Saya kemukakan pandangan Datuk Hassan Ahmad berkaitan apa yang berlaku dalam pilihanraya baru-baru ini yang disiarkan dalam Utusan hari ini.
AKUI KESILAPAN
BANYAK orang, baik dari Barisan Nasional (BN) mahupun dari parti-parti Barisan Alternatif (BA) tidak menyangka dan terperanjat dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang baru selesai.
Mengapa tidak? Lima buah negeri dikuasai oleh BA dan di Parlimen kerajaan BN hanya mempunyai suara majoriti kecil, tidak lagi berjaya mengekalkan suara dua pertiga yang dikuasainya sejak pilihan raya pertama tahun 1955 (waktu itu BN masih dalam bentuk asalnya, iaitu Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti sahaja – UMNO, MCA dan MIC).
Paling memeranjatkan ialah kecundangnya Presiden MIC dan Presiden atau pemangku Presiden Gerakan dan kalahnya beberapa banyak pemimpin parti ini dan parti MCA, baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Parlimen.
Beberapa menteri UMNO juga kalah, iaitu Datuk Seri Zainuddin Maidin, Datuk Seri Aziz Shamsuddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kekalahan Shahrizat di tangan calon muda, Nurul Izzah, 27, mungkin tidak disangka oleh banyak orang, walaupun saya meramalkan kemenangan Nurul dengan alasan-alasan tertentu yang tidak perlu saya sebutkan di sini, kecuali alasan umum bahawa faktor Anwar Ibrahim memainkan peranan penting menangnya calon PKR itu.
Apabila saya meneliti calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding, baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), lebih-lebih lagi di peringkat Parlimen, saya sudah dapat meramalkan kekalahan tidak kurang daripada 30 calon.
Dua sebabnya yang utama ialah: Calon itu diketahui oleh banyak orang bahawa dia tidak cekap, tidak pandai, tidak berilmu, dan sering mementingkan kuasa dan darjatnya. Kedua, calon itu diketahui atau telah menjadi isu berhubung dengan perbuatan rasuah biarpun bukan dia yang melakukannya telah dipilih untuk bertanding.
Inilah contoh kesalahan dan ketidakpekaan moral dan budaya dalam pemilihan calon untuk bertanding.
Dan ketiga, calon itu sombong, suka bercakap besar atau bercakap sesuka hatinya, tidak menggunakan otak. Bandingkan dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, misalnya. Beliau berkata, lebih kurang begini: ‘‘Kita semua adikberadik. Lepas pilihan raya ini, kita lupakan perbezaan kaum dan bangsa. Kita adil dan menolong orang tidak kira bangsa. Inilah ajaran Islam.”
Menurut pandangan saya, jikalau orang yang lebih baik rekodnya dan diketahui oleh rakyat sebagai orang yang baik, tidak korup, dan jujur dipilih untuk bertanding (dan tidak melantik lebih kurang 30 orang yang kalah itu) besar kemungkinan mereka akan menang.
Selain itu, beberapa bulan menjelang pilihan raya, beberapa perkembangan serius dan buruk berlaku dan didedahkan kepada rakyat. Perkembangan ini cukup mempengaruhi sikap, kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap ‘kebersihan kerajaan’.
Antara perkembangan yang buruk itu didedahkan melalui kisah ‘pita video Lingam’. Berdasarkan segala cerita yang disampaikan kepada suruhanjaya yang meneliti kes ini, rakyat mengetahui betapa buruk dan dahsyatnya cara sistem keadilan di negara ini tunduk kepada kehendak dan permainan seorang peguam dan kehendak atau kepentingan tauke-tauke tertentu.
Ia sehinggakan keputusan pengadilan hakim ditulis oleh peguam bela kes tertentu, dan hakim berkenaan cuma membaca keputusan yang ditulis oleh peguam itu. Ini kisah yang dahsyat. Rakyat akan lebih takut untuk menghadap mahkamah!
Seorang calon Parlimen dari DAP, iaitu Gwo-Burne yang menjadi saksi utama dalam kes rakaman video V. K. Lingam itu menang di kawasan Kelana Jaya, mengalahkan calon BN, Datuk Lee Hwa Beng. Gwo-Burne terperanjat atas kemenangannya.
Hwa Beng juga terperanjat atas kekalahannya kepada ‘orang yang tidak terkenal’. Siapakah yang menang sebenarnya? Yang menang ialah rakyat. Yang kalah ialah sistem yang korup.
Tindakan kerajaan menentang dan ‘memecahkan’ kumpulan rakyat yang cuba menyampaikan suara atau apa-apa memorandum kepada kerajaan juga mempengaruhi sentimen rakyat terhadap kerajaan.
Memang ada kumpulan itu, misalnya Hindraf, agak melampau dan boleh menimbulkan huru-hara dan bantahan daripada kaum lain, terutama bangsa Melayu. Tetapi ‘rusuhan’ tidak akan berlaku jikalau pemimpin kerajaan menghadapi tuntutan mereka secara bijaksana dan mesra.
Kalau saya Perdana Menteri, saya akan mengajak pemimpin-pemimpin kumpulan itu datang ke pejabat atau ke rumah untuk berbincang sambil minum kopi. Saya akan mendengar apa masalah mereka, apa tuntutan mereka, secara tertutup.
Kalau munasabah dan benar, saya akan berjanji untuk menyelesaikannya; kalau melampau dan tidak benar dan salah, mereka akan diberitahu dengan baik supaya jangan melampau. Melalui proses musyawarah ini tentu akan lahir persefahaman, permuafakatan demi kepentingan negara dan rakyat tanpa mengira kepentingan kaum. Inilah cara Islam.
Akhirnya, pihak yang mendesak dan menuntut itu dan ini akan menjadi sahabat kita; mereka akan menghormati kita dan memahami pendirian dan dasar kita. Kita juga akan memahami masalah mereka. Amanlah. Tetapi kalau mereka berdegil dan terus melakukan tindakan yang melampau, barulah kita tentang dan cegah mereka. Tindakan kita itu pasti akan disokong oleh rakyat bahkan oleh kaum berkenaan.
Soal harga barang dan harga minyak naik, ini masalah yang memang biasa berlaku dalam sistem ekonomi kapitalisme atau ekonomi ‘pasaran bebas’ yang tidak dikawal secara sistematik dan adil oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Kita biasa mendengar kata-kata bahawa dalam sistem ekonomi pasaran bebas yang tidak dikawal oleh kerajaan secara moralnya, rakyat yang miskin akan bertambah miskin dan golongan yang kaya bertambah kaya. Saya menerima pesanan ringkas tidak berhenti-henti sampai saya naik bosan, yang menyamakan BN dengan ‘barang naik’.
Tuntutan
Bagaimanapun masalah harga barang ini dengan mudah dapat diselesaikan oleh kerajaan asalkan kerajaan tidak terlalu berserah kepada tuntutan pasaran dan perniagaan. Tidak ada negara di dunia, termasuk Amerika Syarikat, jaguh ‘pasaran bebas’ (konon!) yang membiarkan pasaran di negeri sendiri bergerak dan berkembang secara bebas tanpa kawalan awam sehingga sistem itu menjadi sistem penindasan atau eksploitatif dan monopolistik.
BN tentunya akan mengadakan post-mortem. Istilah ini mungkin tidak sesuai digunakan kerana post-mortem hanya dilakukan terhadap mayat, iaitu orang yang sudah mati. BN belum mati lagi.
Orang-orang BN, baik yang menang mahupun yang kalah dalam pilihan raya ini, semuanya masih hidup dan mereka tentunya tahu (kalau mereka benar-benar mahu berfikir secara rasional dan bijaksana) sebab-sebab dan faktor-faktor mengapa mereka mengalami kekalahan itu.
Mereka mesti memeriksa apakah silap budaya dan moral mereka, dan tidak hanya memeriksa apakah silap dasar mereka. Saya katakan demikian kerana dasar kerajaan BN, dalam bidang apa pun, baik ekonomi atau pendidikan atau bidang-bidang lain, boleh jadi baik – mungkin cukup baik – untuk negara pelbagai etnik, bahasa, budaya dan agama ini.
Tetapi ini tidak bererti bahawa dasar yang baik itu dilaksanakan dengan ‘cekap, bersih dan amanah’. Inilah punca segala masalah yang timbul dari dasar itu. Orang menyalahkan dasar, padahal yang salah ialah pelaksanaannya yang tidak adil dan tidak cekap. Misalnya, sistem kehakiman di negara ini baik, tidak salah.
Yang salah ialah para hakim yang tidak cekap, tidak jujur, tidak amanah, dan rasuah. Melantik orang yang tidak layak, tidak cekap dan tidak amanah untuk menjadi menteri, timbalan menteri dan ketua-ketua pegawai untuk melaksanakan dasar dan sistem yang baik.
Ini adalah salah satu punca utama mengapa dasar kerajaan sering tidak berjaya mencapai matlamatnya, dan sering menimbulkan masalah. Kadang-kadang dasar yang sudah baik diubah-ubah menurut kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan sendiri atau menurut sesuka hati orang yang berkuasa berbuat demikian, lalu timbul masalah baru yang lebih teruk.
Orang yang hendak melakukan proses memperbaiki diri sendiri hendaklah orang yang benar-benar tahu apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka dibenci, tidak dipercayai dan akhirnya ditolak oleh sebahagian besar rakyat negeri ini. Memang, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa selama ini Malaysia adalah negara yang ‘aman dan makmur’.
Rakyat Malaysia, terutama kaum yang kaya, mewah dan senang-lenang, patut bersyukur. Tetapi jangan kita bandingkan keadaan ini dengan negara yang tidak aman dan makmur seperti Iraq, Afghanistan dan beberapa banyak negara lain di Asia, Afrika dan di Amerika Selatan. Kalau Malaysia memang negara yang aman dan makmur – berkat pemerintahan kerajaan BN – mengapa pula dengan ‘tidak disangka-sangka’ rakyat menghukum kerajaan BN dengan memberi kuasa kepada parti pembangkang untuk memerintah di lima negeri dan melucutkan kuasa majoriti dua pertiga BN di Parlimen?
Kalau BN mahu melakukan proses pemeriksaan diri semula atau post-mortem, soalan inilah yang perlu dijawab dengan jujur, rasional, dan tidak menggunakan sentimen dan emosi dan alasan-alasan yang salah.
Kalau pemimpin berasa mereka bersalah atau bertanggungjawab, mengakulah kesalahan dan kesilapan itu. Tiada manusia, makhluk Allah, yang sempurna. Jikalau kita tidak tahu apakah kesalahan kita yang sebenarnya, atau tidak mahu mengaku kesalahan kita kerana ego, kerana lagak sombong, padahnya akan lebih dahsyat lagi empat tahun dari sekarang, iaitu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Kata pepatah Melayu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.
Sesal dahulu bermakna, menyesal dan mengaku akan kesalahan kita lebih dahulu lebih baik, yakni, beruntung, daripada tidak berasa kesal dahulu dan menanggung akibat buruknya kemudian.
Orang BN, khususnya orang UMNO, janganlah terus bercakap besar, mengutuk orang lain, berlagak sebagai tauke, tidak sebagai pejuang rakyat, seolah-olah merekalah sahaja yang benar dan betul. Orang lain tidak diberi peluang untuk membalas cakap-cakap mereka itu. Rakyat akan bertambah marah dan benci jikalau mereka melihat orang BN, khususnya UMNO, seolah-olah macam tidak serik-serik.
* DATUK DR. HASSAN AHMAD ialah bekas Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka, dan bekas Duta Malaysia ke UNESCO.
Tuesday, March 11, 2008
Monday, March 10, 2008
mangkuk pak nujum
mata pak nujum melihat
ke air jernih dalam mangkuk nasib
'apakah nasib kita kali ini pak nujum?' soalan sang jahil
katanya 'saya belum melihatnya dalam mangkuk ini'.
pak nujum berfikir mengapa mangkuknya
tidak menjelmakan maksudnya
agak lambat daripada biasa
mengapa?
keberatan. ya. mangkuk itu airnya jernih
'wahai air, tunjukkan apa yang berlaku?'
lalu air melakar warna dilihat juga sang jahil
sebuah kejutan daripada bentuk berbeza
apa mungkin ia berlaku
sekarang, sila curahkannya ke tempat lain.
benda aneh sedang berlaku..
mata pak nujum melihat
ke air jernih dalam mangkuk nasib
'apakah nasib kita kali ini pak nujum?' soalan sang jahil
katanya 'saya belum melihatnya dalam mangkuk ini'.
pak nujum berfikir mengapa mangkuknya
tidak menjelmakan maksudnya
agak lambat daripada biasa
mengapa?
keberatan. ya. mangkuk itu airnya jernih
'wahai air, tunjukkan apa yang berlaku?'
lalu air melakar warna dilihat juga sang jahil
sebuah kejutan daripada bentuk berbeza
apa mungkin ia berlaku
sekarang, sila curahkannya ke tempat lain.
benda aneh sedang berlaku..
Wednesday, March 05, 2008


mengingatkan chairil anwar yang berani memilih untuk hidupnya
sajak mana tahu
kata seseorang ‘mana tahu pilihanraya kita kali ini
tangan-tangan para pengundi bersetuju
untuk membantu mereka yang terpilih
mahu membantu mahu memaju
pilihanraya tentang pemilihan
mahu atau tidak kau diperlukan
tetapkan undimu dengan menggunakan akal
tangan
mana tahu pilihanraya kita kali ini
tangan-tangan itu akan membetulkan
ralat nasib bangsa kita
bukan rasuahnya, bukan mencurinya, bukan kumpul harta
soalnya yang lebih akar.
walau bukanlah pilihanraya ini
untuk membunuh masalah
di siang malam hilang punca
atau mulut emosional orang kita’.
Thursday, February 28, 2008

