihasilkan dengan alasan komersial perlu ada pihak yang membetulkan keadaan di mana filem adalah elemen yang mewakili produk bangsa, masyarakat dan nilai serta tidak seperti difahami sebagai komoditi memungut untung per se. Harus dibetulkan ada filem-filem di luar sana dihasilkan oleh orang-orang yang mempunyai ilmu membikin filem dan mereka mempunyai wawasan untuk mengangkat ideologi dan nilai dari satu-satu bangsa. Malangnya karyawan filem kita telah hilang empunya diri dan identity diri, maka filem-filem yang ditanganinya tidak menyeluruh segi aspek nilai, kemanusiaan, emosi dan pemikiran.

Mengapa tidak filem dan drama tempatan kembali kepada persoalan akar yang berkaiatan tentang identiti da imej. Selama mungkin banyak momokan tentang imej yang sebenar terhadap kita maka mengapa tidak dimulakan untuk mewujudkan hasil filem atau drama yang lebih baik. Filem dan drama yang hanya mengambil hipotesis tentang sesuatu masyarakat (sesuatu sudut sosial) tidak kuat untuk mengangkat sesebuah karya. Sebaliknya karya yang kuat adalah karya yang dihasilkan dari inti indentiti bangsa yang asli.

Contohnya, filem Days Of Glory yang diarahkan Rachid Bouchareb menceritakan tentang tentera Arab Algeria-Maghribi yang berkhidmat dengan kerajaan koloni Perancis untuk melawan kuasa Nazi Jerman yang ketika menjadi musuh kepada Perancis dan sekutunya. Filem epik ini cuba mengetengahkan sejarah bagaimana identiti diri itu menjadi satu bukti kepada sesuatu bangsa untuk tidak rasa diperhambakan kepada bangsa lain. Bagaimana tentera Arab ini tetap menuntut untuk tidak tunduk dalam setiap telunjuk kuasa koloni Perancis meskipun kuasa besar itu yang memberikan peluang untuk sama-sama berjuang atas nama kesamarataan dan pembebasan bagi Perancis kononnya. Tentera Arab Algeria-Maghribi yang sanggup menyertai peperangan semata-mata untuk membebaskan bumi Perancis daripada kuasa Nazi walaupun tidak pernah melihat Perancis itu menjadi rakaman sejarah yang tidak akan dilupakan. Meskipun kemudian berlaku kemudiannya juga ketidakadilan dan ketidaksamarataan segi layanan kepada tentera-tentera dari negeri dijajah yang telah berkhidmat untuk motherland Perancis.
Filem yang menyertai rasminya Festival Cannes dan dicalonkan untuk Academy Award pada 2007 tidak menunjukkan filem yang mengangkat identiti dan harga diri bangsa itu bukan sesuatu yang tempelan atau mudah dikesampingkan tetapi dianggap suatu hasil kerja yang bertanggungjawab dan penting. Maka, identiti dan rasa berbudaya mampu mengukuhkan keyakinan diri karyawan untuk menghasilkan karja yang berkualiti. Hasil kerja asli sahaja mempunyai aura yang menyerlah dan kuat daya tarikannya. Selain, cuma menambah khazanah seni bangsa yang seakan makin kurang dititikberat pada masa ini.

Justeru, menggali kal budi bangsa dan mengangkat semula suara kemanusiaan dalam filem-filem dan drama tempatan bukan kerja mudah. Ia suatu homework yang berterusan dan melalui banyak kesabaran untuk melaksanakannya. Kita perlu meninggalkan bentuk filem yang beracuan filem-filem aksi, komedi, romantik dan lain-lain genre yang ditentukan pattern dan gaya garapannya oleh Barat. Karyawan perlu mengemaskan semula pengenalan dan sejarah diri. Perlu mencari cermin identity yang sebenar dan sedia menolak cerminan atau imej yang dimomokkan Barat dengan meninggalkan bentuk pemikiran atau kerangka fikir dalam menghasilkan filem.
Karyawan perlu menambah baik drama-drama tempatan supaya tidak terlalu dilambakkan dengan kisah-kisah cinta yang stereotaip. Dan cuba menangani masalah klise dalam tema dan subjek yang selama ini dilakukan dalam drama tempatan. Selain menguji idea-idea yang berani tetapi menepati nilai dan pemikiran Timur untuk menghasilkan karya yang asli dan realistik.