Pengganggu Mimpi
Sebuah van mengecoh
mereputkan tali mimpi tidur
bangunnya lambat
didakap puisi daripada belakang tubuh
membisikkan ke deria kantuk.
Sebuah van tidak dikenali
bising lagi di pagi pengap ini
dari bahasa yang tak difahami
memaksa isi rumah jiran menjawab panggilan hon.
Si jiran sedar agaknya
bangun oleh jerit pengganggu
bising mengasari di luar pagar
menceroboh alam kesenangan
yang lemah disalut baldu dingin
memuatkan mimpi tiada batas
ke lembut kasur bayi.
Kala jalan tar menghidu bau aneh daun
Batu-batu kecil menyimpan doa
Bahu jalan lembap sugul
menerbitkan keluwesan hidup di antara ubun waktu
Suara enjin menolak pintu sepi
kemudian megetuknya berulang kali dengan bimbang
pucuk waktu menerima kematangan.
Suara ku terganggu lagi
Isi van kecoh telah berlalu bertentang hala
Belakang badan terasa panas
dibekaskan mimpi ngeri dari kota rusuh
diri berfikir sebentar, apakah imej terakhir dilihat sebelum terjaga?.
Tuesday, February 05, 2008

Terkurung Dalam Dua Keadaan
Terkurung dalam dua keadaan;
hujan petang turun lebat
dan dalam bilik berhawa dingin.
Dari cermin aku dibisikkan basah tiang besi karat
Rumput di celah simen menyegarkan perihal waktu
Bersama angin memeluk diriku yang pencari.
Dari sini kurenung restoran mamak baru mengakhiri perhitungan harinya
Kenderaan disimbah dengan air basuhan percuma
Tiada yang berlegar dengan berpayung atau berlari mengenal air
Tapi ada hidup yang bertakung bergerak di simpang-siur takdir.
.
Masa, belum pandai menyimpan rahsia antara kita
aku pelupa selalu memerlukan waktu untuk bertemumu
hujan memadahkan pandangan peribadinya
menukarkan aspal petang ke satu kolam rawan.
Hujan petang ini diserukan kepada pusingan
Telah lama menantimu di saat aku memerhati gerak jam
Tiada kekurangan selain bertambah waktu untuk kuingat
Kejujuran mengumpul segala yang terawal
Tapi kejujuran juga yang mengatasi pilihan sekarang.
Agak sukar untuk bertemu di ruang dingin
Berikan aku waktu untuk melukis keindahan suram petang
Yang dicairkan hujan dan dilunturkan malam
Petang in mengubah pandanganku terhadap kejujuran sendiri
Tanpa lagi wajah kebenaran di sampingnya.
Kau bersedia untuk menyerahkan sesuatu
Cukup sesuatu yang boleh disimpan menjadi rahsia
dan tidak rahsia jika aku terus menuturkan di sini
waktu renyai hujan petang mengiringi batuk guruh sesekali.
Friday, January 18, 2008

Keluk waktu
Nota di meja kau tinggalkan sementara
bunga dalam pasu hadapan tingkapmu merenungmu
menghantar pengalaman luar biasa bukan maksud enigma
kau mengoyak hari-hari lalu ke bakul sampah yang sama
mahukan yang terbaik di setiap penjuru waktu
Gerak keluk waktu yang kau tidak boleh paksakan
Doa seorang ibu palestin meskipun belum dimakbulkan
sabar mendekatkan diri mereka pada memori yang bahagia
hingga langit mengenal suara yang mengetuk pintu permintaan.
Aku atau sesiapapun,
jangan paksakan semua akan berubah menjadi kenyataan
dalam keluk waktu yang hanya diberikan dua puluh empat jam
tunduk hari demi hari mengumpul abjad tentang dirimu
Dan jangan mahukan waktu mengikut kemahuanmu genap
Tidak, tidak selalunya seperti tahun-tahun dulu
Setiap yang datang diberikan ukiran pandangan
Atau sedikit bayangan tentang suatu yang seimbang.
Saturday, January 12, 2008

Menilai Buku Kulit Dan Isi
Ada yang berkata jangan menilai buku daripada kulitnya tapi daripada isi dalamnya. Ayat ini sendiri mempunyai pelbagai makna, tafsiran dan fungsi. Ia samalah dengan ungkapan atau kata-kata hikmah yang tidak memberikan satu maksud dan fungsi yang mujarad. Lantaran individu boleh meletakkan kewajaran makna mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan khalayak.
Setiap pembaca mempunyai citarasa yang tersendiri terhadap buku dan bahan bacaan memandangkan setiap daripadanya mempunyai kehendak dan matlamat di sebalik membaca sebuah buku. Selalunya terdapat pembaca yang melihat kulit buku berbanding isinya dan begitu jua ada yang lansung tidak mengendahkan kulit buku hanya mahukan atau menilai isi buku. Walaupun sukar untuk melihat kedua-dua golongan ini namun setiap peribadi mempunyai pandangan dan sebab masing-masing terhadap perkara ini.
Mungkin beberapa makna yang boleh disarankan melalui ungkapan tadi ;
- Isi dalaman lebih penting daripada luaran.
- Luaran tidak mengambarkan keseluruhan bahagian atau tentang buku.
- Kulit hanya perhiasan manakala dalamnya yang terdapat wawasan dan buah fikiran pengarang.
Apapun makna-makna tadi bersifat subjektif kerana setiap individu berhak memilih dan memberikan penilaian terhadap sesuatu bahan bacaan. Pemilihan antara kulit buku atau isinya tetap berdasarkan alasan individu pembaca.
Hari ini kulit sebuah buku secara umumnya merupakan satu daripada elemen penarik buku. Buku sentiasa dinilai dan diberikan tanggapan melalui kualiti berdasarkan cara buku tersebut dicetak dan dihasilkan. Terkadang pembeli senang terpedaya dengan kulit sebuah buku yang cantik namun mempunyai isi yang lama berulang dan tidak diperlukan lagi. Di sinilah terletakkannya kebijaksaan pembeli buku memilih bahan yang bersesuaian dengan kecenderungan dan keperluan.
Nilai komersial hari ini meletakkan harga pada peranan sebuah buku meskipun secara tradisinya sebuah buku lansung tidak pernah dinilai melalui kulitnya. Jika kita kembali kepada zaman yang silam yang mana buku dijual tidak mempunyai kulitnya yang cantik dan menarik. Zaman berubah dengan membawa beberapa pembaharuan yang dipaksakan demi persaingan yang lebih mencabar. Buku tidak terkecuali daripada proses perubahan ini.
Syarikat-syarkat yang menerbitkan buku mempunyai pertimbangan dan kaedah tersendiri bagi menghiasi kulit buku yang dicetak. Sebahagiannya begitu mementingkan aspek ilustrasi dan visual pada wajah buku dan ada juga sebahagian penerbit menghiasi sebuah buku dengan bersahaja dan tidak mempunyai ilustrasi yang menarik perhatian pembaca.
Mungkin ada pelbagai perspektif tentang ini namun jika kita lihat beberapa situasi berikut, sekiranya seorang pembaca yang amat tertarik pada visual, maka tarikan terawalnya adalah kepada corak, perhiasan dan ilustrasi sebuah buku. Kemungkinan ia mendorong individu itu berminat untuk membaca sebuah buku walaupun pada hakikatnya sebuah itu dibaca bukan untuk dilihat dan dijadikan perhiasan bagi si pembaca.
Manakala sesetengah orang memerlukan kepuasan dari segi pandangan atau penglihatan. Maksudnya daripada apa yang dilihat dan daripada apa yang dia tertarik. Pembaca tertarik pada gambar, tulisan dan lakaran yang cantik pada kulit sebuah buku mengikut kesesuaian dan citarasa. Kemungkinan golongan pembaca yang memilih kulit buku sebelum inti buku ini wujud.
Namun peranan kulit buku hanyalah sebagai bahagian yang memperkenalkan secara umum tentang buku. Perkara-perkara penting dicatatkan sebagai contoh judul, nama pengarang, penerbit dan tahun diterbitkan. Selain daripada maklumat pernting berikut adalah perhiasan dan hari kulit buku diindahkan dengan pelbagai visual dan ilustrasi yang menarik sehingga kulit sebuah buku sememangnya salah satu daripada seni yang mampu memberi kesan kepada pembaca dan pembeli.
Bagi seorang peminat buku, isi dalaman dan intipati yang ditulis adalah bahagian yang terpenting. Buku dapat dinikmati dengan membaca tulisan dan intipati pengarang dan terus mengajak pembaca berkomunikasi secara tidak lansung dengan pengarang. Kulit buku mungkin penting tapi yang lebih bermakna lagi adalah isi dalamannya. Penilaian sebenar adalah pada isi buku dan bukan bahagian yang lain.
Terdapat beberapa isu juga yang mana berkaitan dengan kulit buku yang cantik dan menarik namun tidak menggambarkan baik segi isi dalamannya. Dari segi lama atau baru sebuah buku yang dijual juga hal lain tapi saling berkaitan. Maka ada sesetengah peminat buku mencari buku yang telah lama diterbitkan, namun isi dan tulisannya masih segar dan bermanafaat. Terdapat juga buku yang cetak baru namun mempunyai isi yang lama dan tidak banyak membantu pembacaan.
Perkara ini mungkin terkecuali untuk pengarang-pengarang yang telah menempa nama dalam penulisan seperti karya-karya yang telah bestseller, karya pemenang anugerah dan buku-buku santai yang diminati oleh peminat-peminatnya.
Walaubagaimanapun pelbagai tip-tip boleh dikongsikan sesama teman pembaca atau teman sehobi berkaitan dengan cara menilai sebuah buku. Tapi yang nyata adalah setiap buku memiliki satu tarikan dengan sendirinya, bergantung kepada buku dan jenisnya yang ditentukan untuk golongan khalayak pembaca.
Penulis mempunyai keyakinan setiap pembaca mempunyai cara yang sendiri melihat buku dan menerimanya sebagai bahan bacaan yang bermanafaat dengan tanggapan sendiri. Namun sekiranya hobi individu itu adalah membaca dan mengumpul buku dengan wang saku sendiri, banyak pertimbangan dan cara memilih buku bukan saja melihat kulit yang cantik tetapi melihat dari segi isi dan pengarangnya. kriteria-kriteria ini lazimnya didapati apabila sebuah buku dibelek, dibuka dan dibaca blurbnya.
Seperti yang disebut oleh Datuk A. Samad Said tentang memilih buku yang mana tidak semua buku baik untuk dibaca walaupun banyak buku yang perlu dibaca. Waktu yang singkat perlu dimanafaatkan untuk memilih dengan bijaksana untuk membaca bahan yang sesuai begitu juga dengan membeli bahan bacaan yang memberikan kepuasan sebagai seorang pembaca.
Bahan bacaan tertentu menjadi pilihan yang sesuai untuk semua peringkat usia tetapi masih jadi tanda tanya bagaimana dengan kecenderungan masyarakat kita terhadap pembacaan buku-buku yang baik dan memberikan perkembangan minda. Bagaimana buku yang dikatakan baik dan yang manakah buku yang tidak membina minda?.
Buku yang bagaimana disarankan oleh pembaca untuk dibeli selain daripada buku-buku ‘wajib’ dibeli berdasarkan keperluan?. Soalan ini mampu dijawab oleh mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan buku. Namun ia juga boleh dijawab dengan rasional sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan terhadap bahan bacaan tertentu, soalan ini diiringi soalan lain, sama ada memilih sebuah buku harus pada kulit ataupun isinya?. Tampak macama suatu yang subjektif dan setiap pembaca mempunyai citarasa tersendiri menentukan sesuatu yang hendak dibacanya.
Wednesday, January 09, 2008

Manis Kopi
Isikan segelas air
Jika tiada gelas, cari di dapur ibu
Di atas para tua
Yang usang kian membisu
Sebiji gelas kecil
Tertinggal kuning kopi
Mengingatkanku seorang perempuan
Dalam rumah ini di saat ini
Memanggilku mesra, anak
Gelas itu diisi kopi manis
pada petang ini
Dan sekarang diisi angin payau
Kuhirup dengan senyumannya
Sampai petang tidak kehabisan
Mendengar cerita dan celotehnya
Manis semanis kopinya
Kini tekak hilang rasanya
Ku tersimpang jauh
Perempuan itu yang mesra menyebut
Anak, dari atas rumah lama
Hanya kuingat
Manis kopi di senja ini.
Friday, November 30, 2007

Masa dan kawan
Kawan mendekati dirimu dengan persetujuan
Yang tidak sangsi dan selalu menepati janji-janji
Mahu melaluinya dengan satu suara dan satu rasa
Rasa yang terlalu indah jika diungkap kepada lalang
Rasa yang terlalu salju jika dipulangkan kepada musim sejuk
Rasa yang terlalu akrab jika ditanam di bawah pohon ru
Kerana kawan berrahsia dengan tanpa dipersetujui bersama
Maka indahnya rasa di sanubari setiap dari yang punyai kawan
Tidak pada tulisan, pertuturan harian atau dalam senda-gurau
Di dalamnya terlalu pantas untuk gasing menandinginya
Terlalu perlahan untuk kura-kura mencapai tempat tujunya
Di antara persetujuan yang sederhana antara bumi dan langit
Awan kawan yang menyerlahkan warna cita-cita kasih
Mendekatkan semua kehidupan antara yang nyata dan tiada
Dan burung merungkai kepenatannya dengan pulang
Ke sarang setelah malam puas berlibur dengan kawan
Tiada kupu-kupu menjelma daripada bunga yang kudus
Pabila temannya memaknakan rasa di sekitar taman saudara
Tidak meninggalkan bau amarah atau berdosa terhadap
Kawan-kawannya yang setia mengadu cerita masa-masa riang
Tiada rasa sangsi atau khianat yang bertelingkah
Membentuk kepalsuan dan keinginan diri sendiri
Kawan atau sahabat menjauhi semua yang bisa meleraikan
Tiada dinding menjadi batasan pertemuan
Tiada kejauhan yang menghilangkan semua kenangan
Kerana kawan atau sahabat bertemu dan dipertemuakan
Atas takdir Tuhan yang Maha Menemankan.
Thursday, November 29, 2007

bahagaian 1-keluarga bintang?
Semalam emak dan ayah mengajakku ke rumah ibu saudara yang sedang sakit, mak alang. Kami gembira dapat juga bercuti sekolah semacam ini bertemua dan menziarahi saudara-mara yang terdekat. sudah sebulan lebih kurang emak tidak menziarahi kakaknya. Sekarang mak alang tidak berapa sihat dan cergas seperti dahulu setelah masalah kesihatan yang dihadapinya. Mak alang dijaga oleh anak perempuannya iaitu kak eda.
Yang seronoknya dapat menjenguk sekaligus ayah pula mahu bertemu dengan kau kerabatnya yang tinggal di Bidor. Semacam menjejak semula hubungan kekeluargaan @ silaturahim. Kata ayah lebih daripada 30 tahun sudah tidak berjumap dengan saudara. Antara Bidor dengan BT 20 tidaklah jauh sangat. Tetapi takdir telah menentukan. Perpisahan masa yang agak melupakan ikatan boleh mengheret seseorang mengingat semula kepada persaudaraan darah zaman silam yang amat nyata. Kta ayah hubungan Yang dan opah kami memang sepupu. Mak kepada opah (arwah) dan mak kepada Yang (nama sepupu ayah) adalah adik-beradik.
Kami tiba di market Tapah, yang disebelahnya sebuah kedai runcit Nurain merupakan kedai hasil perniagaan anak keluarga Yang. Daripada situ ayah menjejak pula keluarga Yang. Sebenarya mestipun Bidor dan Bt 20 tidalah jauh, tapi segi kemungkinan dan kemampuan yang terbatas maka memang hubungan kekeluargaan boleh saja terputus. Ayah bukan sengaja tidak mahu mencari tetapi keadaan ayah dan kemampuannya tidak ada maka baharulah sekarang ayah mampu mencari.
Agak janggal kerana pertemuan ini setelah berpuluh tahun lamanya terpisah tetapi kejanggalan mudah-mudah terhindar dengan banyak syakwasangka buruk. Pertemuan setelah sekian lama sebenarnya lebih memberikan erti kepada ayah dan keluarga kerana persaudaraan darah daging ini tidak mungkin sebegitu saja atau dikongkongi oleh sesuatu masa saja.
Bagi ayah dan adik-beradik ayah, menjaga keluarga dan ingatan terhadapnya penting. Saya rasa begitu prihatinnnya adat orang Perak terhadap hubungan keluarga. Memang dariapda cerita lisan ayah keluarga arwah atuk dan nenek sebelah ayah dan sebelah ibu (daripada cerita mak) snagat menarik dan memang tidak disangka sebegitu ceritanya. Saya sendiri sering mendengar cerita hal ehwal keluarga dari ayah atau mak memandangkan ayah dan mak mendidik saya dan adik-beradik lain dalam suasana kampung.
Kampung seperti dulu, suasananhya amat tenag dan harmoni. Jalinan antara sesebuah keluarga dengan keluarga yang lain amat baik. Tidak hairan keakraban antara mereka begitu menarik orang muda seperti saya. pabila mendengar sembang, ingatan dan kenangan cerita daripada ayah dan anak kepada Yang iaiti amkcik Hindun memang menarik perhatian saya. Saya terbayang tahun-tahun 70-an seakan sebuah filem hitam putih sedang dimainkan di hadapan saya.
Terfikir dan tertanpan saya lintasan rasa seolah-olah keunikan sesebuah keluarga manusia ini tidak dapat diceritakan daripada awal hingga ke ahirnya, Ia bermual dengan satu perkataan sehingga menjadi kisah panjang yang mungkin terlalu lama untuk didengar satu persatu. Kisah keluarga berbaur antara gembira, ceria, dukalara, kecewa, jujur, dendam, prihatin, simoati dan sebagainya.
Cerita ayah pula seolah kuat- daripada sekeping kad jemputan kahwin iaitu anak kepada opah Yang iaitu .....saya cepat saja lupa, tahun 1974. kad itu masih disimpan dengan baik oleh ayah, saya juag dapat tengok sendiri kad jemputan kahwin tahun 1974. Alangkah bersejarahnya dipenuhi momen-momen klasik berwarna hitam putih. Saya dapat melihat latar tempat dan masa tahun 1970-an dan seblumnya mungkin 1960-an di mana di Tapah Road atau Tapah tempat atuk sebelah mak berniaga makanan macam stay, mee rebus dan macam-macam lagi di sana dan wujudnya pasar malan pertama di Tapah Road tempat mula berniaga keluarga Yang. Menurut ceritanya pasar malam itu pada permualaannya dianggapa sebahagian orang tidak baik atau tempat untuk buatr maksiat, tapi sebenarnya hanya tempat untuk mencari rezeki. Ternyata kemudiannya ia menjadi tempat ramai orang Melayu berniaga dan mencari rezeki.
Atuk sebelah mak pula berniaga orangnya selain seorang bomoh. maka anak-anaknya lah yang sebahagian besarnya perempuan membantu atuk di kedai makannnya. Kata mak dulu berniaga makan tidak banyakpun untungnya.
Wednesday, November 21, 2007
Sunday, November 18, 2007

Jualan Buku Ekonomi
Janjinya saya perlu berada di Jalan Templer selepas bertolak daripada Teluk Intan. Saya sempat berada di stesen komuter Jalan Templer lebih kurang jam 12.30 tengahari. Samapi stesen komuter yang amat berbeza daripada stesen komuter yang saya pernah sampai, tiada kaunter yang dibuka dan tiada manusia kecuali bebrapa orang. Kawasan yang berhampiran perumahan yang penuh lalang dan sebagainya malah mesin untuk melalui atau keluar daripada stesen itu dengan mengikut sistem biasa sudah uzur mungkin dikerjakan pengiat vendalisme.
Tiba di tempat yang asing saya memilih untuk berjalan kaki arah yang saya tidak pasti jalan keluarnya, hanya panduan saya mengikut seorang tua yang keluar daripada komuter tadi, yang dari KL Sentral. Barangkali dia sendiri bukan daripada Kl Sentral. Memang kawasan berdekatan tiada bayang teksi atau bas, melainkan rumah-rumah yang seakan berhimpitan ditumbuhi sedikit semak lalang agak liar.
Saya mengikut hati dan kaki sendiri. Saya berjalan di bawah terik mentari yang sedia memanaskan aspal. MAlah kereta yang berpapasan begitu garang dan pantas. Saya tidak pasti ke mana haluan saya tapi berpandukan Sagn board yang agak membantu, saya rasa saya perlu menunggu di tempat menunggu bas yang jauhnya barangkali 50 meter daripada tempat keluar perumahan berhimpit tadi.
Saya tahn sebuah teksi dan seorang uncle berbangsa India pemandunya, dan saya sebut Pearson Education Malaysia, dan dia seperti tidak pernah mendengar destinasi saya itu. Apa boleh buat, mujur saya sudah cetak peta yang diharap dapat menunjukkan jalan saya nanti. Dan mujur peta jalan yang seringkas peta dalam kad jemputan kahwin itu dimengerti oleh uncle tadi. Mujur benar. Dia kata dia boleh bawa ke situ.
Saya bertanya uncle itu sudah lamakah memandu teksi selepas dia bertanya dari mana datangnya saya. Kata uncle, sudah lama dan sudah lama duduk di kl. Dia kata memandu teksi membuatnya sakit pinggang dan agak sukar untuk membuang air kecil. Dua masalah ini mungkin kurang dirasai oleh pemandu teksi muda, lantas saya teringat saudara saya yang ada seorang muda daripada saya bekerja sebagai pemandu teksi.
Kami sampai ke bulatan yang kemudian membelok ke kiri. Ini jalan 215 kata uncle itu kepada saya. Teksi berjalan perlahan. Dari pemerhatian saya tempat ini tempat kilang-kilang perindustraian. Saya kata mungkin di hujung jalan ini tempatnya, dan dia meminta saya perhatikan tempat dan bangunannya kerana uncle sendiri kurang mampu melihat tulisan.
Memang di hujung jalan ada sebuah bangunan tertulis Pearson Education Sdn Bhd, mujur saya ternampak. teksi berhenti dan sayapun turun. Dengan mungkin harga teksi yang saya kira patut dan bantuan uncle tadi, selain layanannya yang memuaskan saya jua sampai di tempat dituju, ah alangkah ajaibnya rasa, tidak pernahpun menjejak kaki ke tempat serupa ini.
Tapi yang pasti saya sudah memasuki ke gedung, yang dibuat dari plastik khemah, dan ramai orang sedang sibuk memilih buku-buku di sana di sisi. KAdang-kadang saya menhadapi kesukaran untuk berjalan. Saya tidak pasti jenis buku macam mana yang saya mahu beli tapi saya perhatikan setiap bahagian dan mula memilih buku, membelek dan meninjau-ninjau buku yang boleh dibawa pulang.
Kamus ada dijual dengan harga RM5 dan yang lebih tebal dan besar RM8. Buku-buku kanak-kanak juga banyak yang berkulit tebal atau nipis, buku-buku fiksi juag banyak. Buku pertama yang menarik untuk saya pegang ialag Emma karya Jane Austen. Sebuah karya klasik. Harganya RM4 cetakan 2007, terbaharu. Ramai yang meninjau-ninjau buku membawa kotak untuk diletakkan buku dalamnya, ramai juga saya tengok kotaknya sudah penuh dan dikendongnya ke sana-ke mari sambil mencari buku.
Saya juag mencari kotak untuk mengisi buku dan saya mula dengan kawasan yang ada buku fiksyen. Ternyata buku fiksyen memang paling banyak dijual dengan harga RM1o, RM12 atau Rm15. Yang klasik agaknya bawah RM10. Ynag terbaru mung dalam 3 jenis harga tadi. MAhu tau mahu memang saya tersenyum dengan harga-harga buku di sini, sebab harganya mung kita kata durian runtuh. Saya yang agak biasa ke Kinokuniya, MPH atau Borders tidak pernah tergambar akan ada jualan sebegini. Harga yang murah dan kualiti buku yang tidak terlalu teruk.
Tidak hairanlah buku-bukunya begitu diborong oleh peminat buku yang berkunjung di sini. Budget saya hanya sekitar RM100 maka saya hanya dapat 11 buah buku yang saya kira belum ada dalam simpanan saya. 11 buah buku sebahagiannya dari penulis pernah memenangi hadiah menulis novel, ada karya klasik Emma dan novel Leo Tolstoy (The Death of Ivan Ilych And Other Stories). Itupun budjet saya terlebih sedikit.
Saya beredar daripada Pearson dengan disapa seorang perempuan yang mungkin 30-an, tanyanya murah ke?. Saya tidak tahu menjawabnya, sama ada ya atau tidak, dan dia sekadar senyum.
Friday, November 09, 2007