Karyawan kita harus belajar menemui bentuk baharu dalam menghasilkan filem tetapi. Mencari kelainan dan keunikkan mampu dilakukan sekiranya karyawan sedia mengemas cermin identiti yang berdebu dengan macam-macam penjajahan. Sekiranya kita masih mengikut jejak langkah Barat dan cara pembikin filem yang tidak sesuai dengan peribadi bangsa dan agama kita, maka kita mudah menghasilkan filem atau drama yang sebenarnya tidak sesuai untuk penonton kita. Dan usaha ke arah msa depan filem yang cerah mungkin makin sukar dicapai.

Filem harus dikembalikan kepada identitinya iaitu identiti bangsa, masyarakat dan nilai pemikiran yang munasabah dan tidak hanyut dalam neo-kolonisme yang menarik kita ke dalam arus adunan mereka yang sama sekali bertentangan. Dana kita perlu mewujudkan banyak persefahaman dan dialog dengan karyawan-karyawan negara-negara Timur dan cuba mengembalikan diri kepada akar bangsa dan masyarakat demi menyumbangkan sesuatu yang lebih bermakna kepada wajah filem tempatan.

Sunday, May 04, 2008



Bahasa Pengharapan

Berikanku kecintaan dari bejana padang pasir
mendatangkan dingin hingga Timur dan Barat
menghilangkan kehausan akar pohon agam
meniup nyawa tumbuhan bumi pagan.

Keselesaan dari air mawar cinta-Nya
mengalir bak kasturi syurga yang kamu tunggu-
tunggu selama ini
mengubati kasih rindu syahdu seorang pencari.

Hingga bangunnya ruh dari dalam bumi merahmati
Hutan gelap diterangi cahaya bangun memberi
ucap 'salam sejahtera'
Hingga laut melayar kapal dengan tenangnya
Hingga tiap butir permata gemerlapan dengan kalimah.

Bangkit aku dari alpa ruang gelap dirimu
air wudu'mu membasahkan zat rohaniku
Menelusuri denai cahaya ke rumah abadi
Membaca semula bahasa dan puisi murni
melihat apa yang tertanam di sekitar rahsia dirimu.

Kembali dalam pakaian baharu di hari ceria
berjanji dalam satu pertemuan antara kita
semua yang selama ini bertebaran mencari ikhlas yang samar
rupa-rupanya tanpa berbisik atau bertanya khabar.

Jangan nanti kita kehilangan peta dan kandil
menuju ke rumah abadi yang kian hampir
perjalanannya tidak terlalu payah
dari daerah yang kita diami ini.

Bacalah untuk perjalanan
dengan penuh berkat dan harapan.

Friday, May 02, 2008


kucedok ramuan petang ini

kucedok ramuan petang ini
esok hari bercuti dan istirehat
legalah urat yang meregang panjang
menentukan hasilnya milik siapa

soal habuan sudah ku lupakan
seperti abu yang baru diterbangkan
angin petang menyusun rentak beza
menangkis hujung dari peribadi penyegan

kucedok ramuan petang ini
tanpa memperlahankan renungan
menjalar ke atas batasan
luar padang yang berlalang panjang

kuhembus abu hari hari yang menyepi
di sisi pertemuan peribadi
mencari hujah ke hadapan
alasan untuk melepaskan tanggungan
waktu sekarang.

meminta

meminta yang lebih berhasil
bukan beban tugas atau jawatan
tidak lebih dari satu perlindungan
letih mengangkut dosa
orang kita tidak kenal

dan aku menjauhi mereka
yang memberi sesuatu sesuka hati
menakluki mimpi dari ribuan mimpi resah rakyat

mereka baru belajar mengenal mimpi
yang bergelut kesulitan
mengongkong manusia
bebas melepas ikatan
jujur diri

meminta yang lebih memada
bukan mencari sesuatu yang memaksa
luar mulut sendiri.

Friday, April 25, 2008

A Walk To Remember
1

2

3


Suatu hari saya balik daripada DBP dalam tahun 2002 mungkin. Dengan menaiki bas dari DBP melalui jalan apa tidak saya ketahui sampai sekarang tapi hanya 10 minit-15 minit tiba ke pondok bas sebelah dengan stesen LRT Pasar Seni. Dan dari situ saya berjalan kaki ke kedai-kedai pinggir jalan sebelum masuk ke Jalan Petaling. Saya bertemu sebuah kedai vcd, ketika itu vcd cetak rompak popular. Saya melihat dan berminat membeli vcd A Walk To Remember, sebuah filem diadaptasi dari novel Walk To Remember oleh Nicholas Spark. Saya kira filem ini popular genrenya novelnya juga. Bagi remaja, ketika itu saya juga remaja, berminat filem-filem semacam ini.



children of heaven

kolam itu meletakkan kaki yang bengkak
luka dan berdarah ke dalam
bulatan ketenangan
berlari dan berlari
ingatan hanya untuk ke sana
depan tujuan
kaki akan memijak awan
hutan dan
daun yang melayang
terbang tanpa sayap
kiri
kanan.