Buku Tetamu 2
Tetamu-tetamu saya benar-benar membawa ketenangan kepada tuan rumahnya. Saya tidak memilih tetapi barangkali mereka yang memilih saya. Kini saya ditemani dan diziarahi tapi belum tahu sejauh mana saya akan mengenali mereka. Adakah sekadar pertemuan yang sebentar atau dialog panjang yang memakan waktu yang lama. Mungkin ruang perkenalan bermula dari sini, dengan mulai bicara soal-soal lebih matang. Terima kasih sebab hadir, tetamu buku....
- Menabur pesan ilahi - AlQuran dan dinamika kehidupan masyarakat (Dr. M. Quraish Shihab)
-Filsafat Hikmah - Pengantar Pemikiran Shadra. (Murthadha Muthahhari)
-My Name Is Light (Elsa Osorio)terjemahan dalam bahasa Indonesia
-Filsafat Nietzsche (Gilles Deleuze)terjemahan dalam bahasa Indonesia
- ke mana dengan Islam (Syed Husein Alatas)
- Perbadi (HAmka)
-Bohong Di Dunia (Hamka)
-Apa itu Ilmu Sains (Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah)
Thursday, November 08, 2007
Tuesday, November 06, 2007
Buku tetamu





Sudah beberapa hari saya disibukkan dengan kehadiran tetamu-tetamu baharu malah tidak lagi bergelar tetamu. Saya maksudkan adalah buku-buku baru yang dibeli daripada tempat dan cara. Pada mulanya saya begitu begitu bosan memandang selepas sahaja menyambut hari saya, banyak perkara membuatkan saya terlalu sunyi.
Situasi kembali menuntut saja menjadi seorang yang cermat dengan masa. Jadi saya tidak fikir dengan hanya duduk dan pergi balik kerja dapat menenangkan diri. Lalu dengan kemampuan yang ada, saya membeli beberapa buah buku untuk menambah seri hari-hari saya.
Antara buku-buku tersebut;
-Manikam Kalbu (Faisal Tehrani)
Pemenang Pertama Peraduan Sempena Jubli Emas DBP, Kategori Remaja
-Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani)
Pemenang Pertama Peraduan Sempena Jubli Emas DBP, Kategori Umum
-Mahabbah (Shahnon Ahmad)
Pemenang Ketiga Peraduan Sempena Jubli Emas DBP, Kategori Umum
-Kutukan Dari LAngit (Arenawati)
-Sudara (Arenawati)
-Falsafah Ketuhanan (HAmka)
-Wawawsan Al-Quran (M. Quraish Shihab)
-Di Bawah NAungan Cinta (ibn Hazm)
-Big Breasts And Wide Hips (Mo YAn)
-Derrida ( Muhammad Al-Fayyadl)
-Apakah Sejarah (E.H Carr)
-Perkembangan Pemikiran Filsafat Dari Klasik Hingga Modern (Dr. M. Solihin)
-Hermeneutika Kontemporer (Josef Bleicher)
-Kamus Istimewa (Abdullah hussain)
-Buku dan Pendididkan (Abdul Razaq ahmad & Shahrom TM Sulaiman)
-Perpustakaan dan Pusat Sumber Dinamisme dan Revelensi ( Shahrom TM Sulaiman)
-Budaya Yang Tercabar (Shamsul Amri Baharudin)
-Ali Syari'ati Biografi Politik Intelektual Revolusioner (Ali Rahnema)
-A Gentle Madness: Bibliophiles, Bibliomanes, and the Eternal Passion for Books
(Nicholas A. Basbanes)
-Pembaratan Pemerintan Johor ( Rahimah Abdul Aziz)
-Sangeetha (Azizi Hj. Abdullah)
-Teater Melayu Suatu Risalah Pemikiran Melayu (Kamaluddin Abdul Rahman)
-Puisi-Puisi Syeikh Ahmad al-Fatani (Wan Mohd. Shaghir Abdullah)
-Kumpulan Esei dan Kritikan Filem (Anuar Nor Arai)
Untuk beberapa hari ini saya masih lagi ditemani dengan buku-buku ini. Jika tidak mendampingi dan meladeninya, saya mungkin membeleknya. Entahlah, untuk beberapa hari lagi buku apa pula yang bakal tiba untuk saya baca...





Sudah beberapa hari saya disibukkan dengan kehadiran tetamu-tetamu baharu malah tidak lagi bergelar tetamu. Saya maksudkan adalah buku-buku baru yang dibeli daripada tempat dan cara. Pada mulanya saya begitu begitu bosan memandang selepas sahaja menyambut hari saya, banyak perkara membuatkan saya terlalu sunyi.
Situasi kembali menuntut saja menjadi seorang yang cermat dengan masa. Jadi saya tidak fikir dengan hanya duduk dan pergi balik kerja dapat menenangkan diri. Lalu dengan kemampuan yang ada, saya membeli beberapa buah buku untuk menambah seri hari-hari saya.
Antara buku-buku tersebut;
-Manikam Kalbu (Faisal Tehrani)
Pemenang Pertama Peraduan Sempena Jubli Emas DBP, Kategori Remaja
-Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani)
Pemenang Pertama Peraduan Sempena Jubli Emas DBP, Kategori Umum
-Mahabbah (Shahnon Ahmad)
Pemenang Ketiga Peraduan Sempena Jubli Emas DBP, Kategori Umum
-Kutukan Dari LAngit (Arenawati)
-Sudara (Arenawati)
-Falsafah Ketuhanan (HAmka)
-Wawawsan Al-Quran (M. Quraish Shihab)
-Di Bawah NAungan Cinta (ibn Hazm)
-Big Breasts And Wide Hips (Mo YAn)
-Derrida ( Muhammad Al-Fayyadl)
-Apakah Sejarah (E.H Carr)
-Perkembangan Pemikiran Filsafat Dari Klasik Hingga Modern (Dr. M. Solihin)
-Hermeneutika Kontemporer (Josef Bleicher)
-Kamus Istimewa (Abdullah hussain)
-Buku dan Pendididkan (Abdul Razaq ahmad & Shahrom TM Sulaiman)
-Perpustakaan dan Pusat Sumber Dinamisme dan Revelensi ( Shahrom TM Sulaiman)
-Budaya Yang Tercabar (Shamsul Amri Baharudin)
-Ali Syari'ati Biografi Politik Intelektual Revolusioner (Ali Rahnema)
-A Gentle Madness: Bibliophiles, Bibliomanes, and the Eternal Passion for Books
(Nicholas A. Basbanes)
-Pembaratan Pemerintan Johor ( Rahimah Abdul Aziz)
-Sangeetha (Azizi Hj. Abdullah)
-Teater Melayu Suatu Risalah Pemikiran Melayu (Kamaluddin Abdul Rahman)
-Puisi-Puisi Syeikh Ahmad al-Fatani (Wan Mohd. Shaghir Abdullah)
-Kumpulan Esei dan Kritikan Filem (Anuar Nor Arai)
Untuk beberapa hari ini saya masih lagi ditemani dengan buku-buku ini. Jika tidak mendampingi dan meladeninya, saya mungkin membeleknya. Entahlah, untuk beberapa hari lagi buku apa pula yang bakal tiba untuk saya baca...
Friday, September 21, 2007
setiap detik bermulanya hidup...
hari baharu dalam hidup remaja
belum diusik bola matari
yang digambarkan mencabar
selalunya ada yang menyeronokkan dari yang diresahkan
mungkin bukan tentang rutin kerja yang kaku
mengongkong suara hati
yang menyokong satu arah
selalunya aku berubah
menjadi seorang yang leka dengan dunia sendiri
membaca, belajar dan mengajar
sesudah itu kembali ke rumah mimpi
memutarkan pandangan
yang telah sedia kosong
selalunya aku menjadi seorang yang begitu keras
dengan pandangan jitu
sehelai daun nan gugur depan taman
mengajakku memandang tiap detik hidup
punya bacaannya yang tersendiri
dengan suara orang atau peribadi
dan setiap detik itu merenungi kedewasaan
tanpa disedar nama, cita-cita dan pandangan hidup
bisa berubah penuh rela
setiap detik batasannya tidak lagi bersuara.
hari baharu dalam hidup remaja
belum diusik bola matari
yang digambarkan mencabar
selalunya ada yang menyeronokkan dari yang diresahkan
mungkin bukan tentang rutin kerja yang kaku
mengongkong suara hati
yang menyokong satu arah
selalunya aku berubah
menjadi seorang yang leka dengan dunia sendiri
membaca, belajar dan mengajar
sesudah itu kembali ke rumah mimpi
memutarkan pandangan
yang telah sedia kosong
selalunya aku menjadi seorang yang begitu keras
dengan pandangan jitu
sehelai daun nan gugur depan taman
mengajakku memandang tiap detik hidup
punya bacaannya yang tersendiri
dengan suara orang atau peribadi
dan setiap detik itu merenungi kedewasaan
tanpa disedar nama, cita-cita dan pandangan hidup
bisa berubah penuh rela
setiap detik batasannya tidak lagi bersuara.
Wednesday, September 05, 2007

dipinjam: www.supernanny.co.uk/Images/content/uploads/b...
erti kedewasaan
mana diri sebelum ini
dengan buku-buku sekolah dan jadual padat
dari gelap subuh hingga sepi malam
semuanya makin berkurang setelah
bertambah naluri memahami sekitar diri
kawan-kawan yang rajin dan malas
guru-guru yang tegas dan bersikap lebih kurang
mana dia petanda perubahan diri?
mungkin jadual esok perlu disusun sendiri
peranan jadual bukan lagi terikat pada diri
ayuh mengerti tentang kedewasaan,
mempelajari inti kehidupan yang bebas dan terbatas
kemenangan, kealahan dan kebuntuan
diari seorang lelaki dan seorang perempuan
jadual seorang pelajar atau seorang anak
malam tidak sama dengan siang
ada musim menyemai keceriaan
ada musim menghitung kebimbangan
ada puisi sedih dan kecewa
ada puisi tabah dan berusaha
tidak mudah untuk mencari diri
di sebalik sejarah lalu orang lain
yang selalu terbuka dengan kepetahan berbicara
bagi burung pagi menyiul erti kehidupan
setiap peringkat ini bagai lorong permulaan
asas-asas utama mengukuh jadi pedoman
di sisi diri pendirian dan keputusan
sepenuh terpandu akal dan jiwa yang tenang
mengerti masa muda peluang dan cabaran
menguji lestari bakat dan cita tehadap masa depan.
Saturday, September 01, 2007

laut
sajak tidak siap
laut itu di depan mata dengan segala senyuman
menenangkan mata yang memandang
bayu angin melepas jauh burung-burung
selepas dipegang beberapa ketika
deras ombak membuih di kaki pantai
dan air laut itu kain membuka dirinya kepada
seorang yang sunyi
melimpah ke pasir coklat
memanjat ke pantai darat
menenggelamkan batu-batu rawan di tiap sudut khayal
meminta bahasanya diikuti dan difahami
'jangan terus pergi'
terus-terusan melimpah ke pohon
kemudian menarik diri dari terus menguasai suasana
mengajak diri menghayati keindahan maya
stidak ramai dapat merasainya mengalaminya
diheret ke dalam dasar rahimnya
mencari lorong tenang
semangat laut itu begitu besar
sehingga dalam dasarnya terkumpul segala nyawa
hidupan dan adat yang dipelajari
hanya dibenarkan kesempatan
Wednesday, August 15, 2007
suara diri
rupanya hari ini bertarikh 15 ogos
aku hampir terlupa beberapa perkara
sebelum menjadi begitu ghairah beberapa perkara
aku memelihara waktu yang sebetulnya bukan milikku
aku tetap ingat kenyataan ini
barangkali aku juga terus menjadi peragu
dengan apa yang dilakukan
ketika di depan orang atau di belakang, sendirian
mungkin membentuk diri saat berada
bersama orang dan sendirian
saling bertentangan prinsip dan adabnya
aku mencari juga mana-mana tempat yang boleh
aku duduk dan termenung, menenangkan kebimbangan
sebaliknya kadang-kadang kesunyian dan kesemuan
berbentuk patung di antara gedung pakaian yang sepi
sudah 26 tahun hidup berdiri atas tiket manusia
aku masih menerima dan memberi waktu
dalam jadual yang tiada siapa mengganggu
aku menulis, membaca, menyanyi, berfikir,
menonton cerita dan melakukan sesuatu buat diri
hingga semuanya kian sempurna
sesungguhnya kesempurnaan atau kamal itu
begitu halus dalam waktu menanam cita
di tengah malam yang dingin
sudah............setakat ini
rupanya hari ini bertarikh 15 ogos
aku hampir terlupa beberapa perkara
sebelum menjadi begitu ghairah beberapa perkara
aku memelihara waktu yang sebetulnya bukan milikku
aku tetap ingat kenyataan ini
barangkali aku juga terus menjadi peragu
dengan apa yang dilakukan
ketika di depan orang atau di belakang, sendirian
mungkin membentuk diri saat berada
bersama orang dan sendirian
saling bertentangan prinsip dan adabnya
aku mencari juga mana-mana tempat yang boleh
aku duduk dan termenung, menenangkan kebimbangan
sebaliknya kadang-kadang kesunyian dan kesemuan
berbentuk patung di antara gedung pakaian yang sepi
sudah 26 tahun hidup berdiri atas tiket manusia
aku masih menerima dan memberi waktu
dalam jadual yang tiada siapa mengganggu
aku menulis, membaca, menyanyi, berfikir,
menonton cerita dan melakukan sesuatu buat diri
hingga semuanya kian sempurna
sesungguhnya kesempurnaan atau kamal itu
begitu halus dalam waktu menanam cita
di tengah malam yang dingin
sudah............setakat ini
Monday, August 13, 2007

Sastera menafsir manusia.
Sastera adalah realiti sebenar manusia. Manusia berwajah tenang, garang dan buruk. Manakala sastera menyimpan cerita manusia dan sebahagian besar mencatat tindak tanduk dan peribadi manusia. Sastera pula tidak mungkin ditulis tanpa ada kebenaran cerita, watak, psikologi, sejarah, peristiwa, episod, idea dan sebagainya yang amat akrab dengan manusia. Oleh itu sastera dan manusia adalah satu sebatian yang paling ideal.
Riwayat manusia diceritakan semula dalam banyak karya sastera tidak kira melalui puisi atau prosa. Sang penulis mengambil manusia dan dihidupkan atau dijasadnyawakan dalam karya sastera. Dibangunkan sahsiah, pemikiran, idea dan gagasannya sehinggalah perkara-perkara yang penting dan remeh itu melengkapkan sebuah cerita yang panjang atau pendek untuk dibaca oleh manusia. Yang paling pokok, ia ditulis bukan sekadar untuk menghiburkan sahaja tetapi memenuhi tuntutan dan tujuan yang tertentu.
Cerita yang paling terbaik mungkin hanya didapati daripada manusia sendiri. Pengalaman manusia itu amat berharga. Perasaan manusia yang menghadapi susah senang kehidupan juga paling ‘benar’ dalam erti kata sebuah cerita. Walaupun sebuah cerita boleh direka dan disusun mengikut tujuan, selera dan pandangan hidup namun cerita yang paling diketahui adalah cerita yang paling senang untuk diceritakan semula, atau dijadikan karya. Sebagai contoh, seorang ulama besar yang pernah dipenjara oleh seorang pemimpin besar dan ketika kematian pemimpin itu, ulama ini menerima jemputan untuk mengimamkan solat jenazah pemimpin itu, yang pernah menzaliminya. Lalu beliau menerimanya dengan hati yang terbuka jemputan itu. Ini merupakan salah satu cerita yang paling ‘benar’ dalam kehidupan namun jarang benar ‘disasterakan’. Mungkin disebabkan penulis tidak berani dengan cerita yang benar-benar berlaku atau tidak berani menangani cerita yang mempunyai pertalian dengan sejarah politik sesebuah negara. Ataupun kisahnya saja amat payah untuk dijadikan sastera.
Kata orang bijaksana, manusia dilihat pada tingkah lakunya. Akal manusia pada sikapnya. Tuturkata melambangkan pemikiran seseorang itu. Begitu juga, akhlaq yang dipuji bermula dengan hati yang baik. Manusia sendiri adalah penyelaras bahagian-bahagian penting ini. Sesudah manusia diberikan akal, hati dan kata-kata mereka jugalah diciptakan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Manusia bertanggungjawab ke atas apa yang lakukan.. Setiap darinya mewakili mansuia dalam menentukan suatu keputusan.
Manusia tidak dapat lari dari kenyataan. Kenyataan yang amat mudah disebut apa yang berlaku sekeliling kita. Manusia selalu merenung, mengambil tahu, mengikuti dan memahami realiti yang berlaku. Kenyataan ini yang mempengeraruhi pemikiran dan sikap manusia dari segi positif dan negatifnya.
Manusia juga tidak boleh hidup berdiam diri kerana hakikatnya memerlukan pengehtahuan iaitu dengan cara belajar. Pendidikan menjadi asas kepada pembentukan peribadi manusia. Dia yang memilih untuk menjadi insan Melayu Glokal atau tidak. Dia memilih untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang atau tidak dengan pendidikan yang dikecapi. Dengan pendidikan juga, dia yang mencari kehidupannya yang lebih sempurna. Oleh itu manusia sendiri sering menggumpamakan ilmu sebagai buah yang dihasilkan melalui pohon yang disemai rapi, dijaga dan dibaja dengan baik.
Manusia juga tidak dapat lari daripada pengalaman peribadi yang membentuk keputusan manusia itu. Dia mempelajari alam ini dan bergaul dengan manusia yang dipilihnya menjadi kawan. Jadi manausia sememangnya memerlukan pengalaman luar dan pergaulan rakan. Natijahnya ialah iktibar dan kenangan. Manusia menyimpan iktibar dari pengalaman dan manusia memegang kenangan daripada persahabatan.
Justeru, ada apa pada sastera yang hanya sekadar contengan tulisan, atau kata-kata yang disusun molek pada kertas-kertas, kemudian dijilid menjadi buku. Sedangkan manusia sendiri tidak perlukan sastera untuk menjawab semua persoalan yang dihadapi manusia atau ingin memanusiakan dirinya dengan cara sastera. Sebaliknya manusia lebih perlukan duit untuk menyelesaikan masalah. Manusia lebih perlukan kaunseling untuk mengrungkai masalah peribadi dan sebagainya. Lalu ada apa pada sastera yang hanya diajarkan di sekolah-sekolah dan diadakan dalam satu-satu aktiviti membaca sajak contohnya hanya untuk mengisi waktu yang tersisa.
Sastera tidak menjamin kejayaan maupun masa depan. Manusia sendiri kecewa dengan sastera kerana tidak memulangkan hasil yang sepatutnya. Namun manusia cepat lupa bahawa sastera sememangnya bukan untuk mencari duit, tempat menyelesaikan masalah dan sebagainya. Kerana tidak ada apapun pada sastera yang boleh diharapkn dan jika disempitkan sedikit, iaitu pada novel tatu sebuah sajak yang hanya panjangnya 10 baris.
Penulis sendiri merasakan tidak ada banyak faedahnya jika berfikir dengan cara berfikrian tertutup. Tidak juga untuk mendapat satu keputusan yang baik, jika hanya pandai mengeluh tentang ada apa pada sastera.
Manusia lupa pada sejarah agaknya, iaitu atuk nenek atau leluhur manusia adalah manusia yang memang menggunakan sastera dan dijadikan sebahagian dari kehidupan. Leluhur manusia menggunakan pantun dalam menyatakan tujuan-tujuan tertentu. Manusia perlu berhibur dengan cara menyanyi atau mendengar cerita, hakikitnya itulah jasa sastera pada manusia. Manusia perlukan sesuatu untuk menaikkan semangat dan pengajaran dalam kehidupan, lalu sasteralah tempat yang sesuai dapat dirujuk. Manusia perlukan sasetra untuk menyuburkan nilai positif selain menyemai daya kreativiti.
Maka terjawablah manusia sememangnya realiti dalam sastera itu sendiri. Hari ini manusia seringkali mencari idealistik dalam hidup. Hampir kesemuanya dilontarkan lewat sastera pada sajak, puisi, gurindam dan cerita. Semacam satu kesan amarah pual, apapun itu salah satu tujuan sastera.
Sastera membawa masyarakat manusia menghayati peranan manusia terhadap diri sendiri, alam sekitar, makhluk alam sejagat dan kepada nilai-nilai yang baik. Manusialah yang menajdi model dan hasil uji kaji dalam sastera. Manusia dipamerkan dengan seribu satu watak dan sifat. Terima atau tidak menjadi titik tolak kepada pembaca yang juga manusia. Manusia dinasihati, dipuji atau dikritik lewat sastera. Atau manusia dibangkitkan semangatnya lewat sastera. Janga terasa apabila sastera tidak terlalu ghairah dengan populariti manusia yang sering menjadi keghairahan massa.
Bilakah manusia berhenti dijadikan intipati bicara dalam karya, memangpun sebenarnya tidak ada tanda noktahnya apabila manusia terus bersifat dan berperibadi yang pelbagai ragam. Selagi itulah sasetra ditulis dan dicatat dalam karya. Dan dalam karya manusia sebenarnya diingatkan bukan dibohongi. Dalam sastera manusia menjadi saksi untuk menilai kelemahan atau kekuatan diri sendiri bukan untuk banggakan. Dalam sastera manusia perlu berfikir lebih dari sekali dan menghayati makna di sebalik simbol atau tanda lewat peristiwa-peristiwa… dan manusia tidak perlu menggelabah soal itu, hanya perlu memikirkan dan bertindak dengan lebih waras dan bijaksana. Agaknya itulah sebahagian hasrat sastera itu sendiri.
Jadi apa salahnya tika membaca sastera itu diletakkan niat terlebih dahulu untuk melihat diri sendiri. Untuk melihat apa yang telah terjadi dan beberapa fakta-fakta penting selama ini yang hanya menjadi nota kaki saja dalam sebuah buku dinamakan kehidupan. Kenapa selama ini sastera tidak begitu diminati manusia?. (Mungkin di zaman moden ini manusia mulai ‘kering’ motivasinya untuk melihat manusia dengan cara membaca). Kenapa terlalu banyak alasan? dan kenapa jadi begini?.( Mungkin manusia semakin alpa atau malas untuk menafsir manusia itu sendiri.
Tuesday, July 31, 2007