Sunday, April 20, 2008

Hamsarayan (The Chorus) - Abbas Kiarostami
bahagian 1


bahagian 2

Tuesday, April 15, 2008

Video Klip: Jangan cuba tangiskan - Sami Yusuf feat Outlandish

Trailer : Shindo

Kisah pemain piona yang genius.


ADONIS DALAM DUNIA ARAB

ditulis makahlah pendek ini lama dulu tapi saya mahu kongsi di sini.

Pada 5 November (2006) yang lalu Saddam Hussein, mantan presiden Iraq dan bekas para pemimpin yang lain ditentukan nasib mereka oleh Tribunal Tinggi Iraq. Hal ini menggambarkan salah satu senario pemimpin Arab yang diktator telah dijatuhkan di hadapan masyarakat antarabangsa khususnya musuh-musuhnya yang mengharapkan kejatuhan pemimpin ini. Dalam keadaan dunia Arab terus-menerus berada dalam kancah perpecahan, peperangan, konflik perkauman serta penjajahan daripada luar, negara-negara Arab sekali lagi diaibkan dengan peristiwa pemimpin yang dahulu digeruni di mata dunia khususnya Amerika Syarikat akan menghabiskan karier politiknya untuk selama-lamanya.

Sememangnya pelbagai masalah yang dihadapi oleh dunia Arab pada abad ini. Selain daripada masalah pencerobohan di Iraq dan di Palestin, ditambah pula dengan masalah-masalah lain yang wujud sejak dahulu lagi tidak diketahui bila akan menemui penyelesaian, dan sekaligus boleh diharapkan sebagai satu kuasa yang menukar rentak politik antarabangsa.

Kecaman yang dihadapi Israel daripada negara-negara Arab dan negara-negara lain tidak mengubah keadaan di Palestin yang sekarang ini seolah-olah semakin meruncing. Masalah dalaman seperti krisis kepimpinan, pertelingkahan kaum dan sebagainya menunjukkan contoh-contoh situasi sebenar negara-negara Arab yang sukar dipertemukan secara tuntas.

Seorang penyair Arab yang terkenal di peringkat antarabangsa menyatakan antara punca masalah Dunia Arab adalah kediktatoran yang terdapat di kebanyakan pemimpin-pemimpinnya. Ali Ahmad Sa'id Asbar atau dikenali dengan Adonis menyatakan pandangan lewat wawacara yang diadakan The Middle East Media Research Institute, katanya “ffenomena ini sangat bahaya, dan saya percaya sesuatu harus dilakukan dengan konsep “satu?yang ditimbulkan dalam istilah praktikal dan politiknya- konsep hero, penyelamat atau pemimpin. Konsep ini memancing perasaan ‘rasa selamat?lt;SPAN style="mso-spacerun: yes"> kepada mereka yang bimbang dengan kebebasan. Sesetengah orang takutkan kebebasan?

Maka ruang demokrasi dan hak bersuara di negara-negara Arab juga seolah sempit malah menidakkan kebebasan yang menjadi eleman penting bagi sesetengah negara-negara yang meningkat maju. Menurut beliau “saya menentang campurtangan (anasir luar) dalam hal ehwal Arab. Jika orang Arab sangat rasa janggal mereka tidak boleh menjadi demokratik dengan sendirinya, mereka tidak boleh demokrasi dengan campur tangan asing. Jika kita mahukan demokrasi kita harus melakukannya sendiri ?

Adonis mempunyai pandangan yang tersendiri berkaitan isu-isu politik Dunia Arab. Beliau yang menyokong HAMAS memerintah Palestin di ketika ini tapi dalam masa yang sama tidak bersetuju jika Palestin didirikan sebuah pemerintahan atas nama agama. Konteks pengaruh kebaratan terhadap negara-negara Arab dan Islam, Adonis berpandangan bahawa sudah semestinya pengaruh Barat terhadap Dunia Arab amat positif memandangkan umat Arab memerlukan pembaharuan dari segi intelektual untuk menjana identiti bangsa Arab yang keluar daripada masalah-masalah yang mengcengkam umat Arab kini.