salam merdeka
abad baru yang menguji jatidiri
di antara kenyataan dan ilusi
atau mudah dipaut mimpi
hingga kita alpa dengan pesona warnanya
sampai di suatu waktu, terpaksa kita akur
janji-janji yang telah disimpan untuk kita
pemimpin yang kuat berjuang telah lama
mengingatkan bahawa kemerdekaan hari ini
tiada hadir dengan percuma
maka semua rasa dan nikmat sedang bertambah
ingatan pada waktu sukar kian menghilang
di puput deru globalisasi atau topeng penjarahan
dahulu merdeka satu harga tidak mampu dibayar
dan semua yang merasainya bersatu dalam perbedaan
tapi kita kata saja, biarlah dan biarlah
sehingga abu bermain dengan debu malas
kerana kata kita merdeka bukan di masa ini
bebas telah menyakinkan kita tentang lupa diri
akar tunjang perjuangan dan darah airmata para pemimpin
salam kemerdekaanku untuk yang lupa diri
kembalilah kepada masa lalu. tiada mudah alpa
lebuh raya sejarah yang memandu kita ke hari ini
salam kemerdekaan buat yang maih mengingati mereka
yang pergi dengan senyum nan ikhlas.
Wednesday, July 25, 2007
sajak yang tidak usai
dalam wadah kasihNya
tanah bumi kian subur
dengan tumbuh pohon namamu
yang indah dengan makna
melafazkan tiap waktu jalan takdir
bakal ditempuh
setelah kau melihat dunia yang bercahaya
menarik sentuhan rasa
yang berulang dengan maksud-maksud
dulu selalu kau menyebutnya
kasih sayang dan kedamaian
melalui jarak ini, dan tidak pernah menyangka
membuka langkah pertama ini
dicabar jiwa rohani dan kemauan
juga tanah menanggung cita-citamu
wajah anak muda yang tidak canggung
tidak mahu merusuh cara yang mengecewakan
akal itu sebagai alamat di jalanan
kau mula mengetahui itulah jalannya
itulah sudutnya yang terbuka
sesi mencari dan meneroka hidup
yang jauh lebih mencabar
menukar dan mengembalikan apa yang berserekan
di lantai renung
atas jujur dan insaf berpuisi kerana hujan
dalam wadah kasihNya
tanah bumi kian subur
dengan tumbuh pohon namamu
yang indah dengan makna
melafazkan tiap waktu jalan takdir
bakal ditempuh
setelah kau melihat dunia yang bercahaya
menarik sentuhan rasa
yang berulang dengan maksud-maksud
dulu selalu kau menyebutnya
kasih sayang dan kedamaian
melalui jarak ini, dan tidak pernah menyangka
membuka langkah pertama ini
dicabar jiwa rohani dan kemauan
juga tanah menanggung cita-citamu
wajah anak muda yang tidak canggung
tidak mahu merusuh cara yang mengecewakan
akal itu sebagai alamat di jalanan
kau mula mengetahui itulah jalannya
itulah sudutnya yang terbuka
sesi mencari dan meneroka hidup
yang jauh lebih mencabar
menukar dan mengembalikan apa yang berserekan
di lantai renung
atas jujur dan insaf berpuisi kerana hujan
Sunday, July 22, 2007

malam tanpa lagu
malam tanpa lagu
di mana lirik yang selalu menemaninya
mana rima kata, rentak atau helai rasa
di hujung nikmat
mana ada malamnya tanpa lagu
busanya selalu terapung
dengan emosi muda
selalu bertembung dengan persoalan
tiap soalan dia melupakannya sebentar
mendahuluinya dengan andaian
namun dia selalu menerima petunjuk
lorong untuk menambah kekurangan diri
di sana semuanya menjadikannya makin matang
menerima, menafsir dan mengubah tesis
dia harus jujur berbicara
tiap kata dibacanya dengan teliti
pengajaran banyak dalam waktu
tidak menentu dan spontan
terbuka, aneh atau menakutkan
semuanya satu jalan
memaknakan kehidupan
mana malam lagunya
dia sembuh dengan sendiri nanti.
Tuesday, July 17, 2007

setiap detik bermulanya hidup...
hari baharu dalam hidup remaja
belum diusik bola matari
yang digambarkan mencabar
selalunya ada yang menyeronokkan dari yang diresahkan
mungkin bukan tentang rutin kerja yang kaku
mengongkong suara hati
yang menyokong satu arah
selalunya aku berubah
menjadi seorang yang leka dengan dunia sendiri
membaca, belajar dan mengajar
sesudah itu kembali ke rumah mimpi
memutarkan pandangan
yang telah sedia kosong
selalunya aku menjadi seorang yang begitu keras
dengan pandangan jitu
sehelai daun nan gugur depan taman
mengajakku memandang tiap detik hidup
punya bacaannya yang tersendiri
dengan suara orang atau peribadi
dan setiap detik itu merenungi kedewasaan
tanpa disedar nama, cita-cita dan pandangan hidup
bisa berubah penuh rela
setiap detik batasannya tidak lagi bersuara.
Kerana terlalu malas atau tidak punya waktu, aku selalu menulis sajak berbanding menulis cerpen, esei atau sebagainya. Maklumlah aku sekarang sedang berrehat daripada kursus dan kerja-kerja yang begitu 'panjang' dan terasa keletihannya kehari ini. Di samping membaca dan menerokai penulisan orang lain. Berbicara dengan para pujangga, bijakpandai dan orang yan berpengalaman melalui karya-karya yang ditulis mereka. Aku berharap 'rehat' ini bermakna dan kau memang sudah agak lama tidak berrehat sejak habis belajar dulu walaupun masih awal untuk rehat...
Thursday, July 12, 2007
biodata
ku dilahirkan bulan ogos yang sepi
di pagi penuh kabus yang asyik menahan pandangan
orang di sekitarku belum menyedari kehadiranku
ibu bertenang dengan harapannya
disembuh kesakitan sementara dengan kata syukur dan doa
apakah aku sedang menyaksikan semuanya bakal berubah
atuk sedang berrehat menantikan makanan
selepas semua letih dileraikan
aku tentu sedang nyenyak tidur
abang-abangku entah ke mana hilangnya mereka
berlari ke sana kemari
mengcukupkan waktu untuk bermain
jiran tetangga mungkin datang bertandang
ibuku baru pulang dari wad bersalin
semuanya mungkin menempah hari baharu
untuk insan sepertiku
semua yang hidup akan membesar
fizikal yang pendek boleh membesar
luas pandangan pengalaman
namun semuanya tetap bisu
dan ia hanya berbicara dengan petah
apabila aku masuk ke tadika
aku menangis, ketawa dan berharap untuk banyak bercerita
pada kawan-kawan, pada buku yang kubaca
pada cikgu yang perempuan
urusan ini belum sudah
semuanya harus dalam batasan
aku berada di antara petang
dan malam dicuri sepi
pagi dipungut kantuk
dan jam 9 lebih di tadika
bau nasi lemak dan sardin
selalu meliurkan
ku dilahirkan bulan ogos yang sepi
di pagi penuh kabus yang asyik menahan pandangan
orang di sekitarku belum menyedari kehadiranku
ibu bertenang dengan harapannya
disembuh kesakitan sementara dengan kata syukur dan doa
apakah aku sedang menyaksikan semuanya bakal berubah
atuk sedang berrehat menantikan makanan
selepas semua letih dileraikan
aku tentu sedang nyenyak tidur
abang-abangku entah ke mana hilangnya mereka
berlari ke sana kemari
mengcukupkan waktu untuk bermain
jiran tetangga mungkin datang bertandang
ibuku baru pulang dari wad bersalin
semuanya mungkin menempah hari baharu
untuk insan sepertiku
semua yang hidup akan membesar
fizikal yang pendek boleh membesar
luas pandangan pengalaman
namun semuanya tetap bisu
dan ia hanya berbicara dengan petah
apabila aku masuk ke tadika
aku menangis, ketawa dan berharap untuk banyak bercerita
pada kawan-kawan, pada buku yang kubaca
pada cikgu yang perempuan
urusan ini belum sudah
semuanya harus dalam batasan
aku berada di antara petang
dan malam dicuri sepi
pagi dipungut kantuk
dan jam 9 lebih di tadika
bau nasi lemak dan sardin
selalu meliurkan
Wednesday, July 04, 2007

dunia sepi seorang pembacuh air
sikap dilandasi peristiwa lalu
dirinya tidak terperangkap dengan alasan
dan selalu memilih menjadi seorang yang berguna
di antara semua permasalahan, dia lebih mudah memikirkan
hasil titik peluhnya untuk satu masa nanti
terutama bila dia beruban putih
adakah dia terbiar menjadi begini serba kekurangan?
adakah dia akan ke hujung dewasa dengan sendirian?
walau kerjanya hanya berkaitan dengan citarasa manusia
yang pelbagai ragam dan rasa
mungkin hari ini permintaan kopi lebih dari milo
teh o lebih baik dari nescafe
dia memahami itu semua kerana manusia mahu
terus berubah dan ingin menjadi seorang yang istimewa
dan keistimewaan itu selalu mengalpakan diri
'jangan terlalu manis atau pahit melepit'
dia menerima pesanan atau arahan
kerap menguji kecekapannya
menghasilkan dan mengadun serbuk kopi, gula, susu dan sebagainya
yang dapat diterima pelanggan dengan rasa puas hati
dan munasabah
dan sebahagian rencah hidupnya seperti air panas yang bisa saja berubah
menjadi manis dan menyelerakan seorang pelanggan bila
sarapan, makan tengahari atau malam
baginya dia sudah gembira dengan memuaskan pelanggannya
dengan membancuh segelas air yang sukar untuk diluapakan rasanya.
dia masih tersenyum jika hidup ini penuh resahnya di luar sana
tapi dia perlu berdedikasi untuk menyediakan yang terbaik
untuk pelanggan kedai tempat dia bekerja
biarlah ia akan terus sunyi, namun dia tetap ceria begitu.
Tuesday, June 26, 2007

dipinjam daripada : www.designsbywillow.com
gendang yang hilang
sejak kita menjadi guru
tidak mungkin lupa dengan kerja untuk meraikan majlis meriah
seperti hari itu
hari yang tidak mudah dilupakan
di mana keadaan kau dan aku sering
menanyakan tentang falsafah dan sebab
di sebalik suatu peristiwa
dan jarak itu lansung memutuskan
semua yang dianggap cita-cita
kau selalu berusaha mendapatkannya
dengan berani mencipta pelan tindakan
yang menurutmu bakal menrealisasikan makna
selalu kehidupan kita bermula dengan yakin diri
kerana terlalu yakin kita tergelincir
dan tidak bisa melihat sifat di sebalik warna terang
sungguh tiap masa kita berbincang
di meja atau di katil
sebelum mencapai kata 'mari tidur, malam sudah lewat'
dan sebelum dengkur teman di sebelah semakin sepi
kita selalu mencari sesuatu dalam wacana itu
dan mengakhirinya dengan satu soalan yang tidak berjawab
dan semua ini satu ceritera
dari satu detik yang mudah kepada kepada
mekana kehidupan yang tidak mudah
belajarlah daripada kesilapan
sekalipun dunia ini selalu menyaksikan
kesilapan itu di depan mata.
Friday, June 22, 2007

dipinjam dari:http://www.egeltje.org/archives/memes/rain.jpg
Bila Berada Di Tempat Orang........
Orang lain (berdasarkan profesion yang saya ceburi ini) bercuti. Jadi yang bercuti maksudnya dapat berehat dan sebagainya. Saya dan teman-teman yang lain berbeza pula halnya. Kami perlu hadir ke tempat belajar kali dan terus mengahadapi peperiksaan dan mengikuti kursus-kursus yang penting sebelum menjadi seorang yang layak spenuhnya dalam profesion ini. Ala kulli hal, ini semua untuk masa depan saya dan rakan-rakan yang senasib.
Tapi bila berada di tempat orang dapatlah meluaskan pengalaman. di Sg Petani ini macam-macam pengalaman yang saya kutip tidak kira yang baik atau sebaliknya. Dan sempat juga saya menulis dan melebarkan pengetahuan saya dengan membaca buku yang dikira patut dibaca selain buku baharu yang saya beli di sini. Ia berbeza sedikit jadinya bila saya berada di tempat orang. Orang kata di tempat orang tentu tidak sama dengan tempat sendiri.
Saya dapat juga menenangkan diri dengan walaupun dengan beberapa tugasan yang wajib dibuat. Saya masih berminat untuk menulis puisi di sini. Jika ada masa saya menulis ta[i apa yang ditulis kerap tampak 'kekurangan'nya. Mungkin kerana saya tak dapat memberikan tumpuan. Maka projek menulis cerpen terbelengkalai sebentar, takpa lah. Berkorban apa saja...
Mungkin ini salah sebuah sajak yang sempat untuk dikongsi bersama pembaca;
bilakah hujan akan sidang
tadi apabila aku keseorangan
hujan mula turun menitik titik demi titik
merembas lebih cepat dan kerap
memisahkan kesunyian dari kekasihnya
tadi hanya aku dan dia
menerima dan memberi kata-kata
atas tar sana dengan sedikit gusar
sehingga kami berpisar dalam kabur
yang dibawa hujan
berikan sesuatu, titis demi titis
dalam angin membisu di luar
mencela dalam suasana yang basah
bukuku basah, renunganku basah,
mata yang hampir menjadi debu
bertaburan dalam sendirianku
tapi ia tidak kuzinkan
kerana aku amat malu
walau bersendirian.
21/1/07
sajak ini rupanya sajak kutulis bukan di sg petani ini agaknya.
Thursday, May 24, 2007

seperti senyumanku
oleh -mohd fadzil yusof
kau buat aku tersenyum
bukan mudah untuk tersenyum
dan aku tersenyum
matilah semua tanggapan
aku sudah tersenyum
dan siapa antara kita
mengenal himpunan hikayat khayali
senyumlah sekarang
sebelum menyeberang ke sana
sebelum matahari menyimpan senyuman
sebelum bintang merahsiakan
semua amarah dan ego
jangan mudah jadi bongkak
dan darahnya tetap mengalir
urat yang menyisih
dirimu dalam belahan takdir.
Bei Dao Penyair Kabus
Bei Dao yang bermaksud pulau utara bukan nama sebenar penyair dalam buangan ini. Nama beliau yang sebetulnya Zhao Zhenkai merupakan salah seorang yang disebut sebagai Misty Poets. Misty Poets merupakan penyair baharu yang menjadi fenomena sastera unik di China. Penyair-penyair ini menentang Revolusi Kebudayaan di bawah Mao Zedong yang mana selain melakukan ketidakadilan dalam masyarakat, revolusi tersebut juga menyekat kebebasan bersuara dan berkarya.
Semacam menjadi salah satu identiti bagi penyair-penyair dari golongan ini mereka tidak menetap di negara mereka sendiri iaitu China sebaliknya berpindah-randah dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain terutama di negara-negara Eropah atau dengan berstatuskan penulis atau penyair yang lantang mengkritik pemerintah dan dibuang negeri.
Semenjak daripada tahun 1989 Bei Dao berada dalam buangan politik sehingga sekarang. Pada 1989 itu telah berlakunya rusuhan besar-besaran di Tiananmen Squre di mana para pelajar atau golongan muda bangun menyatakan keinginan mereka terhadap demokrasi dan menuntut perubahan berlaku khususnya dalam politik dan sosial di Republik China .
Bei Dao dilahirkan di Beijing pada tahun Ogos 1949. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengambilberat tentang pendidikan. Ayahnya seorang pentadbir professional dan ibunya seorang doktor. Keluarganya berasal daripada wilayah Shanghai dan lembah Yangtse Sungai, iaitu pusat pertembungan tamadun China dan pengaruh Barat moden. Pada 1966 Revolusi Kebudayaan bermula dan pada ketika itu pendidikan Bei Dao di sekolah tinggi terbantut dan itulah pendidikan formal terakhir beliau sebelum menyertai Red Guard yang ditubuhkan untuk menjadi mata-mata bagi pemerintah Mao Zedong di pendalaman khususnya.
Selain menyertai Red Guard beliau juga menjadi buruh binaan pada tahun 1969 hingga 1980 di kawasan luar bandar. Beliau mula menyedari keadaan kemiskinan dan kemunduran yang terdapat di sana menjadikannya sedar tentang propaganda pemerintahan yang digambarkan sebaliknya. Pada tahun detik itulah juga Bei Dao mulai menyertai golongan tertentu yang berkedudukan atasan bersama rakan-rakan yang lain membentuk kumpulan yang menjalankan aktiviti sastera diadakan pada hari cuti bekerja.
Mereka berkumpul membaca, menulis dan berbincang karya sastera masing-masing selain berkongsi buku-buku baharu yang boleh mereka dapati pada ketika itu. Melalui penulisan Bei Dao dan rakan-rakan seperjuangan mengungkapkan persoalan semasa yang berlaku sekitar masyarakat dan antara elemen sering kali menjadi perhatian adalah tekanan politik dan sosial dalam masyarakat.
Setelah era Mao Zedong yang gelap dengan tekanan, Xiao Ping mengantikan dan memberikan sedikit kelonggaran tapi masih lagi terikat dengan kawalan pemerintah. Pada ketika itu timbul suara yang mengkoreksi kelemahan pemerintahan Mao Zedong dan mencerca Revolusi Kebudayaan yang membawa banyak kesan negatif khususnya kepada golongan miskin. Gerakan demokrasi seperti kian dapat menyedarkan banyak kepincangan yan berlaku di bawah pemerintah Komunis Mao Zedong dan yang sealiran denganya.
Selain menggunakan propaganda dan alasan politik untuk mengulakan masyarakat, yang sebenarnya telah membuka masyrakat terhadap persoalan akar berlaku di sekitar iaitu ketidakadilan dan kemandulan kerajaan memenuhi keperluan masyarakat. Perkembangan itu rupa-rupanya selari dengan perkembangan puisi di balik dinding keras yang dibina utuh. Sebahagian penyair percaya bahawa bahasa tidak mungkin ditekan dengan apa cara sekalipun.
Maka, genre puisi misalnya sudah agak lama tidak menemui khalayak China. Justeru, dengan usaha Bei Dao dan rakan-rakannya sebuah majalah sastera bernama Jintian diterbitkan secara rahsia pada 1978. Terbitan yang pertama itu mempunyai enam puluh muka surat yang juga diedar secara rahsia juga.
Wadah sastera Jintian yang merupakan lidah rasmi bagi penyair baharu telah menarik minat banyak lapisan masyarakat khususnya di universiti, jabatan kerajaan dan sebagainya. Ia menjadi menarik barangkali menurut Bei Dao kerana puisi yang ditonjolkan adalah puisi-puisi baharu dan mantap dari segi bahasa dan pemikiran.
Puisi-puisi daripada majalah Jintian memiliki ciri-ciri melawan arus daripada karya semasa yang sedia ada. Antara ciri-ciri kelainan itu gaya bahasa dan pengucapan yang digunakan sudah tidak melandasi bentuk karya lama. Puisi daripada penyair muda telah membebaskan daripada bentuk, tatabahasa, imejan serta pemikiran yang terkandung dalam karya sebelumnya.
Namun ia tidak lama diterbitkan. Dua tahun berikutnya Jintian (Hari ini) disekat dan diharamkan. Ada pengedar yang ditangkap kerana mengedarkannya di kawasan lain. Walaupun begitu karya-karya penyair baharu terus mendapat sambutan dan diteruskan dalam suratkhabar atau majalah rasmi kerajaan.
Ia diharamkan atas dasar bahasa yang digunakan oleh penyair-penyair baharu itu yang ternyata sangat berbeza daripada bahasa yang digunakan oleh penyair rasmi?lain. Dengan bahasa yang baharu dan segar sebetulnya ia menarik ramai pembaca. Lantaran itu timbul usaha mengiatkan kelab sastera di universiti secara aktif dan melahirkan ramai golongan muda yang meniru gaya penyair-penyair majalah Jintian.
Serangan terhadap majalah Jintian menyebabkan ia bertambah dikenali umum dan perhatian terhadapnya bertambah. Antara kritikan yang dinyatakan adalah bahawa puisi-puisi penyair itu kebanyakkannya meniru gaya bahasa puisi luar. Selain puisi yang hasilkan bertemakan subjektif, mengikut naluri dan pandangan penyair serta tidak mengandungi apa-apa makna. Lama-kelamaan kritikan menjadi bahan momokan politik dan kontroversi lantaran menyatakan penyair-penyair Misty dengan gerakan bawah tanah.
Oleh yang demikian Gerakan Demokrasi yang dipimpin golongan muda terdiri daripada mahasiswa, aktivis buruh dan intelektual di China yang akhirnya mencetuskan demontrasi serta beberapa sesi rusuhan pada tahun 1989 bertujuan menuntut demokrasi dan keadilan daripada pemerintah. Tiananmen Square menjadi medan kepada gerakan mahasiswa mengkritik kerajaan dan berlakunya rusuhan yang tragis.
Antara puisi yang selalu dikaitkan dengan titik tolak kepada gerakan mahasiswa yang menuntut demokrasi tersebut adalah The Answer. Puisi ini mengandungi pandangan Bei Dao tentang keadaan masyarakatnya yang tertekan dan sentiasa mahukan kebebasan serta demokrasi.
Namun Bei Dao menganggap apa yang berlaku sebenarnya bukan dari apa yang dijangka dan diingininya. Bei Dao menganggap bahawa sebagai penyair beliau tidak mewakili satu-satu kelompok keloktif dan suara dari suatu pihak. Menurutnya puisi tidak boleh mengubah dunia, tapi ia merupakan juzu?asas dalam kewujudan daripadanya. Ia daripada dunia manusia. Ia menjadikan manusia itu manusia?
Tentang khalayak pembaca pula Bei Dao berpandangan bahawa bel
iau menulis pada awalnya untuk khalayak yang kecil iaitu terdiri kawan-kawannya sama ada mereka boleh membacanya atau tidak dan tidak bermaksud khalayak pembaca yang tertentu atau ramai. Namun selepas berada dalam buangan karyanya tidak lagi dibaca oleh golongan tertentu namun menerima pelbagai khalayak yang tidak kira bangsa.
Pendapat lain Bei Dao juga agak unik di mana menurutnya tulisannya tidak mewakili mana-mana budaya tertentu lantaran tidak mempercayai ketulenan pada kebanyakkan budaya. Beliau percaya dengan percampuran budaya yang berterusan berlaku dan merupakan satu daripada keadaan yang menarik. Ini kerana Bei Dao sudah meninggalkan tanahairnya dan bermustautin di negara lain yang lebih jauh dari budaya asalnya.
Kumpulan penyair yang menulis Jintian dinamakan penyair kabus (Misty Poets) atau penyair bayangan (Poets Of Shadow) kerana puisi mereka yang memiliki imejan kuat yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu maksud dan barangkali imejan ini digunakan hampir kesemua penyair Kabus ini.
Penyair-penyair ini telah memperbaharui rentak dan wajah bahasa puisi menjadi lebih subjektif dan bersifat peribadi walau masih dalam lingkungan tema yang global seperti cinta, perjuangan, kesunyian dan kehidupan.
Antara kelainan puisi-puisi penyair ini mereka sering mencipta imejan, metafora, frasa yang baharu dan belum digunakan pada puisi klasik Cina. Maka kehadiran mereka nyata memberikan impak tertentu kepada dunia sastera.
Ternyata karya Bei Dao yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris iaitu The August Sleepwalker telah menunjukkan perbezaan yang jelas pada rupa sebuah puisi. Kumpulan puisi ini adalah terjemahan daripada Bei Dao Shi Xuan iaitu Kumpulan Puisi Bei Dao yang diselenggara sepenuhnya oleh Bei Dao. Puisi-puisi tersebut ditulis di antara 1970-1989 yang mewakili kepenyairan Bei Dao dalam tempoh itu. Puisi-puisi dalam karya ini selain daripada bentuknya ringkas, padat tetapi mampu menarik pembaca melihat imejan-imejan segar yang digunakan. Seringkali dalam karya ini memaparkan pandangan peribadi penyair melihat isu cinta, perjuangan dan sebagainya tetapi asasnya ia mendekatkan pembaca kepada renungan terhadap hubungan manusia dan kehidupan sejagat.
Karya Bei Dao Waves 1990 merupakan kumpulan cerpen yang menceritakan tentang generasi yang hilang?pada era Revolusi Kebudayaan yang dianggap tidak teratur. Melalui karya ini Bei Dao mengeksploitasi pendekatan moden dalam mengalurkan cerita dan subjek. Penggunaan monolog dalaman dan variasi sudut penceritanya menunjukkan Bei Dao seorang penulis yang selalu mendekati kaedah yang tidak selalu digunakan penulis sebelumnya. Dalam karya itu juga ia memuatkan isu semasa dan menekankan persoalan realiti dan hak.
Atas kejayaannya dalam penulisan, Bei Dao menerima pelbagai penghargaan antaranya Tucholsky Prize daripada Swedish PEN, International Poetry Argana Award daripada House of Poetry di Maghribi dan PEN/Barbara Goldsmith Freedom to Write Award. Selain itu beliau aktif dalam memberi syarahan dan menjadi penulis pelawat di institut-institut seperti Universiti Notre Dame di Indiana , Universiti Alabama di Tuscaloosa dan Kolej di Wisconsin.
Hingga dari ini karya-karya Beli Dao telah menemui khalayak antarabangsa. Karya-karyanya The August Sleepwalker(1990), Forms of Distance (1994), Landscape Over Zero (1996). Unlock (2000), At the Sky's Edge: Poems 1991-1996 (2001), Midnight's Gate 2005 dan Waves (1990).
Selain daripada Bei Dao penyair Misty yang dalam buangan adalah Gu Cheng, Duo Duo, and Yang Lian. Selain Mang Ke and Shu Ting yang masih tinggal di negara mereka. Berikut adalah karya The Answer daripada kumpulan sajak The August Sleepwalker (1990);
Debasement is the password of the base
Nobility the epitaph of the noble
See how the gilded sky is covered
With the drifting twisted shadows of the dead
The Ice Age is over now
Why is there ice everywhere?
The Cape Of Good Hope has been discovered.
Why do a thousand sails the Dead Sea?
I Came into this world
Bringing only paper, rope, a shadow
To proclaim before the judgments
The voice that has been judged:
Let me tell you, world,
I-do-not-believe!
If thousand challengers lie beneath your feet,
Count me as number one thousand and one.
I don't believe the sky is blue;
I don't believe in thunders echoes;
I don't believe that dreams are false;
I don't believe that the death has no revenge.
If the sea is destined to breach the dikes
Let all the brackish water pour into my heart;
If the land destined to rise
Let humanity choose a peak for existence again.
A new conjunction and glimmering stars
Adorn the unobstructed sky now:
They are the pictographs from five thousand years.
They are the watchful eyes of future generations.
Sunday, May 20, 2007