Adonis merupakan penyair Arab yang banyak mendapat perhatian. Beliau juga pernah dicalonkan hingga saringan peringkat terakhir bagi menerima Anugerah Nobel bagi tahun 2005 dan 2006. Adonis dilahirkan di Qassabin, Syria pada 1930. Qassabin adalah sebuah kawasan pertanian, mundur dan miskin . Seperti yang diceritakan oleh Adonis bahawa setiap hari semasa zaman kanak-kanaknya dia dibawa ke kebun untuk menolong ibubapanya. Pada waktu pagi ayahnya akan membaca puisi dan ia memberikan kesan kepadanya untuk menulis puisinya sendiri. Kemiskinan pada ketika itu menyebabkan beliau tidak mengenal radio atau kereta pada ketika malah tidak mampu bersekolah.

Pada suatu hari, pada masa beliau masih kanak-kanak beliau mendengar kedatangan Shukri al-Quwatli, presiden Syria yang pertama ke Bandar di Latakia sempena kemerdekaan daripada Perancis. Sebagai remaja datang dari kampung ke bandar untuk menyertai majlis yang penuh bersejarah itu dengan membacakan puisi. Apabila presiden ini menanya pada Adonis apa yang dia mahukan, dia menjawab saya mahukan pendidikan?

Di Latakia Adonis menerima pendidikan awal kemudian menyambung pelajarannya ke peringkat universiti di universiti Damascus dalam bidang falsafah. Pada usia 17 tahun dia menggunakan nama pena Adonis dengan harapan karya-karyanya keluar di suratkhabar dan majalah. Di Damascus beliau menyertai Parti Kebangsaan Syria bersama Antun Sa'ada (pemimpin parti Parti Kebangsaan Syria). Pada tahun 1955 beliau dipenjarakan selama enam bulan kerana penglibatannya dalam politik. Kemudiannya dibuang negeri ke Beirut dan setelah setahun di sana beliau menerbitkan majalah Shi’ir bersama Yusuf Al-Khal.

Ketika Lubnan dilanda peperangan. Pada tahun 1960 beliau menerima biasiswa menyambung pelajarannya ke Paris. Pada tahun 1970 ke 1985 beliau mengajar Sastera Arab di Universiti Lubnan. Pada tahun 1973, beliau memperolehi Phd di Universiti St. Joseph di Damascus. Pada tahun 1980 beliau berhijrah ke Paris disebabkan Lubnan pada ketika mengalami peperangan. Di Paris beliau berkhidmat sebagai professor Bahasa Arab di Sorbonne.


Adonis seorang penyair yang prolifik dengan sejumlah karya-karyanya yang banyak yang mana beliau telah menghasilkan lebih dua belas buah kumpulan puisi antaranya Leaves in the Wind (1958), Songs of Mihyar the Damascene (1961), The Pages of Day and Night (1965), Mirrors and Stage (1968), A Time between Ashes and Roses (1970), The Book of Siege (1985), A Singular in a Form of Plural (1977), Desire Advancing in the Maps of Matter (1987), Celebrating the Transparent and the Obscure (1988), Another Abcedarium (1994), The Book (3 volumes, 1995; 98; 02) Chronicles of the Wind’s Deeds (1998), Beginning of Flesh; The Ending of the Sea (2003), and Foresee Thou Blind (2003).

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah seperti The Picasso Medal, the Syria-Lebanon Award of the International Poetry Forum International Nâzim Hikmet Poetry Award, the Syria-Lebanon Best Poet Award, and the Highest Award of the International Poem Biennial in Brussels dan lain-lain.

Kedudukannya dalam sastera ternyata apabila beliau juga seorang penterjenmah dan juga seorang pengkritik sastera. Antara buku kritikannya Introduction to Arab Poetics (1971), and Arab Poetics (1985), including Time of Poetry (1972) The Static and the Dynamic (4 volumes, 1974, 2001), Aperatures for the Endings of the Century (1980), The Politics of Poetry (1985), System and Discourse (1993), The Koranic Text and the Horizons of Writing (1993), The Music of the Blue Whale (2002), and The Black Ocean (2004).

Dalam lapangan penulisan puisi, tema isu dan politik Timur Tengah seringkali diangkat sebagai intipati karya-karyanya. Selain itu terdapat puisi-puisi Adonis membicarakan tentang pembuangan negeri (exile) di mana beliau sendiri melalui pengalaman-pengalaman tersebut. Puisi Beliau sedang disebut sebagai penyair surrealis dan cenderung melakukan eksperimental dalam puisi-puisinya. Gabungan pengetahuannya dalam puisi Arab tradisional dan elemen-elemen pembaharuan menghasilkan karya-karyanya yang bersifat pengucapan yang moden dan bebas daripada bentuk tradisional seperti yang biasa pada karya Arab klasik.