Daripada www.samford.edu
Semalam aku duduk di Borders-sempadan
Semalam saya sempat ke Kuala Lumpur. Semenjak dari hari Jumaat lagi rasa ingin pergi ke kedai buku. Pada pagi itu sayapun bersedia dan keluar rumah awal pagi. Sepeti biasa jika hari Sabtu ramai yang berjoging di Padang Speedy, Teluk Intan ini. Tidak kira tua atau muda.
Tiba betul-betul depan DBP. Saya minta turun kerana untuk melihat buku-buku DBP. Saya sempat membeli dua buah buku sebagai tanda kehadiran saya di situ. Saya antara manusia yang masih menyukai dan mengeluarkan duit untuk membeli buku sastera Melayu. Dua buku tersebut ialah Pengalaman Puisi oleh Muhammad Hj Salleh dan Kristal di Laut ...(Siti Zaleha HAsyim. Kedua-duanya dalam genre puisi.
Selepas itu saya pergi pula cepat-cepat makan di kedai berdekatan. Kemudian lansung ke Borders dengan monorail daripada Hang Tuah, turunnya di IMBI. Saya masuk ke Borders. Saya duduk di sana hampir 3 jam tanpa saya rasakan masa amat cepat berlalu. Saya cuba dapatkan apa yang saya fikir boleh saya beli dengan duit yang ada dalam kocek saya.
Buku yang saya belek tapi tidak saya beli, 1001 Books You MUst Read Before You Die. Buku sajak Gu Cheng Nameless Flower dan Sea Of Dreams. Secara jujur, saya terikat dengan sajak-sajak Gu Cheng yang pertama kali saya kenali. Kemudian buku tulisan, mungkin esei berjudul Midnight Gate oleh Bei Dao yang saya kenali baru beberapa minggu lalu. Buku ini juag menarik hati saya tapi saya tidak cenderung membelinya entah kenapa.
Kemudian saya tidak teragak-agak memandang masa tidak mengizinkan untuk duduk lebih lama sedangkan Borders hakikatnya bukan milik saya dan pemustautin Kuala Lumpur.
Saya perlu juga pilih buku untuk dibawa pulang. Dengan berfikir penuh rasional dan munasabah dengan wang yang ada, 3 buah menjadi rakan baharu bagi buku-buku yang saya
sedia miliki. Novel The Famished Road (Ben Okri), Selected Poems In English (Joseph Brodsky) dan akhir sekali Memoir (PAblo Neruda).
Segera saya ke Pudu Raya, dapatlah saya bernafas lega bial tiba di Pudu RAya dalam tepat waktunya.
Thursday, May 17, 2007

daripada www.travelblog.org
bisikan
bisikan iman
dari pucuk sunyi
selalu mengasihi diri
yang meluru
laju meluncur
yang perlahan dalam landasan
teguhlah pada jiwa
yang rindu
taat seru
garang lembut kehidupan
dingin panas nafas
menyebut nama
ribut nafsu
yang amat menakutkan
mengesa untuk terus
lali, leka, alpa
jaga-jaga
Monday, May 14, 2007
kurasakan
kurasakan huruf-huruf itu kian berat
seperti awan mendung bertebar
menunggu musim panas panjang
akan diakhiri dengan dingin sehari
menyiram aspal yang berdebu
bunga yang kian menguning
padang lalang yang terlalu kering
kurasakan demamku akan mengembalikan matangku
setiap tanda rasional mesti digugurkan
atas kertas untuk dibaca
mesti ia dibaca dan direnung
apa yang diperolehi hari ini
mungkin wajah diri sendiri
berputar dengan roda makna
semakin laju mengambil rentaknya
memperbaharui jalan yang ditempuhi nanti
huruf-huruf itu kian persih
akan aku kian gemar untuk mengasah hujung pensel
membetulkannya, melakar yang unik
agaknya nanti huruf-huruf itu mungkin akan
berkata-kata dengan sendirinya
malah ia telah berbisik denganku
penuh perihatin dan jujur
terbuka pengalaman baharu dalam hidup
dan aku terus tekun mengasah pensel dan mencari
kertas kosong untuk berdialog dengan bukan diriku
kerana dalamnya adalah dia
dalamnya ada saya, ada aku
dan ada dirimu
apa yang perlu kutakuti lagi
kerana ia akan meluaskan makna
selepas makna sudah pandai berbicara.
kurasakan huruf-huruf itu kian berat
seperti awan mendung bertebar
menunggu musim panas panjang
akan diakhiri dengan dingin sehari
menyiram aspal yang berdebu
bunga yang kian menguning
padang lalang yang terlalu kering
kurasakan demamku akan mengembalikan matangku
setiap tanda rasional mesti digugurkan
atas kertas untuk dibaca
mesti ia dibaca dan direnung
apa yang diperolehi hari ini
mungkin wajah diri sendiri
berputar dengan roda makna
semakin laju mengambil rentaknya
memperbaharui jalan yang ditempuhi nanti
huruf-huruf itu kian persih
akan aku kian gemar untuk mengasah hujung pensel
membetulkannya, melakar yang unik
agaknya nanti huruf-huruf itu mungkin akan
berkata-kata dengan sendirinya
malah ia telah berbisik denganku
penuh perihatin dan jujur
terbuka pengalaman baharu dalam hidup
dan aku terus tekun mengasah pensel dan mencari
kertas kosong untuk berdialog dengan bukan diriku
kerana dalamnya adalah dia
dalamnya ada saya, ada aku
dan ada dirimu
apa yang perlu kutakuti lagi
kerana ia akan meluaskan makna
selepas makna sudah pandai berbicara.
Thursday, May 10, 2007
Berpusing-pusing di Pesta Buku Antarabagsa
Pada hari beberapa selepas hari Pesta Buku Antarabangsa buka, saya sempat mencelah datang ke sana, melihat-lihat apa yang ada. Saya sebenarnya begitu mengejar masa. Saya samapi tidak sempat untuk bersembang seseorang kawan yang saya kenal tapi tidak berapa rapat. Saya begitu memusing-musing sampai akhir saya rasa kebanyakkan buku dan kedai buku kali ini tidak lebih sekadar pesta buku tempatan. Saya rasa setiap tahun perubahan demi perubahan dilakukan demi mencapai kepada sesuatu yang memuaskan.
Apapun kepada pihak penganjur saya megucapkan tahniah kerana dpaat juga mengadakannnya namun dpat dirasai dengan jelas bahawa pets buku kali ini tidak banyak gerai-gerai buku luar. Kita melihat kedai buku yang datang daripada luar sedikit, pada saya dan hanya beberapa kedai buku bahasa Arab.
Berbanding sebelum ini kedai buku bahasa Arab lebih dari tiga empat buah. Saya sebenanrya teringin benar untuk mendapatkan novel-novel berbahasa Arab untuk saya baca. Tapi bila sampai di Pesta Buku Antarabangsa saya rasa semua itu masih mustahil.
Saya bukan tidak pernah berusaha untuk dapatkannya daripada sumber yang lain, pembekal yang lain, tapi akhirnya saya kebuntuan. Hanya pada satu masa ketika seorang teman rapat, yang memberi peluang untuk saya memesan buku-buku yang saya mahu daripada adik iparnya yang sedang menuntut di Asia Barat. Itupun faham-faham sajalah berapa buah buku yang saya boleh pesan.
Hingga kini saya masih kepingin untuk memilikinya. Kalau ada kalangan pembaca, ada menjadi penjual buku Arab atau sedang mengusahakannya, bolehlah beritahu pada saya.
Saya begitu teringin membaca karya Naguib MAhfuz, Ibrahim Al-Kuni, Al-Ghitani dan lain-lain lagi.
Itu cerita saya dengan buku-buku sastera Arab. Tapi cerita tentang saya di Pesta buku Antarabangsa memang banyak dan mahu saja saya ceritakan untuk saudara pembaca dapat rasainya bersama.
Mungkin lain kali saja. Tapi pergi ke Kinokuniya selepas itu menemui kumpulan sajak
The August Sleepwalker karya Bei Dao, mengubati keresahan saya. Ketika di pesta buku saya sempat beli karya Tariq Ali, Perempuan BAtu, novel Ernest Hemingway terbitan & terjemahan DBP dan bebebrapa buah buku lain.
Sempat juga ke gerai PTS yang nampak meriah dan tidak putus-putus dengan pengunjungnnya samapi saya segan untuk singgah.
Begitulah...........
Pada hari beberapa selepas hari Pesta Buku Antarabangsa buka, saya sempat mencelah datang ke sana, melihat-lihat apa yang ada. Saya sebenarnya begitu mengejar masa. Saya samapi tidak sempat untuk bersembang seseorang kawan yang saya kenal tapi tidak berapa rapat. Saya begitu memusing-musing sampai akhir saya rasa kebanyakkan buku dan kedai buku kali ini tidak lebih sekadar pesta buku tempatan. Saya rasa setiap tahun perubahan demi perubahan dilakukan demi mencapai kepada sesuatu yang memuaskan.
Apapun kepada pihak penganjur saya megucapkan tahniah kerana dpaat juga mengadakannnya namun dpat dirasai dengan jelas bahawa pets buku kali ini tidak banyak gerai-gerai buku luar. Kita melihat kedai buku yang datang daripada luar sedikit, pada saya dan hanya beberapa kedai buku bahasa Arab.
Berbanding sebelum ini kedai buku bahasa Arab lebih dari tiga empat buah. Saya sebenanrya teringin benar untuk mendapatkan novel-novel berbahasa Arab untuk saya baca. Tapi bila sampai di Pesta Buku Antarabangsa saya rasa semua itu masih mustahil.
Saya bukan tidak pernah berusaha untuk dapatkannya daripada sumber yang lain, pembekal yang lain, tapi akhirnya saya kebuntuan. Hanya pada satu masa ketika seorang teman rapat, yang memberi peluang untuk saya memesan buku-buku yang saya mahu daripada adik iparnya yang sedang menuntut di Asia Barat. Itupun faham-faham sajalah berapa buah buku yang saya boleh pesan.
Hingga kini saya masih kepingin untuk memilikinya. Kalau ada kalangan pembaca, ada menjadi penjual buku Arab atau sedang mengusahakannya, bolehlah beritahu pada saya.
Saya begitu teringin membaca karya Naguib MAhfuz, Ibrahim Al-Kuni, Al-Ghitani dan lain-lain lagi.
Itu cerita saya dengan buku-buku sastera Arab. Tapi cerita tentang saya di Pesta buku Antarabangsa memang banyak dan mahu saja saya ceritakan untuk saudara pembaca dapat rasainya bersama.
Mungkin lain kali saja. Tapi pergi ke Kinokuniya selepas itu menemui kumpulan sajak
The August Sleepwalker karya Bei Dao, mengubati keresahan saya. Ketika di pesta buku saya sempat beli karya Tariq Ali, Perempuan BAtu, novel Ernest Hemingway terbitan & terjemahan DBP dan bebebrapa buah buku lain.
Sempat juga ke gerai PTS yang nampak meriah dan tidak putus-putus dengan pengunjungnnya samapi saya segan untuk singgah.
Begitulah...........
Subscribe to:
Posts (Atom)