Ketika di Beirut bersama rakan-rakan mengeluarkan manifesto kumpulan penyair yang dipengaruhi mazhab surrealis Eropah. Pada tahun 1992, beliau menerbitkan buku al-Sufiyya wa'l-Surriyaliyya iaitu buku yang menghuraikan sufi dan surrealis adalah dua lapangan yang menyepakati dan mempunyai persamaan dalam pengucapan puisi dan maksudnya.

Beliau mengkritik Israel yang tidak sudah-sudah menimbulkan kemarahan umat Islam dan umat Arab dengan pencerobohan terhadap Palestin dan Lubnan seperti katanya "Israel seringkali melihat Dunia Arab dengan mata yang membara, logam amarah, kereta kebal dan peluru atau bom". Bagi Adonis, seorang penyair mempunyai dua sisi iaitu 'saya' dan 'yang lain' yang merujuk kepada pengucapan penyair moden yang sentiasa melihat luaran adalah inti bagi menyatakan pandangan.

Tuesday, April 08, 2008




Nescafe O Kurang Manis

Waktu terbazir saja di atas kertas
Orang-orang suka berdebat
Tentang masalah yang bukan masalah
Umpama Nescafe o kurangmanis
Yang kuminum secawan dan
secawan, tanp arasa bosan
sambil memegang pena
meluruskan fikiran di noktah aksara kecewa.

Anak-anak mengaji

Anak-anak pergi mengaji
bila senja memanggil pulang
Sekawan burung dari selatan menghilang
di sebalik pudar kuning telur
oleh matahari, mergastua mulai nyanyi
mengirimkan rentak ke seluruh desa
mengiringi anak-anak mahu mengaji

Anak-anak pergi mengaji
siap membawa kitab dan diri
surah-surah akan dibacanya
ingat selalu pesanan ibu
dengar kata guru
tambah berkat ilmu.

Anak-anak pergi mengaji
Rehal di pelukan dada
Surah tersimpan rahsia
Tawjid menemui harkatnya
Lisan mengungkap dahaga
Manusia kepada agama.

Anak-anak pergi mengaji
Bacaan diulang semula
Menekan bacaan sempurna
Apa jawapan bila sampai ke silap baca
Faham hukum dan beradab belajar

Anak-anak pergi mengaji
Membawa maghribnya dekat ke akal budi
Terusir bisikan tersembunyi
Malam ditutup pintunya
Tangguhkan jiwa yang gelora
Dengam musim mimpi
Melebar ke ekor dinihari

Esok dengan anak-anak
Pergi mengaji di madrasah sana
Ulangi bacaan yang sama.

Tuesday, March 18, 2008


Cinta Kepada Abad Baharu
(kepada perempuan-perempuan yang berjiwa besar)


Papa, restuilah izah dalam perjuangan ini
sekalipun deru menentang bersama ombak nan garang
tentulah papa amat menyenangi
perubahan ini, menentukan suasana baharu
pada tanah dan manusianya.

Papa jangan ragu usia muda
peluang ini untuk mengotakan janji di samping doa
mereka di pinggir perencanaan dan usaha
diri ini sudah pasti dengan kebenaran
di tangan waktunya.

Telah ditakdirkan kami, perempuan-perempuan ini
kesusahan adalah permulaan kesenangan
menelusuri watak-watak pelbagai bicaranya
derita pada ketika susah lebih menyenangkan
mengenal lemahnya pada diri sendiri.

Sama ada Onn, Ghandi, Mandela dan sebaris lain
pejuang sejati tidak mengenal diri mereka
kecuali dalam medan mencari luhur bangsa
papa meladeni kami setiap masa dengan ruh
dari zaman yang mencerahkan watak-watak besar itu.

Walau untuk seketika di dunia yang bernafas lagi
suami yang tercinta berikan restu
adinda berada di tengah mereka yang memerlukan
tiada lagi diri sendiri kerana segalanya
ditentukan dari suara yang mengharap perubahan.

Ibundalah yang membuktikan di lapangan ini
serikandi Khadijah r.a, Tun Fatimah, Buttho, Suu Kyi
dan sebaris yang lain menunjukkan keberanian
bukan hak mutlak lelaki
suara ini yang menghidupkan kebebasan kecil
lewat mereka yang kurang mengerti.

Harapan ini akan terus membuka lembar baru
ruang bukti setia perempuan tidak hanya pada lelaki
malah mengatasi dari cintanya terhadap tanah
dan manusiannya, bicara yang mengupas ego waktu
membelai dunia dengan kelembutan yang luar biasa

Tangan yang menghayun buaian
bisakah mengocang dunia ini
realitinya!